Pages

Tuesday, February 14, 2017

TAHNIAH! MAHATHIR DILANTIK SEBAGAI KETUA PENAJA CAP BUNGA LANGKAWI... ANINA DAH JADI SAMPAH SARAP!!!



Cerita tentang Mahathir mahu mengenepikan pemuja tegarnya di Langkawi, Anina Saaduddin ternyata benar apabila Mahathir telah menerima watikah perlantikan sebagai Ketua Penaja Cap Bunga Bahagian Langkawi.

Anina yang sebelum ini melaungkan 'Anina Untuk Langkawi' langsung tidak dipandang. Bahkan ura-ura sekali lagi diketepikan sebagai calon untuk DUN atau Parlimen mewakili Cap Bunga kerana memberi laluan untuk Mukhriz Mahathir juga nampaknya, semakin benar.

Siang tadi, perlantikan Ketua Penaja untuk Bahagian-Bahagian Cap Bunga di Kedah telah pun dibuat. Bagaimanapun, terdapat beberapa Bahagian yang Ketua Penajanya tidak dilantik seperti Kubang Pasu dan Pokok Sena.


Walaupun dinafikan oleh Cap Bunga Kedah, pertelingkahan dalaman parti di Kedah terutama membabitkan Kubang Pasu dan Pokok Sena tidak dapat disorok lagi. Namun berbanding Kubang Pasu, ramai yang mengatakan, Pokok Sena sebenarnya MENUNGGU MAHFUZ OMAR yang sehingga kini  masih belum berani mengisytiharkan diri keluar dari PAS kerana bimbang kalah dalam PRU akan datang.

Mukhriz sendiri tidak berani berkampung di Kubang Pasu walaupun Kubang Pasu merupakan bekas kubu kuat bapanya dan dikatakan pengaruh bapanya sangat kuat di Bahagian tersebut.

Eloklah tu...


Sebelum ini asyik bercakap tentang memperjuangkan rakyat dan Selamatkan Malaysia. Dengan perlantikan sebagai Ketua Penaja Bahagian bermakna, sahlah yang Mahathir sebenarnya hanya mahu memastikan kedudukan anaknya terselamat dan terjamin.

Dengan terlantiknya Ketua Penaja Bahagian ini, bermakna UMNO dan PAS Kedah sudah pun dapat melihat siapa yang akan berhadapan dengan mereka pada PRU akan datang. Sama ada terancam atau sebaliknya, yang pastinya 'orang baru' yang mendapat jawatan sudah pasti akan cuba untuk membuktikan kepada bos-bos dan penaja-penaja mereka bahawa mereka sangat efektif dan relevan dalam politik tempatan.


No comments:

Post a Comment