Polis dikecam dan dituduh mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO kerana tidak membenarkan debat antara Mahathir dan Nazri Aziz diadakan.
Sudah dua kali debat antara kedua-duanya dibatalkan ekoran polis menarik balik permit kebenaran. Kali pertama pada 25 Mac di MRSM Kuala Kangsar, manakala debat pada 7 April nanti juga, telah dibatalkan apabila Polis Shah Alam menarik kembali permit yang diberikan.
Semuanya kerana terdapat bantahan daripada orang awam. Dan polis terpaksa membuat keputusan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan mengikut Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 yang telah digubal selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada polis mengikut Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 dan ia digubal selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tertakluk kepada Akta ini, Pasukan hendaklah diguna khidmat di dalam dan di seluruh Malaysia (termasuk perairan wilayahnya) bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul risikan keselamatan.
Menurut Khalid, Seksyen 20 (3) akta sama juga memberikan polis kuasa budi bicara untuk menjalankan tugas itu demi kepentingan orang ramai.
Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas atau mana-mana undang-undang lain adalah menjadi tugas seorang pegawai polis melaksanakan maksud yang tersebut dalam subseksyen 3(3); dan dia boleh mengambil langkah-langkah yang sah dan melakukan perbuatan yang sah yang perlu berkaitan dengannya, termasuk―
(a) menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang menangkap; (b) memproses risikan keselamatan; (c) menjalankan pendakwaan; (d) memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran; (e) memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan; (f) melaksanakan saman, sepina, waran, perintah memenjara dan proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh manamana pihak berkuasa yang kompeten; (g) mempamerkan maklumat; (h) melindungi harta yang tidak dituntut dan yang hilang dan mencari pemunyanya; (i) menyita binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam; (j) memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta; (k) melindungi harta awam daripada hilang atau rosak; (l) menghadiri mahkamah jenayah dan, jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan menjaga ketenteraman di dalamnya; dan (m)mengiring dan menjaga banduan dan orang lain yang ada dalam jagaan polis
Dalam isu di Shah Alam, polis telah menerima 18 bantahan daripada orang awam yang menyebabkan polis Shah Alam terpaksa menarik kembali permit kebenaran yang telah dikeluarkan lebih awal.
Segelintir pihak yang berasakan polis hanyalah budak bodoh yang mengikut arahan, memperolok-olokkan hasil risikan polis yang menunjukkan terdapat ancaman keselamatan dan huru-hara yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu ketika debat tersebut berlangsung.
Dengan gambaran yang diberikan konon-kononnya, kawasan debat tersebut hanyalah kilang dan tidak berpenghuni, pihak terbabit terlupa bahawa selain mereka dan penyokong mereka, lokasi berkenaan turut menjadi lokasi tempat orang bekerja dan mencari makan.
Apa yang polis lakukan adalah betul apatah lagi pada sepanjang masa, keselamatan rakyat negara ini terjamin sehingga berasakan mereka menjadi terlalu istimewa tanpa menyedari bahawa faktor keselamatan yang mereka nikmati sekarang adalah hasil risikan dan kerja keras serta dedikasi yang diberikan oleh pegawai serta anggota-anggota PDRM yang mereka labelkan sebagai BODOH dan MENGIKUT KATA UMNO-BN.
Ditambah pula dengan ancaman IS (Islamic State) dengan tangkapan demi tangkapan termasuklah ancaman yang lebih merbahaya termasuklah menggunakan bom petrol bagi tujuan memusnah dan membunuh anggota-anggota polis di beberapa buah balai polis termasuklah di Gurun dan Tapah sepertimana yang dilaporkan oleh media baru-baru ini, ancaman keselamatan bukanlah sesuatu yang boleh dipolitikkan.
Tidak logik langsung hujah yang mengatakan, polis membatalkan permit sebab tidak mahu Nazri kalah berdebat dengan Mahathir, sedangkan difahamkan antara yang membuat bantahan kepada polis agar debat tersebut dibatalkan adalah 'orang-orang' dan penyokong tegar Mahathir sendiri!
Berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, polis sekadar menjalankan kuasa budi bicara dan keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek bagi tujuan mengekalkan ketenteraman awam.
Mungkin yg membantah itu takut Tun Mahathir tumbang...huru hara jadinya.
ReplyDeleteMmg elok d batalkan
ReplyDeleteSesama islam sebok nak berdebat jadi bahan gelak antara satu sama lain...kerja syaitan cucuk sana sini
Eloklah dibatalkan.. Kita bergaduh, depa tepuk tangan.
ReplyDelete