Namun di beberapa buah negeri, bahkan di Kedah dan Johor, dua buah negeri yang kononnya Cap Bunga sangat kuat, pergeseran dalaman berhubung perlantikan ketua dan bakal calon untuk PRU-14 telah menimbulkan masalah baru kepada parti yang baru berusia tidak sampai 6 bulan itu.
Sudah beberapa kali Dr. Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Cap Bunga bertindak sebagai SUPERIOR PAKATAN HARAPAN. Tindakan dan kenyataannya itu seringkali dibalas dengan tanggapan dan reaksi negatif daripada barisan kepimpinan Pakatan Harapan, terutama sekali dari DAP dan geng Reformasi dalam PKR. Bagaimanapun, Lim Kit Siang yang merupakan rakan sekongkol terbaharu Mahathir, tidak begitu banyak memberikan ulasan berhubung kenyataan Dr. Mahathir.
Terbaharu ialah apabila Dr. Mahathir sekali lagi 'MERAMPAS' kedudukan dan kuasa Lim Kit Siang apabila dia menyatakan partinya akan menyertai Pakatan Harapan. Oleh kerana itu, dia menuntut agar Pakatan Harapan menggunakan satu logo dan satu slogan. Sekaligus menutup kelemehan dan kekurangan yang terdapat di dalam Cap Bunga menerusi DAP dan PKR yang terpaksa mengguna satu logo dan satu slogan.
PAN yang sekarang ini sedang sibuk mahu mengenakan PAS, tidak akan pergi jauh kerana berbanding Cap Bunga, Lim Kit Siang memberikan perhatian khusus kepada Cap Bunga. Keutamaan kepada Cap Bunga bukanlah kerana kekuatan, tetapi kerana Dr. Mahathir dan 'rahsia-rahsia' UMNO yang boleh digunakan oleh DAP daripada Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir khususnya.
Jadi, jangan terkejut dan hairanlah kalau perangai mengada-ngada dan meminta-minta serta mendesak-desak seperti yang ditunjukkan oleh Mahathir dalam isu SATU LOGO, SATU SLOGAN itu dipamerkan. Memang itulah Mahathir dan kerana tidak dituruti kehendaknya itulah yang membuatkan Mahathir menubuhkan parti baru dan mula bercakap tentang PERJUANGAN RAKYAT!!!
Hahaha..admin panas punggung. Ko admin jenis apa pula? Pooorah
ReplyDeleteAwat hang dok sakithati kat Tun tu. Apa saja pasai Tun hang dok kondem, tak kira benda kecik ka besaq ka semua hang nak kondem. Lepaih tu hang dok buat cegheta pelik-pelik macam la Tun tu dok penaya hidup hang. Bawak-bawak istifar sama la noh... entah banyak mana dosa hang dengan Tun tu.. bukan senang hang nak kena minta maap nanti. Sudah-sudah la hidup dengan dosa keghing macam tu..tak guna pun. Coba berdakwah cagha elok, bukan cagha mengata dan pitnah orang.
ReplyDeleteBiasa la demokrasi...hang nak kutuk mamak mader ka..najib ka..guan eng ka..kit siang ka...mat sabu ka...besa la...awat 2 ekoq macai ni panaih pungkok ka...hahaha
ReplyDelete