Pages

Friday, April 7, 2017

DEMI MENGALIHKAN PERHATIAN MASALAH RASUAH DAN SELEWENG KUASA, KENYATAAN YB TASEK GELUGOR DIPUTARBELITKAN OLEH RBA DAN PEMIMPIN DAP!!!



Bersungguh-sungguh para pemimpin DAP dan tentera-tentera siber mereka, RBA menyerang dan cuba memalukan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahya dengan menggunakan isu kononnya, Shabudin menyokong perkahwinan bawah umur dan rogol adalah lesen untuk membolehkan perkahwinan bawah umur dijalankan. 

Apabila dikonfrontasi, mereka berhujah dengan menggunakan, artikel dan berita yang sama telah disiarkan oleh portal berita yang dimiliki oleh parti MCA dan UMNO iaitu The Star dan NST.

DAP menerusi RBA mereka telah mengeluarkan pelbagai bahan kempen termasuklah poster dan klip video yang memutarbelitkan kenyataan sebenar Shabudin yang mengulas isu tersebut dari segi perundangan syariah bagi kes 'statutory rape' atau seks suka sama suka untuk remaja bawah umur. 


Undang-undang di Malaysia secara tegas menyatakan, membuat hubungan seks dengan remaja di bawah umur 18 tahun adalah perbuatan rogol. Rogol adalah jenayah yang terdapat di dalam undang-undang sivil (Seksyen 376 Kanun Acara Jenayah).

Apa yang dikatakan oleh Shabudin semasa di Parlimen langsung tidak membabitkan pemaksaan perkahwinan ke atas mangsa rogol yang merupakan remaja perempuan bawah umur. Dia sekadar menyebut seandainya situasi tersebut berlaku dan proses yang membolehkan perkahwinan berkenaan berlangsung kerana undang-undang syariah Malaysia yang tertakluk kepada orang Islam, membenarkannya menerusi prosedur yang amat ketat dan berhati-hati. Dan pada masa yang sama, lelaki pelaku jenayah rogol berkenaan, tetap berhadapan dengan tindakan undang-undang terutama di bawah Seksyen 376 Kanun Acara Jenayah.

Soal perkahwinan antara si pelaku jenayah rogol dengan mangsa rogol, akan diputuskan oleh wali kepada remaja perempuan tersebut dan dengan KEBENARAN HAKIM MAHKAMAH SYARIAH. Bukannya dengan mengahwinkan mereka, maka si pelaku jenayah rogol tersebut lepas daripada hukumannya.


DAP cuba menggambarkan kononnya Shabudin menyokong perkahwinan bawah umur untuk mengelakkan hukuman penjara dan sebatan. Kata mereka, portal-portal berita pro-kerajaan yang memetik kenyataan tersebut walaupun pada masa yang sama, mereka juga tahu bahawa berita tersebut telah disensasikan dan konteks sebenar ucapan Shabudin telah diputarbelitkan.

Apa yang jelas, daripada ucapan Shabudin, dia MENOLAK CADANGAN MENGHARAMKAN PERKAHWINAN bawah umur berdasarkan pengalamannya selaku Hakim Mahkamah Syariah. Apatah lagi, undang-undang perkahwinan Islam sendiri tidak mengharamkan perkahwinan tersebut.

Shabudin menjadi mangsa DAP dan RBA kerana dendam mereka terhadapnya, selepas Shabudin mendedahkan tentang salahguna kuasa, penyelewengan dan rasuah Lim Guan Eng yang menyebabkan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang. 


Lim Guan Eng sekarang ini sedang memanipulasikan undang-undang untuk dia melengah-lengahkan perbicaraan salahguna kuasa, penyelewengan dan rasuahnya berhubung skandal status tanah dan pemilikan rumah banglo di bawah harga pasaran dengan kepentingan diri dan isterinya.

Secara jelas, DAP yang cuba menyelamatkan Lim Guan Eng selain maruah DAP sendiri selaku pengamal rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti yang berlaku kepada ADUN Sungai Pinang, terpaksa memutarbelitkan isu PERKAHWINAN BAWAH UMUR 

4 comments:

  1. Aku bukan penyokong BN tapi tolong pertahan shabudin. Orang yang faham bahasa dan undang syariah saja tahu apa yang shabudin cakap. Chow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm undang2 syariah mungkin ada peruntukan merogol kalau terdesak. Kahwin itu kira lain.

      Delete
  2. Weyy...Apa ni..??!! Makbapak budak ni seronok ka? anak ditayang sebagai mangsa rogol? Si anak kecil ni pulak bukan tahu benar sgt hal papan yg dipaparkan olehnya... Cuba minta anak kecil cina sebagai pelakon mangsa rogol? Boleh? Makbapak budak ni bangang sungguh... sanggup tayang anak sebagai mangsa rogol... dah tu jenis Melayu yang tak reti bahasa melayu... dah otak jamban punya org tua. perkara perundangan syariah dlm bahasa melayu masih tak paham2.. Perkara di cakap oleh bekas Hakim Syariah belum dihuraikan lagi... bodoh punya makbapak melayu percaya kata2 cina yg tak paham bahasa melayu.

    ReplyDelete
  3. Menjadi bodoh bersama parti rasuah UMNO.

    ReplyDelete