Sunyi sepi 'newsfeed' selepas Perdana Menteri mengumumkan bahawa kesemua tahanan Malaysia di Korea Utara telah selamat pulang ke tanah air semalam. Mungkin sebab semua pakar-pakar geopolitik/ diplomasi/ perisikan/ ketenteraan sudah menukar kerjaya menjadi pakar RUU, pakar nasi lemak dan pakar buku haram.
USA guna masa 444 hari utk menyelesaikan krisis tebusan Kedutaan USA di Iran. Malaysia hanya guna masa 24 hari. Tak nak puji, tak apa lah.
Apa? Korea Utara tidak seganas Iran? Habis itu, apa yang anda risau sangat sampai meroyan dan melatah di media sosial?
Untuk mengelakkan kejahilan yang sama dari berulang pada masa hadapan, suka cita saya ingin memperingatkan balik anda tentang poin-poin utama isu ini:
Pakar ketenteraan kata, Malaysia tidak wajar mencabar Korea Utara sebab mereka mempunyai peluru berpandu/misil. Kalau tidak mahu diserang nuklear, baik kita diam dan ikut sahaja kehendak mereka.
Saya kata, baik kita memahami motif Korea Utara membangunkan senjata nuklear terlebih dahulu. Itu adalah aset yang paling strategik bagi Korea Utara. Korea Utara tidak membangunkan misil dan nuklear untuk menyerang orang lain, tetapi sebagai 'deterrent' untuk mencegah serangan orang lain. Ia akan hilang nilai strategiknya saat ia mencetuskan perang. Menyerang Malaysia guna peluru berpandu adalah perkara yang paling bodoh boleh Korea Utara lakukan, dan Korea Utara tidak bodoh.
Pakar geopolitik kata, ini adalah rancangan jahat untuk melaga-lagakan Korea Utara dan Malaysia, supaya Malaysia memutuskan hubungan dengan Korea Utara dan menyertai pakatan USA-Korea Selatan untuk memerangi Korea Utara-China-Rusia. 'World War 3' akan bermula. Silap besar Malaysia memperbesarkan hal ini. Malaysia termasuk jerat USA-Korea Selatan.
Saya kata, geopolitik dunia sekarang tidak sama dengan era Perang Dingin yang mempunyai pakatan yang 'rigid'. China tidak sanggup berperang dengan USA demi Korea Utara. USA tidak ingin menghapuskan Korea Utara dan lebih selesa dengan status quo (dua Korea). Rusia tidak mahu bercampur tangan. Kedinamikan sebegini memberi kelebihan kepada Malaysia. Sekiranya berlaku apa-apa di antara Malaysia dan Korea Utara, Malaysia akan disokong oleh semua aktor utama yakni USA, China, Rusia dan Korea Selatan. Korea Utara akan dipulaukan. Usaha Malaysia untuk berbaik-baik dengan semua negara akhirnya 'paid off'.
Pakar diplomasi kata, Malaysia tidak patut berkeras dengan Korea Utara. Simpan 'persona non grata' itu, 'slow talk'. Bagi sahaja apa yang Korea Utara minta.
Saya kata, kalau menyerahkan mayat Kim Jong-Nam macam itu sahaja, jangan mengadu nanti orang menjadikan Malaysia sebagai hab membunuh musuh politik. Kan senang, bunuh dan bawa balik, 'hassle-free'.
Ketegasan ('assertiveness') juga sebahagian daripada diplomasi. Diplomasi bukan hanya berlemah lembut atau 'slow talk' saja. Diplomasi umpama tarik tali atau gusti lengan, ia merupakan pertarungan untuk melihat siapa yang lebih cepat menyerah kalah ('back down'). Lagi cepat kita mengalah, lagi kurang 'leverage' kita dan hasil tidak akan memihak kepada kita. Pihak lawan kita akan lebih menghormati kita kalau kita bertegas.
Negara seperti Korea Utara lebih suka rundingan di belakang tabir, sebab mereka sangat sensitif pasal imej. Rundingan di belakang tabir mesti melibatkan 'give and take'. Usah menimbulkan soal 'jual negara'. Diplomasi tidak jauh berbeza dengan 'buat deal'. Jangan berfikir secara 'zero-sum' (you win, I lose; I win, you lose). Kompromi adalah cara untuk mencapai 'win-win'. Korea Utara boleh buat 'deal' dengan USA, takkan tak boleh dengan Malaysia?
Pakar perisikan kata, ini sebenarnya rancangan Kerajaan untuk memenangi PRU sahaja.
Saya kata, anda belok ke kanan, kemudian jalan terus, lepas itu belok ke kanan lagi. Ada nampak longkang tak. Mohon terjun ke dalam.
Ini bukan 'blind patriotism'. Anda boleh benci PM semahunya, tetapi Korea Utara tidak kisah anda Barisan atau Pakatan, mereka cuma ingat Malaysia senang dibuli dan senang digertak. Mata seluruh dunia tertumpu ke apakah 'next move' Malaysia. Silap langkah, maka kedudukan antarabangsa Malaysia akan berubah buat selama-lamanya. Tak bolehkah anda simpan sinisme dan buruk sangka, dan memberikan sokongan moral kepada mereka yang berada di barisan terdepan?
Rakyat Malaysia sudah berjaya diselamatkan, dengan penuh hormat. Cabaran yang seterusnya adalah untuk memulihkan kepercayaan antara Korea Utara dan Malaysia kembali ke tahap sebelum krisis.
30 Mac 2017, dunia akan ingat, 'Malaysia is a country with sovereignty and dignity, not even a rogue state can breach it’.
COPY PASTE