Di sebalik pelbagai usaha untuk memperemehkan perjalanan acara yang turut membariskan nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selain Timbalan Presiden dan Presiden PAS serta beberapa orang pemimpin NGO Islam lain, mereka yang datang langsung tidak berganjak. Bahkan lautan ungu semakin tebal dan esemakin sesak.
Padang Merbok yang mampu memuatkan seramai lebih 50,000 orang, sesak sehingga melimpah ke jalan-jalan di sekitar termasuklah laluan di sebelah ASWARA dan di Jalan Parlimen. Ketika solat maghrib berjamaah yang dilangsungkan di dalam hujan lebat, Jalan Parlimen telah ditutup sepenuhnya oleh polis dan DBKL.
Dari pagi sehinggalah ke tengah malam, semangat para peserta tidak luntur. Berbeza pula dengan golongan penentang yang antara mereka termasuklah Zaid Ibrahim yang dikatakan akan dicalonkan oleh DAP untuk bertanding di Johor pada PRU akan datang selain Siti Kassim, pembela dan pencinta kaum murtad, gerombolan mereka yang tidak sampai 20 orang, telah bersurai lebih awal petang tadi di Taman Jaya kerana tidak mendapat sebarang sambutan. Malahan, tiada seorang pun wakil rakyat PKR atau DAP yang datang ke acara yang gagal menarik sokongan itu, menyebabkan acara terpaksa ditamatkan lebih awal.
Walau apa pun yang diperkatakan, UMAT ISLAM BERSATU di Padang Merbok telah menjadi kenyataan!
Syabas dn tahniah kpd semua yg menjayakan perhimpunan ungu hri ini.
ReplyDeletePas ganti Umno.
ReplyDeleteRUU 355 ialah utk menyelamatkan Najib dari 1MDB. Dalam sejarah Islam yang kena ialah Rakyat biasa, khalifah boleh terlepas
ReplyDelete