Pages

Monday, May 15, 2017

KETUA BAHAGIAN CAP BUNGA MERBOK TERHARU DAN GEMBIRA DENGAN INISIATIF AHMAD BASHAH KEMBALIKAN GERAN YANG TELAH DIPOTONG OLEH MUKHRIZ!!!



Kerajaan Barisan Nasional (baca: UMNO) Kedah telah memperuntukkan sebanyak RM50 ribu sebagai Geran Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia selama bertahun-tahun. Memandangkan peruntukan tersebut dibuat hampir setiap tahun dan ianya dianggap sebagai satu kewajipan Kerajaan Negeri Kedah, bukannya sumbangan, maka tidak ramailah yang melihat ianya sebagai satu usaha dan jasa daripada UMNO Kedah untuk menghargai bekas-bekas perajurit negara.

Bagaimanapun, apabila Mukhriz Mahathir naik jadi Menteri Besar Kedah pada tahun 2013, geran tahunan tersebut telah ditolak RM30 ribu, menjadikan hanya RM20 ribu sahaja yang disalurkan kepada PVATM Kedah itu.

Apabila Ahmad Bashah naik jadi Menteri Besar Kedah, antara perkara yang dilakukan adalah mengembalikan semula jumlah peruntukan dan geran kepada persatuan tersebut seperti sebelum Mukhriz memotongnya iaitu RM50 ribu. Malah, Ahmad Bashah turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 ribu kepada Tabung Pahlawan, sesuatu yang dipandang sinis dan tidak penting bagi Mukhriz sewaktu menjawat jawatan berkenaan.

Apa yang dilakukan oleh Ahmad Bashah sebenarnya adalah sebagai sebahagian daripada penghargaan kepada veteran-veteran angkatan tentera yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat negara ini selama ini.

Sebenarnya, tindakan Mukhriz Mahathir yang memotong geran tahunan untuk PVATM Kedah daripada Kerajaan Negeri Kedah dahulu, banyak menimbulkan rungutan dan kemarahan. Mukhriz sebaliknya melebihkan puak-puak dia, terutama pegawai-pegawai khasnya yang kebanyakannya bukan anak Kedah dan berlagak seolah-olah mereka adalah maharaja kecil di Kedah sewaktu Mukhriz berkuasa.


Menariknya, keputusan dan pengumuman Ahmad Bashah itu 'DISAMBUT GEMBIRA' oleh salah seorang pemimpin utama Cap Bunga Kedah iaitu Mejar Anuar yang merupakan Ketua Bahagian Cap Bunga Merbok memandangkan dia adalah salah seorang pemimpin PVATM Kedah. Cuma agak ironi, dia sangat kuat menyokong orang yang memotong geran dan peruntukan untuk PVATM Kedah dalam perjuangan politiknya, walaupun pada masa yang sama, bergembira dan terharu dengan inisiatif Ahmad Bashah apabila membabitkan peruntukan untuk persatuannya.

Di sebalik gelaran Mat Lena kepada Ahmad Bashah yang kemudian dipopularkan dan dilawak-lawakkan oleh Mukhriz Mahathir, ternyata, Ahmad Bashah jauh lebih 'TERJAGA' dan TERANG BIJI MATAnya berbanding Mukhriz Mahathir yang bukan sahaja BEBAL, tetapi bodoh sombong dengan kehidupan elitisnya.

Ahmad Bashah sekurang-kurangnya tahu bagaimana hendak menghargai pengorbanan veteran-veteran tentera yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara ini. Sedangkan Mukhriz pula, sekadar pandai menghargai Anas, Azimi Daim serta kaum kerabat dan kroni dia. Rakyat biasa, baginya, hanyalah untuk diperbodoh-bodohkan dengan aura elitis dan PERANGAI PENGANTINNYA.


No comments:

Post a Comment