Suatu ketika dahulu dia merupakan orang yang lantang menentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang disifatkannya sebagai dongeng dan sengaja diada-adakan. Dia merupakan antara penggerak utama Gerakan Anti-Hadis, gerakan yang sehingga ke hari ini masih lagi wujud, bahkan diimani oleh sebahagian besar pembaca dan pengkaji al Quran terjemahan.
Bagaimanapun, Kassim Ahmad agak bernasib baik kerana dia sentiasa diselamatkan oleh Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, merangkap Menteri Dalam Negeri waktu itu.
Buku-bukunya walau bagaimanapun, banyak yang diharamkan bagi mengekang pengaruh anti-hadis daripada menular dan tumbangnya kerajaan yang dipimpin oleh Mahathir apabila semakin ramai yang berjaya mengaitkan Mahathir dengan Kassim Ahmad.
Kassim Ahmad pernah diminta untuk bertaubat pada Februari 2014 ekoran kenyataan kontroversinya yang menghina Nabi s.a.w , para Sahabat r.a, Imam As-Syafie dan hadis-hadis dalam sebuah forum yang berkisar tentang pemikirannya. (RUJUK SINI)
Nampaknya selepas baik sakitnya, Kassim Ahmad kembali semula membuat kenyataan kontroversi. Kali ini, Kassim Ahmad mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menghapuskan Islam sebagai Agama Persekutuan.
Dia juga mendesak agar pihak kerajaan tidak campur tangan dalam hal ehwal agama kerana menurutnya, kaedah pentadbiran Islam di negara ini hanya membawa kepada konflik agama.
Kassim Ahmad, tokoh anti-hadis yang pernah mendakwa hadis-hadis Nabi sebagai ajaran palsu dan menyeleweng daripada ajaran Islam, dilaporkan telah mengeluarkan pendapat sedemikian oleh The Malaysian Insight, kelahiran semula portal berita The Malaysian Insider (TMI) yang telah diharamkan kerana telah melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (RUJUK SINI)
Kassim Ahmad, individu yang pernah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya atas dakwaan menghina agama Islam turut mendesak, “Kita perlu meminda Perlembagaan, agama persekutuan dalam Perlembagaan mesti dikeluarkan. Kerajaan mesti adil, negara tidak mempunyai agama, (hanya) rakyat mempunyai agama.”
Menurutnya, urusan pentadbiran agama perlu ditadbir secara autonomi oleh penganut-penganut sendiri, tidak seperti sekarang di mana hal ehwal urusan agama Islam ditadbir oleh negeri. Kuasa pentadbiran agama Islam negeri-negeri adalah di bawah naungan Raja-Raja setiap negeri sebagai Ketua Agama Islam masing-masing, dan Yang di-Pertuan Agong untuk negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, sesuai dengan yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Kita orang Islam, kita uruskan ugama Islam secara autonomi. Sendiri. Tak ada kena mengena dengan kerajaan,” tegas Kassim Ahmad. “Setiap penganut agama mempunyai kuasa autonomi, mereka perlu menguruskan diri mereka sendiri. Justeru, perkara pertama perlu dilakukan adalah Perlembagaan kita perlu secara drastik disemak semula menurut Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama. Umat Islam … mereka secara autonominya menjaga hal agama mereka sendiri, penganut Buddha menjaga agama mereka sendiri, Kristian juga menjaga agama mereka sendiri,” tambahnya lagi.
Agama boleh dipakai sebagai senjata politik sebab itulah Al Saud menjadi penaung kpd agama Islam dan tidak ada mana2 negera OIC yg memberi mandat tersebut. Amerika pula menguasai Al Saud jadi umat Islam rata2 diguna utk agenda AS/Yahudi .
ReplyDeleteKasim Ahmad ni selagi tak mampus selagi itulah dia akan menghina agama
ReplyDelete