Pages

Wednesday, April 5, 2017

BUKAN KATA MELAYU, CINA MARHEIN PUN 'DIRASISKAN' OLEH LIM GUAN ENG DAN PENTADBIRAN DAP PULAU PINANG!!!



Selalunya Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP dikaitkan dengan PERANGAI RASIS dan KIASU terhadap orang Melayu secara keseluruhan dan masyarakat India secara sebahagian terutama sekali yang marhein, tetapi hari ini, sekumpulan CINA MARHEIN menyanggah tanggapan tersebut, bahkan mengatakan, RASIS LIM GUAN ENG tidak terbatas, sehinggakan terhadap ORANG CINA YANG MISKIN PUN, GUAN ENG DAN DAP RASIS!!!

Itulah yang berlaku apabila pada lebih kurang jam 11:55 pagi tadi sehingga 12:20 tengah hari, penjaja-penjaja Cina di Jalan Kuala Kangsar, Pasar Chowrasta Pulau Pinang mengadakan satu bantahan di hadapan Maybank Cawangan KOMTAR, Lebuh Tek Soon, Georgetown, Pulau Pinang.

Bantahan tersebut diketuai oleh Lai Kong Hooi yang merupakan wakil penjaja-penjaja di Jalan Kuala Kangsar. Turut bersama-samanya adalah 30 orang yang terdiri daripada penjaja-penjaja di Jalan Kuala Kangsar serta wartawan-wartawan tempatan. Mereka tidak berpuas hati apabila penjaja-penjaja yang berniaga di Jalan Kuala Kangsar, Pasar Chowrasta telah dipindahkan tapak perniagaan mereka oleh MBPP dari Jalan Kuala Kangsar ke Jalan Chowrasta pada 31 MAC 2017 yang lalu.


Semenjak perpindahan ke tapak baru, perniagaan mereka telah merosot dan mendatangkan impak negatif kepada pendapatan harian mereka. Tapak perniagaan di Jalan Kuala Kangsar merupakan tempat tradisi yang menarik kedatangan pelancong dan merupakan salah satu tempat yang unik di Pulau Pinang. Keunikan Pasar Chowrasta akan terhapus sekiranya aktiviti-aktiviti di Jalan Kuala Kangsar dihentikan.

Menurut Lai Kong Hooi, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengamalkan 'double-standard' apabila membenarkan penjaja-penjaja di Lorong Baru berniaga di jalan sempit seperti Jalan Kuala Kangsar, tetapi penjaja-penjaja di Jalan Kuala Kangsar pula, dihalau dan tidak dibenarkan berniaga di situ.


Kerajaan DAP dan Lim Guan Eng sepatutnya menyediakan tapak untuk penjaja-penjaja berniaga, bukannya mencari jalan penyelesaian mudah dengan menghalau penjaja-penjaja asal bagi membolehkan penjaja-penjaja dari tempat lain berniaga. Kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya boleh mengehad atau mengurangkan lot-lot perniagaan, bukannya mematikan aktiviti perniagaan di Jalan Kuala Kangsar.

Menurut Lai Kong Hooi lagi, mereka telah berjumpa dengan pihak penguatkuasaan MBPP dan wakil rakyat, malangnya aduan mereka tidak diendahkan oleh sesiapa pun.


Pada jam 12:15 tengah hari, Lai Kong Hooi mewakili penjaja-penjaja Jalan Kuala Kangsar telah menyerahkan satu salinan memorandum kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah menghantar wakil.


No comments:

Post a Comment