Pages

Thursday, April 13, 2017

MAIN KELUPOR LER GUAN ENG BILA SKANDAL RASUAH DAN TANAH LIBATKAN PROKSI DAN SAHABAT BAIKNYA SUDAH PUN MELIBATKAN SPRM!!!



Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Chen Guan sekali lagi membuat pendedahan yang sudah pasti akan memanaskan punggung Lim Guan Eng, sekaligus menyebabkan Setiausaha Agung DAP itu terpaksa mencari seberapa banyak isu yang boleh untuk menghentam UMNO dalam usaha untuk mengalihkan isu.

Dalam kenyataan media yang tersiar di Facebook peribadinya, Huan mengulas penangkapan seorang lelaki yang bergelar Datuk Seri berusia 74 tahun dan anak lelakinya yang bergelar Datuk, 47 tahun. Menurutnya lagi, kedua-dua individu tersebut merupakan antara beberapa orang pemimpin DAP yang berada dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah direman oleh SPRM.

Kedua-duanya ditahan oleh SPRM kerana didakwa terlibat dalam penjualan sebidang tanah di Pulau Pinang tanpa melalui prosedur sebenar sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Siasatan ke atas kedua-dua individu tersebut telah dibuat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Insiden menggemparkan itu sudah pun membuktikan bahawa Pulau Pinang sekarang menjadi syurga kepada ahli-ahli perniagaan yang berpengaruh, yang mempunyai hubungan rapat dengan pegawai-pegawai ranking tinggi Kerajaan Negeri untuk melakukan rasuah pada skala mega.


Di sebalik pendedahan demi pendedahan yang dibuat tentang skandal rasuah dan salahguna kuasa di Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan DAP pula, tetap cuba mengelak dengan menimbulkan pelbagai isu lain membabitkan UMNO khususnya. Namun, rakyat Pulau Pinang yang telah memilih DAP sebagai Kerajaan Negeri masih lagi tertunggu-tunggu penjelasan lanjut berbanding terus diberikan cerita-cerita dongeng yang adakalanya menggelikan hati sepertimana alasan-alasan yang kerap dituturkan oleh Lim Guan Eng setiap kali dia terkantoi termasuklah dalam isu Terowong Dasar Laut dan Laporan Kebolehlaksanaan yang dibayar dengan harga ratusan juta ringgit.

Apa yang didedahkan selama ini semakin terbukti. Skandal penjualan tanah kepada pemaju yang rapat dengan Lim Guan Eng pada harga yang sangat rendah yang kemudian, dijual kembali kepada Kerajaan Negeri pada harga yang berkali ganda lebih tinggi, dan bayaran tersebut dipindahkan ke beban rakyat, kini sudah pun terserlah. Dan tidak hairanlah mengapa syarikat-syarikat multi nasional tutup kedai dan kemudian angkat kaki dari Pulau Pinang ke negeri-negeri atau negara lain yang mempunyai polisi pentadbiran yang lebih baik. Malah tidak hairan jugalah mengapa kos kehidupan di Pulau Pinang meningkat dengan begitu cepat sehinggakan harga rumah kediaman di Pulau Pinang seperti tidak masuk akal.


Semua ini membebankan rakyat Pulau Pinang, tidak kiralah sama ada mereka menyokong DAP apatah lagi yang menyokong BN.

Bertitik tolak daripada masalah itulah serta masalah-masalah lain yang diwujudkan oleh Lim Guan Eng dan pentadbirannya, maka ADUN-ADUN BN dengan sokongan ADUN DAP akan mengusulkan kepada DUN Pulau Pinang agar Lim Guan Eng meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DUN bersidang bulan hadapan.

Difahamkan, usul tersebut akan cuba untuk tidak dihiraukan atau ditolak oleh Speaker DUN yang sudah terbukti beberapa kali menyelamatkan Lim Guan Eng, termasuklah dalam isu tambakan laut dan penggondolan bukit selain tekanan agar usul Guan Eng letak jawatan ketika dia ditahan SPRM kerana rasuah dan salahguna kuasa.


Lim Guan Eng yang telah mendengar ura-ura tersebut, telah mencadangkan agar usul mengecam Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang kenyataannya sengaja dipesongkan oleh Lim Guan Eng berhubung perogol dan perkahwinan remaja bawah umur, termasuklah menerusi penggunaan kempen di media sosial oleh para penyokongnya, bagi menutup isu sebenar yang sedang melanda pentadbiran dan dirinya.

Dan seperti biasa, apa yang Lim Guan Eng kata, akan segera disambut dan diangguk oleh kroni-kroninya.

Yang pasti, di sebalik laungan DAP menentang rasuah, penangkapan taukeh-taukeh besar yang rapat dengan Lim Guan Eng termasuklah pendedahan tentang Tan Sri Tan Kok Ping - Tan Kok Ping nafi dia ditahan SPRM dan hartanya disita (RUJUK SINI) - DAP dan Lim Guan Eng langsung tidak berani bercakap apa-apa tentang penangkapan yang melibatkan pemilik syarikat pemaju hartanah yang banyak projek dengan Kerajaan Negeri di bawah Guan Eng.




No comments:

Post a Comment