Dia adalah antara yang paling melompat seronok sakan pada tahun 1998 apabila Allahyarham Fadzhil Nor memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim walaupun sebelum dipecat dari Kabinet dan UMNO, Anwar Ibrahim adalah musuh utama Fadzhil Nor dan PAS.
Bersama-sama PAS, NGO Adil ditubuhkan. Dari NGO, bertukar menjadi Parti Keadilan Nasional (PKN), kemudian bertukar lagi menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).yang pada ketika itu diketuai oleh Syed Husin Ali.
Seringkali menonjolkan diri sebagai orang paling kanan walaupun dia sebenarnya hanya 'orang kiri' Anwar Ibrahim, akhirnya Ezam Mohd Nor meninggalkan Anwar Ibrahim setelah dia melihat Azmin Ali tidak dapat ditandingi dalam mendapatkan 'kasih sayang' Anwar Ibrahim. Azmin Ali mempunyai pengaruh yang lebih besar di dalam PKR walaupun Ezam Mohd Nor seringkali menonjolkan diri.
Dia beralih masuk ke dalam UMNO semula. Tidak sahaja menjadi mewah, bahkan diberikan kedudukan dan jawatan di tempat strategik - SATU KESILAPAN BESAR NAJIB DALAM MENILAI KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN EZAM MOHD NOR YANG TIDAK SEBERAPA - selain menjadi Senator selama dua penggal di Dewan Negara.
Hanya selepas dua penggalnya selaku Senator berakhir, Ezam Mohd Nor barulah meninggalkan UMNO walaupun pada masa yang sama, dia juga sedar, kehadirannya di dalam UMNO tidaklah begitu dialu-alukan. Malahan Ezam tidak ada tempat di Bahagian atau Cawangan pun.
Menggunakan alasan KLISE yang amat digemarinya iaitu RASUAH, Ezam keluar dan kemudian merampas sebuah parti politik dan dia menjadi Presiden dengan Khairuddin Mohd Nor menjadi Timbalan Presiden walaupun secara tidak sah!
Kini, dia meloncat lagi. Meloncat marah kerana PAS yang kuat menyokong PKR selama ini, berbaik-baik dengan UMNO.
Dan dengan bertopengkan 'anti rasuah' yang kerapkali digunakan untuk menutup wajahnya yang sebenar, Ezam cuba MENASIHATI PAS melalui satu kenyataan pada 8 Mei 2017.
Menurut Ezam lagi, kelunakan dan perubahan sikap UMNO terhadap PAS itu adalah didorong oleh rasa keterdesakan untuk menutup pekung rasuah dan penyelewengan yang terlalu banyak selain menyelamatkan kedudukan mereka untuk terus berkuasa dan melakukan lebih banyak rasuah.
Kesian Si Ezam....
Barangkali dia terlupa, yang melabelkan dia sebagai KATAK adalah PAS. Yang mengutuk, mencerca dan mengeji perlakuan lompat untuk kepentingan diri, juga adalah PAS. Bahkan yang mendedahkan tentang kekayaan dan kemewahan yang diperolehi hasil daripada buruan 'LOMPAT' juga adalah PAS. Begitu jugalah dengan cerita-cerita tentang 'RASUAH EZAM' juga tular di kalangan ahli-ahli PAS.
Jadi, sebelum dia sibuk bercakap tentang salahlaku orang lain, ada baiknya Ezam cermin dulu muka dan bentuk tubuhnya!
Lompat si katak lompat...
ReplyDeleteLompatlah tinggi-tinggi...
ReplyDelete