Pages

Wednesday, March 1, 2017

DAP SAKIT HATI APABILA ARAB SAUDI MELABUR DI RAPID PENGERANG DAN JEJASKAN KEUNTUNGAN BESAR SINGAPURA!!!



18 Julai 2013, DAP menghantar sebuah rombongan yang terdiri daripada NGO Selamatkan Pengerang Anis Afida, Bendaharinya Chua Peng Siang, Setiausahanya Seng Siew ing dan Liew Yen Hean. Turut serta adalah ADUN Mengkibol Tan Hong Pin, ADUN Tangkak Ee Chin Li, ADUN Bentayan Chua Wee Beng dan Mazlan Aliman yang pada waktu itu mewakili PAS Johor.

Destinasi mereka adalah Taiwan, lebih tepat lagi ke pejabat Presiden Republik China untuk menghantar memorandum dan memujuk agar Kerajaan Taiwan membatalkan pelaburan Kuo Kuang Petrochemical Technology Compay (KKPTC) di RAPID Pengerang.

Alasan yang diberikan bagi pembatalan tersebut wajib dibuat ialah, KEBIMBANGAN AKAN KESELAMATAN PENDUDUK.

ADUN Bakri Er Teck Hwa menyatakannya dalam Parlimen selepas delegasi tersebut melakukan lawatan di Wilayah Yunlin, Taiwan untuk membuktikan projek seperti RAPID akan membunuh keseluruhan penduduk di kawasan sekitar. (RUJUK SINI)

Pada masa yang sama, Er Teck Hwa turut memberitahu dan menegaskan, itulah punca utama KKPTC membatalkan projek tersebut di Taiwan, sebaliknya berpindah ke Malaysia.

16 Ogos 2013, KKPTC dan Kerajaan Taiwan telah membatalkan pelaburan bernilai RM35 bilion untuk Projek RAPID Pengerang.

Bersorak sakanlah DAP kerana kejayaan mereka mensabotaj ekonomi Malaysia dan pada masa yang sama, memastikan kepentingan Jurong, Singapura dan RM60 bilion yang diperolehi setiap tahun oleh Singapura, tidak terjejas. (RUJUK SINI)

Kesimpulan mudah yang boleh dibuat ialah, DAP sememangnya PENGKHIANAT dan PENSABOTAJ ekonomi Malaysia. DAP sebenarnya lebih berusaha menjaga kepentingan Singapura sebagai hab petrokimia di wilayah ini. Mereka telah berusaha sedaya upaya termasuklah ke Taiwan semata-mata untuk tujuan tersebut sehinggalah Taiwan akhirnya membatalkan pelaburan bernilai RM35 bilion itu di Pengerang.

Sepatutnya, jikalau pelaburan tersebut berjalan lancar bermula dari tahun 2013 lagi, setidak-tidaknya dapat menampung sedikit sebanyak kemuraman ekonomi sekarang ini, terutama sekali yang membabitkan industri gas dan minyak. Bagaimanapun, DAP lebih seronok melihat ekonomi Malaysia merudum bagi membuktikan CERITA DONGENG YANG DITUTURKAN MEREKA DALAM BAHASA CINA, orang Melayu tidak layak dan tidak pandai mentadbir dan menguruskan negara ini.

Lawatan rasmi Raja Arab Saudi ke Malaysia memberikan sinar baru kepada projek RAPID selepas berjaya disabotaj oleh DAP. Raja Arab Saudi tersebut turut membawa pelaburan bernilai lebih RM31 bilion selain memastikan keperluan pembekalan 70% minyak mentah untuk proses penapisan datang terus dari Arab Saudi menerusi syarikat negara itu, Aramco, bukannya menerusi orang tengah lagi seperti syarikat dari Taiwan yang telah berjaya dipujuk oleh DAP untuk sabotaj.

Kemunculan Pengerang sebagai hab wilayah baru untuk industri minyak dan gas, benar-benar membimbangkan Singapura. Sekiranya berjalan lancar, menjelang 2019, Pengerang akan mengambilalih peranan dan keuntungan besar Jurong, Singapura yang berjumlah sekurang-kurangnya RM60 bilion setahun.

Pulau Jurong hanya memiliki hub pesisir pantai yang berkeluasan 32 kilometer persegi, menempatkan 96 buah syarikat petroleum, petrokimia dan pengkhususan kimia antarabangsa. Jumlah keluasan yang terbatas telah menyebabkan Singapura tidak mampu menampung dan berkembang lagi.

Itulah sebabnya mengapa Pengerang menjadi daya tarikan baru untuk para pelabur. Dengan pembunuhan Terminal Petroleum Bebas Pengerang, Jurong bakal menyaksikan kehilangan pelabur-pelabur mereka apabila mereka berpindah ke Pengerang secara beramai-ramai.

Selain menjimatkan kos, Pengerang juga lebih strategik kerana kedudukannya di laluan antarabangsa perkapalan, selain fasiliti pelabuhan laut dalam yang mencecah sehingga 24 meter selain berhampiran dengan pusat pengeluaran petroleum di Timur Tengah, India dan China.


Kebimbangan itu tidak dapat disembunyikan lagi oleh Singapura apabila akhbar-akhbar utamanya mula bercakap tentang ancaman ke atas ekonomi Singapura menerusi pelaburan dari Arab Saudi yang diterima oleh RAPID Pengerang.

Mujurlah bahasa Cina tidak laku di Arab Saudi. Kalau tidak, DAP sudah pasti akan menghantar delegasi untuk memujuk Kerajaan Arab Saudi agar menarik kembali pelaburan di RAPID Pengerang sebagaimana yang telah mereka lakukan di Taiwan.

Apa lagi helah DAP selepas ini untuk mereka mensabotaj ekonomi Malaysia dan bagi memastikan kepentingan Singapura tidak terjejas?

Alam sekitar lagi?


4 comments:

  1. Puak melayu PKR... Cap Bunga dan PAN melayu yg dijadikan barua olrh DAP ini lah yg dijadikan anjing olrh tuan mereka di Singapore... dah lama nampak barua ini nak sabotaj ekonomi Malaysia. .. haeao jangan berlembut lagi drngan Spork.... masa untuj hancurkan barua mereka di Malaysia dan masa terbaik juga untuj menghancurkan ekonomi Singapore.....

    JOM UBAH ... INI KALI LAH

    ReplyDelete
  2. Rapid ini akan mencemar laut persekitaraan. Sekarang keadaan Saudi sama spt berada di hujung tanduk sebab jatuhnya harga minyak. AS pun tidak berminat sangat membela Al Saud. Mereka lebih berminat membela unta2 padang pasir yg lebih berguna berbanding 12,000 natang kumpulan Al Saud.

    ReplyDelete
  3. Tak malu sampai khiamat hanya satu negara yg diperbandingkan iaitu Singapura. Kalau Singapura tengelam kita pun tengelam bersama kerana kehilangan sumber inspirasi.

    ReplyDelete
  4. Adalah harus kita tengelam dengan rejim Al Saud kerana kejahatan UMNO lebih kurang sama juga.

    ReplyDelete