Beberapa pihak terutama dari pembangkang, mula bercakap tentang betapa tidak adilnya pihak kerajaan menyekat kebebasan bersuara guru-guru terbabit. Malah kerajaan juga diminta bersikap lembut dan terbuka dengan guru-guru atau kakitangan awam yang bersifat vokal terhadap kerajaan.
Pada ketika kebanyakan kakitangan awam di seluruh dunia tertakluk dengan perintah awam atau pekeliling kerajaan masing-masing, di Malaysia pula kakitangan awamnya diharapkan diberikan sebebas-bebasnya.
China dan blok komunis paling keras terhadap kakitangan awam yang bersifat vokal. Kalau bukan hukuman mati, mereka akan dihadiahkan dengan hukuman penjara dan kerja berat.
Amerika Syarikat sendiri memilih kakitangan awam yang tidak vokal. Singapura sebagai contoh terdekat turut membuang dan mengenakan tindakan tatatertib keras terhadap kakitangan awam yang memburuk-burukkan kerajaan.
Sebenarnya tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan hari ini adalah selaras peraturan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr Mahathir pada tahun 2001.
Peristiwa reformasi yang dicetuskan Anwar Ibrahim pada 1999 telah mencetuskan satu gelombang politik baru di Malaysia. Anwar bukan saja dapat menarik sokongan org biasa untuk berlawan dengan Dr Mahathir. Anwar juga dpt menarik kakitangan2 kerajaan utk bersamanya bagi menentang Dr M.
Tindakan kakitangan kerajaan menentang kerajaan telah memberi ingauan buruk terhadap Dr M. Apa lagi selepas keputusan PRU 1999.
Lantas diperkenalkan olehnya suatu benda yg bernama AKUJANJI. Dimana kakitangan kerajaan diwajibkan bersumpah utk taat setia kpd kerajaan. Siapa yg langgar AKUJANJI akan dikenakan tindakan sebagaimana yg mereka ikrar dlm perjanjian itu. Pada masa itu juga ada berlaku kebocoran keluar dokumen2 kerajaan. Termasuklah bukti rasuah 6 kotak yg didendangkan Ezam.
AKUJANJI telah menimbulkan masalah kpd Cuepacs dan kakitangan2 kerajaan. Tapi biasalah....siapa berani lawan Dr M. Akhirnya AKUJANJI dilaksanakan juga pada 2002.
Semua kerajaan negeri2 juga ikut sama dlm melaksanakan AKUJANJI terhadap kakitangan mereka. Pada masa itu Terengganu diperintah oleh Pas. Negeri itu enggan melaksanakan AKUJANJI. Kerana mahu memberi kebebasan kpd kakitangan kerajaan negeri mereka. (RUJUK SINI)
Apa yang dilakukan oleh pentadbiran Turki yang diketuai oleh Recep Tayyib Erdogan, yang memecat lebih 30,000 orang kakitangan awam di negara tersebut yang terbukti tidak menyokong kerajaan, sepatutnya membuka lebar-lebar mata kakitangan awam di negara ini.
Apatah lagi terdepat lebih 200,000 orang dalam senarai menunggu untuk menjadi guru atau lebih 1 juta orang rakyat Malaysia yang memohon menjadi kakitangan kerajaan, seharusnya menjadikan mereka tidak berada dalam zon selesa kerana tugas mengekalkan jawatan dan manfaat daripada perkhidmatan awam kini telah menjadi satu pertandingan.
DAP menerusi Tony Pua sendiri sudah berkali-kali memberitahu iltizam mereka sekiranya pembangkang berjaya mengambilalih Putrajaya, tugas pertama yang akan mereka lakukan ialah memecat 80% daripada kakitangan awam di Malaysia yang disifatkan sebagai MAKAN GAJI BUTA.
Mungkin kakitangan awam yang begitu aktif menyokong pembangkang menerusi media-media sosial termasuklah Facebook dan WhatsApp berasa selamat kerana mereka masih tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib, tetapi dalam jangka panjang, tatkala ada perubahan pentadbiran, mereka akan menjadi sasaran utama walaupun mana-mana pihak menjadi kerajaan sekalipun.
Jadi, tidak perlulah menyalak dan memekak dan tidak perlulah juga seronok dengan 'sokongan' yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang dalam isu ini kerana nama mereka sudah pun ada dalam 'senarai'.
Bukankah lebih baik sekiranya mereka menunaikan amanah yang diaku janjikan dengan sebaik-baiknya dan memilih parti-parti kesukaan di atas kertas-kertas undi pada hari Pilihanraya tanpa perlu menunjukkan kecenderungan semasa bertugas?
Menteri pendidikan jenis kura2...kadang2 nampak bachul pun ada.
ReplyDeleteGuru terpaksa pakai otak dan membuat penilaian secara ilmiah. Kalau harga barang2 , Tanah, rumah naik di luar kemampuan Rakyat manakala pemimpin2 UMNO berpoya poya dengan pompuan, rasuah dan bunuh takkan nak sokong.
ReplyDeleteSuka hati kau la nak sokong sape pun.. Ade orang kisah ke..?? Menyalak je la kerja kau ni..statement pun dah nampak bahalulnye kau ni...kikikiki
DeleteCer tanya LG Eng lahanat tu...kenapa pecat macai2 kat Majlis perbandaran p.pinang yg baru sepatah dua nak tegur kepimpinan tokong tu...
ReplyDeletePenjawat awam spt guru tak perlu naik pentas pembangkang utk ceramah. Gunakan pentas meja undi pd masa pru.
ReplyDeletePRU tajaan UMNO penuh dgn penipuan. Kalau tak ada 70% pengundi menolak UMNO baru boleh menang.
DeleteKalau kita sokong pemimpin cam yg suka main punggung pompaun sambil baca ayat2 suci adalah kerana otak Melayu memang sudah terbalik sama seperti saudara2 kita Al Saud yg bertaqwa di depan tapi jadi hantu di kelab2 malam.
ReplyDelete