Berbelit-belit Guan Eng memberikan jawapan dan dalih dan akhirnya dia menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional terdahulu walaupun kesemua projek tersebut adalah projek di bawah tangannya sendiri.
Dan yang paling menarik ialah, Guan Eng langsung tidak berani menyentuh tentang wang beratus juta yang telah diberikan sama ada dalam bentuk bayaran mahupun dalam bentuk tanah yang bernilai RM2.83 bilion kepada syarikat konsesi berkenaan yang kemudian menjualnya pula kepada syarikat yang tersenarai dalam bursa saham. (RUJUK SINI)
Pendedahan awal yang dibuat oleh Abdul Rahman Dahlan tentang pembayaran beratus juta hanya untuk laporan yang boleh disiapkan dalam tempoh 24 jam itulah yang membuatkan projek Terowong Dasar Laut bertukar menjadi Jambatan Pulau Pinang Ketiga. Dan kerana pendedahan itu jugalah, selama tiga bulan berturut-turut, Lim Kit Siang, bapa kepada Lim Guan Eng melakukan serangan ke atas Abdul Rahman Dahlan bagi mengelakkan anak lelakinya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang terjebak dalam masalah rasuah yang lebih besar berbanding membeli sebuah rumah banglo di bawah harga pasaran.
Menurut Lim Guan Eng, "Sehingga ke hari ini, Rayston masih lagi membuat penebusan tanah dan kerajaan negeri hanya boleh berharap, mereka akan menyiapkannya dalam tempoh 6 bulan."
Lim Guan Eng hanya boleh berharap!!!
Laporan bernilai RM305 sudah tiga tahun lewat. Banyak pihak termasuklah orang ramai yang bertanyakan tentang laporan tersebut lebih setahun lampau... dan akhirnya SEMUA SALAH BN!
Sudah 9 tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, rancangan tersebut masih belum siap? Apa yang dibuatnya selama 9 tahun?
Hanya boleh berharap? Tetapi pada masa yang sama telah membayar RM135 juta dan membenarkan kontraktor terowong untuk menjual tanah yang bernilai RM2.83 bilion?
Lagipun, apa kena mengena penebusan tanah di Butterworth dengan 3 lebuhraya di bahagian pulau yang merupakan sebahagian daripada projek terowong tersebut yagn sepatutnya pembinaannya dimulakan pada 2015?
Setelah hampir setahun, Lim Guan Eng masih gagal menyerahkan walau sekeping dokumen pun untuk permohonan tersebut sekalipun telah membuat pelbagai janji berulang-ulang kali. Ketara benar Guan Eng berusaha agar RM135 juta, RM305 juta dan RM2.83 bilion tidak disebut-sebut lagi.
Paling menarik ialah apabila dia bercakap besar kononnya tiada sebarang masalah untuknya menyerahkan laporan tersebut sebagaimana yang diminta oleh Kementerian. Kemudian dia bertanya lagi, untuk apa laporan berkenaan. Bila diterangkan bahawa tidak ada mana-mana Kementerian yang meluluskan projek dalam tempoh 24 jam dan tanpa sebarang sokongan dokumen, dia kata tidak masalah untuk serahkan laporan berkenaan.
Tetapi kemudian, dia kata laporan tersebut hanya 87% siap kerana 'projek BN 18 tahun lalu pada tahun 1999' dan dia berharapn dapat menyerahkan laporan berkenaan pada penghujung 2017.
Klasik betul cara bohong Lim Guan Eng... betul-betul macam tok neneknya dulu mengecek menumpang hujung tanah, kemudian tuan tanah dihalau keluar kerana kononnya dia yang mengusahakan tanah itu.
Kalau manusia berbohong maka itu adalah tabiat semulajadi tetapi kalau tokong berbohong,itu adalah apa?
ReplyDeleteMana macai2 pan yg sayang sangat kat dap tu...bantulah tuan besar yg sdg tersepit.
ReplyDeleteIni bukan cerita klasik... ini HARAM JADAH namanya, DAP dan HARAM JADAH mmg tidak dapat dipisahkan... apa komen BERSIH?????
ReplyDeleteMcm LKY secara sistematik dengan secara halus mengusir org Melayu dari Singapura...
ReplyDelete