Pages

Thursday, March 9, 2017

TIAN CHUA SEPATUTNYA DIHUMBAN KE DALAM PENJARA BAWAH TANAH UNTUK TEMPOH YANG PANJANG, BUKAN SETAKAT DENDA RM3000 SAHAJA!!!



Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Batu Tian Chua hari ini telah didapati bersalah dan didenda RM3000 oleh mahkamah, sekaligus menyaksikan dia bakal terhalang daripada bertanding atau dicalonkan pada PRU akan datang.

Tian Chua telah didakwa pada Ogos 2014 di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis pada April tahun yang sama. 

Perkataan-perkataan kesat itu termasuklah 'bastard (anak haram)' dan 'stupid police (polis bodoh)'

Kedudukan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen kini di hujung tanduk ekoran dia didenda lebih RM2000. Ini bermakna, sekiranya pilihanraya diadakan sebelum dia melalui proses rayuan, dia tidak akan dapat mempertahankan kerusi yang disandangnya.

Puak-puak penyokong Pakatan sudah tentu akan mengatakan hukuman yang dikenakan ke atas Tian Chua adalah tidak adil. Sudah pastilah dua kes sebelum ini yang mana klip videonya menjadi tular, mendapat reaksi besar dari netizen, malah cuba dijadikan modal meraih simpati dan sokongan daripada orang ramai. 

KES 1: Berlaku pada tahun 2015 apabila dua orang lelaki Cina menghina seorang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang apabila mereka bukan sahaja memanggilnya sebagai ANJING, tetapi turut melemparkan bayaran denda RM50 ke atas lantai dan kemudian mengarahkan pegawai penguatkuasa Melayu itu memungutnya. Kes itu mendapat liputan besar. Lim Guan Eng cuba ambil kesempatan dengan 'bersedekahkan' RM200 kepada pegawai wanita tersebut dan gambarnya disiarkan oleh portal dan media pro-DAP.

Pada November 2015, salah seorang daripada mreka dijatuhi hukuman denda RM5,200 dan 3 hari penjara. (RUJUK SINI)


Oleh kerana kejadian tersebut berlaku di Pulau Pinang, di samping mahu meningkatkan imej Guan Eng yang baik kerana memberi sedekah RM200 untuk maruah seorang pegawai penguatkuasa Melayu, para pentaksub dan penyokong Pakatan marah dngan kejadian ini bahkan berkata, memang padan pun dengan mereka.

KES 2: November tahun lepas, hampir semua orang menyambut gembira apabila sepasang suami isteri yang mengganggu seorang pegawai penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM3,000 dan 14 hari penjara.

Pasangan tersebut merayu tetapi akhirnya hukuman penjara mereka ditingkatkan menjadi 5 bulan. (RUJUK SINI)



Semalam, seorang wanita yang menampar seorang guru di SJKC menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan didenda RM2000.

Sebenarnya hukuman yang dikenakan terhadap Tian Chua langsung tidak sepadan. Bukan kerana terlalu berat, tetapi kerana terlalu ringan apatah lagi Tian Chua kerapkali mengulangi kesalahan yang serupa, malah seperti memperolok-olokkan undang-undang Malaysia. Dia wajar dikenakan hukuman yang lebih berat, bukan setakat denda RM300 dan kemudian dibenar membuat rayuan.



6 comments:

  1. Kalau takleh bertanding bagi sokongan kpd parti sudah cukup utk mengegarkan UMNO. Lagi dia akan dapat simpati org ramai kerana dianiaya oleh mahkamah tong sampah UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bendahari Umno bank in gaji pegawai mahkamah termasuk hakim kah? Bank mana pula tu? Bila penchen nnt Bendahari Umno juga ke bayar duit penchen Hakim tu? Eloklah mohon pada tuhan minta jadi cherdik sikit Anon ooi

      Delete
    2. Macam salahguna simpati je...3 ribu je..kalau kena hudud potong lidah, baru la ada nilai nak bersimpati...tu la..mencarut lagi

      Delete
  2. Yang salah tu salah la...lain kali jgn maki penjawat awam. Lawan sistem yg buruk dgn akhlak yg baik. Itu menjadi tarikan kpd pengundi.

    ReplyDelete
  3. Guna perengkap muka anjing kerana tabiat menggigit!

    ReplyDelete
  4. Yang takut pada hudud ialah org2 UMNO.

    ReplyDelete