Pages

Tuesday, April 11, 2017

RAFIZI RAMLI BOHONG 300 PERATUS DAN PERLU BERTAUBAT - HADI AWANG!!!



Objektif Rafizi Ramli apabila dengan bangga memberitahu, dia ada rahsia tentang wang 1MDB yang disalurkan dari akaun PM ke akaun 'individu yang terdekat dengan PAS' yang kemudian menjadi 'bekas pemimpin PAS', sebenarnya hanyalah untuk menyenangkan dan membuatkan Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang tersenyum lebar. Pada masa yang sama, dia mengharapkan dengan ugutannya itu, Abdul Hadi Awang akan ketakutan, dan Najib pula akan tarik handbrake.

Ramai yang yakin, sasaran sebenar tuduhan Rafizi Ramli itu adalah Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang sudah tidak aktif lagi dalam politik sebaliknya menjadi 'duta' negara dalam mempromosikan keamanan yang juga dilihat rapat dengan Najib Abdul Razak.

Nasharuddin Mat Isa pernah dituduh cuba membawa PAS bekerjasama dengan UMNO dalam apa yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan. Hasilnya menyebabkan, tohmahan dan konspirasi yang menyaksikan Nasharuddin Mat Isa dikalahkan oleh Mat Sabu dari jawatan Timbalan Presiden PAS. Gelombang golongan 'profesional' di dalam PAS telah menolak Nasharuddin Mat Isa.

Bagaimanapun, gelombang itu jugalah yang telah berpecah dari PAS setelah mereka gagal dalam pemilihan pada dua tahun lepas sehingga akhirnya mereka menubuhkan parti baru, PAN yang '
dipresidenkan oleh Mat Sabu yang kalah dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS.


Mengulas tuduhan Rafizi Ramli itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, Ahli Parlimen Pandan itu BOHONG 300%. Menurutnya, tuduhan Rafizi Ramli adalah disebabkan kejahilan dan tidak tahu dosa pahala.

"Dosa dia dengan saya, saya maafkan. Tapi dosa dia dengan Tuhan (sebab fitnah) dia kenalah bertaubat," kata Abdul Hadi Awang ketika disambut di Lapangan Terbang Sultan Mahmud oleh ribuan penyokong PAS.

Rafizi Ramli berhadapan dengan sekurang-kurangnya 18 tuduhan melakukan fitnah, dengan 7 daripadanya telah terbukti dia memang seorang penfitnah tegar. Rafizi Ramli juga mencatatkan rekod dengan 5 kali berturut-turut, keputusan mahkamah, dia adalah seorang penfitnah.


3 comments:

  1. Bertaubatlah Hadi kerana bersekongkol dgn penyamun UMNO.

    ReplyDelete
  2. Rafizi wajib bertaubat atas segala dosa fitnahnya. Tak perlu lgi sebar fitnah pas bergabung dgn umno sebab kedua dua parti itu akan bertarung dlm pru akan datang. Yang tak cerdik akan percaya dgn fizi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dosa UMNO nak jual negara cam mana.

      Delete