Pages

Friday, February 17, 2017

PKR TENTANG HABIS-HABISAN HIMPUNAN RUU355 ESOK KERANA BIMBANG TIDAK DAPAT UNDI BUKAN ISLAM!!!



Semakin berketuntang penentang-penentang RUU355 apabila semakin hampir Sabtu 18 Februari 2017. Dan walaupun berkali-kali sudah diberitahu bahawa RUU355 langsung tidak kena mengena dengan hukum hudud, hudud jugalah yang digunakan sebagai hujah untuk menentang RUU355.

RUU355 adalah tentang Akta Mahkamah Syariah yang terhad kepada umat Islam sahaja, selain itu tertakluk kepada had hukuman maksimum yang ditentukan oleh Akta Persekutuan. Akta 355 hanya memberi autonmi yang lebih besar kepada negeri untuk mencegah maksiat dan salah laku syariah. Akta ini juga tidak memperuntukkan sebarang undang-undang hudud mahupun qisas sebaliknya sekadar menaikkan kadar hukuman kepada kadar yang lebih tinggi berbanding sebelum RUU355. Ia juga tidak menyentuh bidang kuasa mahkamah sivil untuk membicarakan kes-kes jenayah di bawah Kanun Keseksaan. 


Khabarnya, dalam satu keputusan Mesyuarat Biro Politik Bil. 1/2017 bertarikh 10 Januari 2017 menyatakan, Biro Politik bersetuju supaya KEADILAN tidak menyertai himpunan berkaitan usul pindaan RUU355 anjuran Parti PAS yang akan diadakan pada 18 Februari 2017 nanti. 

Dengan kata lain, PKR sudah pun menyatakan penentangan mereka terhadap RUU355 memandangkan sebilangan besar ahli dan pemimpin PKR terdiri daripada golongan bukan Islam. Bimbang undi daripada golongan bukan Islam tidak akan diperolehi, membuatkan Biro Politik PKR mengambil keputusan untuk tidak menyertai himpunan berkenaan.

Kebenaran sebenar ditutup-tutup atau diselindungkan. Undi daripada bukan Islam jauh lebih penting, walaupun RUU355 bagi memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) langsung tidak ada kena-mengena dengan hudud. 


Sebenarnya, PKR yang dipimpin oleh Wan Azizah Wan Ismail PERLU mengambil tindakan tersebut. Ini adalah kerana kepercayaan bahawa undi orang Melayu-Islam kepada PKR tidak sebanyak dan sekuat undi bukan Islam. 

Pemerkasaan undang-undang syariah dianggap tidak penting bahkan boleh menyebabkan DAP marah. Kalau DAP marah, susahlah PKR. Bahkan sebilangan pemimpin politik dari BN pun turut sama rasa susah kerana percaya, undi-undi dari bukan Islam akan lari.

Itu sebablah, RUU355 perlu ditentang habis-habisan. Kalaupun tidak secara lisan, sekurang-kurangnya dengan cara memulaukan himpunan yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada pagi 18 Februari 2017.

Menjadikan Islam dan halehwal Islam sebagai modal untuk mendapatkan sokongan daripada bukan Islam, sudah menjadi satu kebiasaan di kalangan parti-parti politik di Malaysia, khususnya PKR dan sebilangan besar parti-parti yang berasaskan kaum Cina. Kebimbangan Islam akan menjadi dominan di negara ini dan kemudian bukan Islam akan mati dibom atau disembelih, kerapkali digambarkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan. 


Sedangkan pada masa yang sama, negara ini yang dibina dari asas pelbagai Empayar Melayu Islam termasuklah Melaka telah lama menjadikan undang-undang syariah sebagai elemen utama. Persekutuan Malaysia bagaimanapun, dikenakan syarat agar menggunakan undang-undang sekular ciptaan British sekiranya mahu merdeka. Pun begitu, beberapa klausa dalam Perlembagaan Malaysia memberikan peruntukan untuk Islam dan undang-undang Islam biarpun sekadar dikuatkuasakan untuk umat Islam sahaja. 

Sekiranya benar negara ini bakal ditadbir mengikut kaedah TALIBAN kerana pemerkasaan Akta Mahkamah Syariah menerusi RUU355 sebagaimana yang kerapkali dituturkan oleh pemimpin PKR dan PAN serta DAP, pastinya perkara pertama yang telah dilakukan terlebih dahulu adalah PENGHAPUSAN HAK BERPOLITIK BUKAN ISLAM dan BUKAN BUMIPUTERA.

Walhal, dari semenjak PRU pertama pada tahun 1955, hak berpolitik bukan Islam dan bukan Bumiputera tetap terjamin sehingga ke hari ini, sehinggakan mereka begitu bebas membuat fitnah ke atas Islam, hal ehwal Islam dan umat Islam termasuklah menggunakan orang Melayu-Islam seperti yang terdapat dalam PKR untuk menentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di negara ini. 


2 comments:

  1. Yg paling takut...ia puak syiah dan pemimpinnya...jangkamasa hayat kumpulan ini..dipendekan dan syiah yg berada dlm parti politik akan terbalik saperti bangkai ikan terapong terbalik...

    ReplyDelete
  2. Pkr dah tak ada sokongan macam dulu. Pru akan datang belum tentu dapat berkuasa di mana mana negeri.

    ReplyDelete