Atau kerana dia sudah tidak berjawatan dan dikehendaki dalam PAS, kemudian mendapat tempat dalam PAN, sekaligus menjadi medan untuknya melepaskan geram dan dendam kerana banyak kerugian selepas kehilangan segala-galanya dalam PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan, hanya dia sahaja yang mengetahui.
Menurut Husam, Kelantan dimusnahkan oleh PAS. PAS telah memerintah PAS selama 27 tahun dan lebih separuh dari masa tersebut, Husam Musa adalah salah seorang Exco yang melaksanakan pemerintahan di Kelantan. (RUJUK SINI)
Seawal tahun 1990-an lagi, ramai yang telah memperkatakan tentang penyelewengan dan rasuah dalam Kerajaan Negeri gabungan Semangat 46 dan PAS. Husam sendiri bukan sahaja berada dalam kerajaan tersebut, tetapi merupakan tenaga penting yang diselak masuk oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.
Allahyarham Nik Abdul Aziz bagaimanapun, tidak lagi melantik Husam Musa walaupun sebelum itu, Husam Musa disebut-sebut sebagai penggantinya selaku Menteri Besar Kelantan. Dan semua orang tahu, Husam Musa mempunyai pelbagai projek-projek besar termasuklah Lebuhraya Rakyat yang tidak wujud sampai ke hari ini selain Keretapi Laju Kota Bharu-Kuala Lumpur. Itu belum lagi projek kambing jamnapari, depu, dirham dan dinar dan seribu satu macam projek lain yang sehingga ke hari ini tidak menampakkan sebarang hasil.
Ketika itu, setiap kritikan yang dilemparkan kepada Kerajaan Negeri PAS, Husam Musa akan menggelarkannya sebagai fitnah dan menafikan semua tuduhan tersebut. Malah kes pembalakan di Hulu Kelantan pun, Husam Musa nafikan ia melibatkan rasuah dan salahguna kuasa.

Sekarang, Husam kata, PAS memusnahkan Kelantan?
Jenaka apakah yang dimainkan oleh Husam Musa? Hanya kerana dia tidak mendapat tempat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan kehilangan segala kemudahan projek seperti yang diperolehi ketika dia menjadi Exco Kanan dan kepercayaan Allahyarham Nik Abdul Aziz dahulu, maka Husam Musa menyalahkan pentadbiran negeri yang diketuai oleh Ahmad Yaakob dan Nik Amar?
Sebenarnya, bukan PAS yang memusnahkan Kelantan tetapi sebilangan orang-orang berkuasa dalam PAS yang berbuat begitu. Merekalah yang menjual konsesi pembalakan untuk kepentingan peribadi sambil berpura-pura seolah-olah wang tersebut untuk parti sedangkan parti tidak menerima sesen pun.
Masalah pembalakan dan konsesi yang ditimbulkan sekarang ini oleh Husam dan PAN bukannya bermula dari zaman Ahmad Yaakob atau semasa Allahyarham Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar tanpa Husam Musa sebagai Exco Kanannya. Ia adalah masalah yang telah berlaku lama sebelum itu.
Husam Musa lebih tahu sebenarnya dan tidak sepatutnya bercakap langsung tentang hal tersebut kerana dia adalah Exco Kanan ketika konsesi-konsesi tersebut dianugerahkan kepada pemegang-pemegang konsesinya.
Tidak selayaknya orang PAN terutama sekali Husam Musa bercakap tentang pembalakan dan kerosakan yang dilakukan akibat masalah terdahulu.
Tidak selayaknya orang PAN terutama sekali Husam Musa bercakap tentang pembalakan dan kerosakan yang dilakukan akibat masalah terdahulu.
Makhluk perosak yg tak sedar diri.
ReplyDelete