Selalunya berita yang kita dengar ialah, Lim Guan Eng saman wartawan, saman media dan saman sesiapa sahaja yang dirasakan dapat menaikkan rating atau menunjukkan dia adalah mangsa fitnah. Tapi kali ini, dia pula yang akan disaman fitnah oleh pengamal media kerana telah melakukan fitnah atas kapasitinya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Para wartawan yang dihormati.... dimaklumkan bahawa pada 17 Mac 2017, Jumaat, wartawan Ong Beng Siang dari Guan Ming Daily akan mendaftarkan tuntutan fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada jam 9:30 pagi di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Kehadiran Tuan/Puan untuk membuat liputan adalah dihargai...."
Masalah Lim Guan Eng dengan media-media berbahasa Cina bukan baru ini berlaku. Lim Guan Eng banyak menggunakan tekanan kepada media-media berbahasa Cina termasuklah memaksa mereka untuk menyiarkan beritanya, malahan menjadikan beritanya sebagai berita utama dan pada muka hadapan.
Kegagalan berbuat begitu bererti mengundang kemarahan Lim Guan Eng, bahkan media-media tersebut akan dilabelkan sebagai pro-UMNO-BN bagi menimbulkan kebencian di kalangan pembaca sekaligus membuatkan pembaca-pembacanya beralih arah dan terus memulaukan media-media berkenaan seperti yang berlaku dalam isu 182 orang ahli DAP Melaka keluar parti (RUJUK DI SINI)
'Bintang' LIm Guan Eng di kalangan media-media berbahasa Cina kini semakin kelam. Walaupun dia masih dikerumuni, tetapi keseronokan seperti yang dinikmati pada awal 2008 dan 2013 sudah mulai hilang. Ramai wartawan media berbahasa Cina yang sudah mulai berani bertanyakan soalan-soalan sensitif yang tidak akan dijawab oleh Lim Guan Eng atau paling tidak akan diancam untuk disaman oleh Setiausaha Agung DAP itu.
Kalau benar esok satu saman fitnah difailkan ke atasnya, sudah tentulah ia bukan yang pertama dan sudah tentu, bukanlah KESERONOKAN YANG PERTAMA juga!!!
Kau suka buat andaian kau sendiri ..poodaahh
ReplyDeleteTu akhbar Gelakan atau MCA.
ReplyDelete