Usul tersebut tersenarai sebagai Perkara 1 di bawah Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Parlimen hari ini. Sekaligus mencatatkan rekod usul pertama yang diberikan prioriti kepada parti pembangkang sepanjang UMNO-BN menjadi Kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun, Dewan Rakyat menyaksikan bagaimana Ahli-Ahli Parlimen DAP, PAN, PKR serta Cap Bunga bersatu dalam usaha menghalang Abdul Hadi Awang membaca usul dan membentangkan RUU355.
Selama setengah jam, Abdul Hadi Awang tersangkut dan tidak dapat membentang usulnya angkara gelagat kebudak-budakan dan kebadutan Ahli-Ahli Parlimen DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga.
Usul yang dibacakan oleh Abdul Hadi Awang adalah bertujuan untuk meminda perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali' dengan perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan 100 kali' sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah syariah.
Semalam, salah seorang ahli G25 yang pro-liberal, Tawfiq Tun Dr. Ismail mengancam untuk menyaman Speaker Dewan Rakyat bagi menghalang Abdul Hadi Awang membentangkan RUU355. Tindakannya itu mendapat sokongan kuat daripada Cap Bunga dan PKR. Malahan beberapa peguam aktivis seperti Siti Kasim turut mengalu-alukan tindakan Tawfiq itu.
Sebelum ini, Kerajaan dipersoal mengapa tidak membentangkan usul tersebut sebagaimana tradisi sebaliknya menyerahkan kembali kepada Abdul Hadi Awang. Semua penjelasan yang diberikan tidak diterima, sebaliknya Kerajaan UMNO-BN dikatakan mahu mempermain-mainkan PAS dan tidak menyokong RUU355, selain berusaha untuk menghalang RUU tersebut daripada dibacakan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.
Pembentangan akan disambung pada jam 2:30 petang nanti selepas waktu rehat. Dijangkakan, DAP, PKR dan PAN terutamanya akan mengganggu serta mengacau agar usul tersebut tidak dapat dibentangkan hari ini.
Namun berdasarkan rekod persidangan terpanjang semalam, besar kemungkinan sidang hari ini yang merupakan sidang terakhir bagi sessi kali ini, juga akan dipanjangkan sekiranya Ahli-Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAN berusaha menggagalkannya.
Dalam keadaan DS Najib ‘nyawa-nyawa ikan’ kini pun sudah kelihatan sikap dan perangai rakan-rakannya yang ‘karib’ sudah beransur-ansur merenggangkan diri dengan beliau apatah lagi apabila sudah kelihatan isyarat yang cukup jelas menunjukkan UMNO/ Barisan Nasional akan tewas dalam PRU 14 nanti. DS Najib harus selalu mengingati kata-kata orang tua, ‘ yang ketawa amat ramai tetapi yang menangis akan keseorangan’.
ReplyDeleteHilai ketawa ‘rakan dan taulan ‘ hanya akan terdengar sekiranya ‘perut kekenyangan’ tetapi setelah ‘dedak’ tidak dapat dibekalkan lagi segala ‘rakan dan taulan’ akan lari bertempiaran meninggalkan kita.
“Ingat sebelum kena…”