Pages

Saturday, April 22, 2017

ISLAM AGAMA SUPREMACIST YANG SUKA PAKSA BUKAN ISLAM - BISHOP PAUL TAN CHEE ING!!!



Figura agamawan Kristian, Bishop Emeritus Dr. Paul Tan Chee Ing mendakwa bahawa Islam adalah agama yang bersifat ‘supremacist’ yang suka memaksa golongan bukan Islam untuk patuh pada sekatan-sekatannya. 

Beliau memetik arahan kerajaan negeri Kelantan yang mahu premis-premis perniagaan, termasuk yang dimiliki golongan bukan Islam memberhentikan perniagaan selama 10 minit ketika waktu Maghrib sebagai ‘bukti’ bagi dakwaannya. 

Beliau dilaporkan mengeluarkan pendapat sedemikian dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh portal liberal Malaysiakini yang berjudul “Bishop: Kelantan ruling is proof incontrovertible“ baru-baru ini. 

Mantan Ketua Gereja Melaka-Johor itu juga mendakwa bahawa, sebahagian orang Islam sengaja melakukan muslihat atau mereka sememangnya tidak berapa memahami ajaran agama mereka sendiri – iaitu agama Islam adalah agama ‘supremacist’ yang mahu mengenakan larangan-larangannya ke atas golongan bukan Islam. 

“We were flabbergasted at the evidence that some Muslims don’t quite get the drift of their religion or are engaging in deliberate deception – which is that theirs is a supremacist religion which will seek to impose its strictures on non-Muslims.” 

Paul Tan mendakwa bahawa selama ini, golongan bukan Islam hanyalah bersikap amat skeptik terhadap janji palsu para penyokong usaha untuk memartabatkan perundangan Islam yang mengatakan bahawa perundangan itu tidak akan dipaksakan ke atas golongan bukan Islam. 

“Selama ini, kami telah mendengar dengan begitu skeptik janji-janji golongan yang mahu memartabatkan perundangan Islam bahawa, perundangan ini tidak akan dikenakan ke atas golongan bukan Islam,” terangnya. 

“Arahan kerajaan negeri Kelantan supaya kedai-kedai golongan bukan Islam ditutup sewaktu solat Maghrib pada masa ini adalah bukti yang tidak boleh dinafikan lagi bahawa perundangan Muslim, jika dibenarkan untuk dikuatkuasakan, pasti akan dikenakan juga ke atas golongan bukan Islam di Malaysia,” dakwa Paul Tan lagi. 

Paul Tan suatu ketika dulu pernah membangkitkan kemarahan umat Islam dengan dakwaan beliau bahawa Syariah adalah visi totalitarian masyarakat yang membenarkan diskriminasi terhadap bukan Islam, mengamalkan ketidakadilan jantina, membenarkan perkahwinan di bawah umur dan mengamalkan kebencian terhadap bangsa Yahudi.

6 comments:

  1. Mana pergi bijak pandai Islam,ulama Dan para mujahid Pas..tak kan benda macam ni nak senyap juga...jawab la..selama ni kita jangan lah jadi ulama,cerdik pandai Islam sebagai BISU...TAK ADA TELOR KE NAK JAWAB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ker org islam paksa bishop ni masuk islam? it is a choice jika ada yg sudah bercinta dgn kafir bila nak kawin dgn org muslim he/she can always leave. si kapiaq ni tidak d paksa masok islam. just break off la...punya miliyon manusia Allah jadikan d dunia yg itu juga mereka nak....

      Delete
  2. Bishop mana plk ni yg tak faham perkara sebenar tpi pandai2 nak ulas dan tuduh.

    ReplyDelete
  3. Apa komen org lslam.. Nak tngok saja ke..

    ReplyDelete
  4. Bukan gila lagi tapi tak tahu sejarah dan asal usul diri sendiri..datuk moyang agama Buddha..sampsi ke dia kristian..dah tu kutuk pulak agama Islam..kau tu dpt jadi warga Malaysia dah cukup baik..halau balik tongsan baru padan muka..ni semua salah Dap..

    ReplyDelete