Pages

Monday, March 13, 2017

KENAPA TIADA SEBARANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP TERESA KOK YANG CUBA CETUSKAN PERBALAHAN KAUM?!!!



Bayangkan...

Teresa Kok dan keluarganya sedang mengadakan keramaian, sambil seronok memanggang dan mengasap. Para jemputan dan tetamu mereka juga sedang menikmati juadah dengan penuh gembira.

Tiba-tiba di luar segerombolan Melayu sedang menjerit-jerit sambil mengangkat-angkat sepanduk. Mereka tidak menghalang laluan yang sempit tetapi tetamu Teresa Kok dan keluarganya berasa terancam dan ditakut-takutkan. Apabila diminta bersurai, Melayu berkenaan berkeras dan mengatakan, mereka juga berhak bersuara dan berhimpun. Malahan salah seorang Melayu itu pula berkata, seandainya Teresa Kok dan keluarganya mahu dihormati, mereka perlu melakukan sesuatu yang boleh dihormati, walaupun hakikatnya merekalah yang menceroboh dan mengganggu majlis Teresa Kok dan keluarganya.

Sudah pastilah, tidak sampai 24 jam selepas kejadian itu berlaku, seluruh masyarakat Cina terutama sekali penyokong DAP akan mendesak agar orang dan pemimpin Melayu memohon maaf kepada Teresa Kok dan keluarganya. Sudah pastilah akan ada pemimpin Melayu yang diarahkan untuk dijadikan kambing hitam dalam isu ini.

Semua pemimpin Cina, tidak kiralahh MCA, Gerakan apatah lagi DAP akan bersatu dalam isu ini. Mereka akan menuduh Melayu-Melayu berkenaan sedang cuba mencetuskan permusuhan dan persengketaan kaum. Mereka akan menyalahkan Melayu sebagai rasis!

Malangnya, yang berlaku adalah sebaliknya!


Teresa Kok yang membawa gerombolannya menakut-nakutkan orang Melayu yang sedang mengadakan majlis perkahwinan di sebuah dewan komuniti. Alasan Teresa Kok ialah, dia dan gerombolannya sedang menunjuk perasaan, enggan membenarkan pembangunan rumah mampu milik yang akan menyaksikan kehadiran lebih ramai orang Melayu di Seputeh, kubu kuat DAP yang sentiasa memberikan majoriti besar dalam setiap PRU.

Pembinaan rumah-rumah mampu milik bererti, membawa masuk lebih ramai orang Melayu dan India ke kawasan berkenaan. Pertambahan penduduk sekaligus memecahkan penguasaan orang Cina di sesuatu kawasan yang mereka menjadi majoriti, adalah sesuatu yang sangat tidak diperlukan oleh DAP. DAP dalam apa cara sekalipun, akan menolak dan cuba menghalang perkara tersebut daripada berlaku. Kalau perlu  menggunakan taktik menakut-nakutkan seperti gangsterisme untuk memastikan Melayu dan India keluar dari kawasan itu, mereka sudah pasti akan menggunakannya.

Di Seputeh dua hari sudah, Teresa Kok telah cuba membuktikannya!


Cuma, seandainya provokasi Teresa Kok dan kumpulannya itu dibalas, bahkan ada Melayu yang tidak dapat menahan sabar bertindak mencederakan Teresa Kok, kerana provokasi yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Seputeh dan kumpulannya, sudah pasti yang tercetus adalah tragedi besar berdarah.... lebih tepat lagi, ulangan TRAGEDI BERDARAH 13 MEI kedua!

Kalau Melayu yang cuba mencetuskan tragedi ini seperti yang berlaku dalam kes LOW YATT dan KOTARAYA, segera ditangkap, dikurung dan dilokap, mengapa pula Teresa Kok begitu kebal dan tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang?

Adakah undang-undang di negara ini memilih kaum dan hanya berat sebelah?


4 comments:

  1. Mereka yg diganggu oleh Teresa Kok ini perlu buat laporan polis, dan ambil tindakan undang2. Saman dia kau2, biar padan muka.

    ReplyDelete
  2. Tanya parti ternakan Dap...kecut kerandut nak jawab kot.

    ReplyDelete
  3. "If U Eat Pig..U Will Behave Like Pig"....Its True n simple science

    ReplyDelete
  4. Janganlah pembunuhan Altantuya dijadikan sebagai pedoman oleh kafir2 UMNO untuk mengulangi May 13, sebab kalau tersilap tentera Cina yg sudah dekat dengan Semananjung tengah berkeliaran cam jerung yg berkelaparan, akan makan melayu ini hidup2. Cari lah titik perdamaian.

    ReplyDelete