Pages

Thursday, April 6, 2017

PATUTLAH SAM KETOT SENGAP SUNYI... RUPA-RUPANYA DIA TERSANGAT BIMBANG, TIDAK LAYAK JADI CALON DAN JAWATAN AHLI PARLIMEN YANG DISANDANGNYA SEKARANG LUCUT KERANA DENDA RM20,000!!!



Patutlah sudah lama berita tentang Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali di kalangan netizen sebagai Sam Ketot sunyi sepi. Rupa-rupanya Shamsul sedang berhadapan dengan masalah undang-undang yang boleh menyebabkan dia dilarang menjadi calon dan hilang glamour sebagai Ahli Parlimen.

Hari ini, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Shamsul Iskandar untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk tidak mendakwanya kerana terlibat dalam perhimpunan 'Black 505' dengan alasan undang-undang yang mendakwanya tidak berperlembagaan.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Hakim Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan permohonan Shamsul tidak dibuat secara betul.

Hakim bersetuju dengan hujah bantahan oleh Timbalan Pendakwaraya Awang Armadajaya Awang Mahmud bahawa permohonan Shamsul Iskandar mencabul keputusan Mahkamah Keputusan dalam kes Gan Boon Aun yang menyatakan, hanya Mahkamah Persekutuan sahaja yang berkuasa untuk memutuskan sesuatu undang-undang itu mengikut perlembagaan. 

Hakim Mohd Zawawi bersama-sama Hakim Idrus Harun dan Hakim Kamardin Hashim memutuskan kes tersebut dirujuk ke Mahkamah Sesyen. Menurutnya, Shamsul Iskandar perlu mematuhi Seksyen 30 dan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dalam cubaannya mencabar keperlembagaan undang-undang tersebut dengan merujuknya kepada Mahkamah Persekutuan untuk memutuskannya. 

Pada 5 Ogos 2013, Shamsul Iskandar, 41, bersama-sama dengan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 37 dan Mohd Nazree Mohd Yunus, 30, meminta dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas dakwaan hadir dan terlibat dalam perhimpunan di pekarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya pada tengah hari 22 Jun 2013.

Seandainya disabitkan kesalahan, hukuman maksimum yang menanti adalah denda RM20,000. Sekaligus menyebabkan Shamsul Iskandar Mohd Akin kehilangan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan tidak boleh bertanding lagi. 

Pada 31 Mac 2014, Shamsul Iskandar telah menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk meminta mahkamah mengenepikan tuduhan tersebut dengan alasan Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan Artikel 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan. 

Mahkamah Tinggi menolak permohonannya itu pada 26 Februari tahun lepas, membuatkan dia merayu pula kepada Mahkamah Rayuan. 

1 comment:

  1. Tak payah jadi Ahli Parliament di Parliament yg kolot ini kerana ia adalah satu lambang penipuan yg berleluasa di Malaysia. Mana ada satu parti je yg menang selama 6 dekad. Ingat orang bodoh ke??

    ReplyDelete