Pada peringkat awal, PERMATA digambarkan sebagai sebuah institusi yang hanya membazirkan wang negara. Peruntukan untuk PERMATA, diragui dan dipersoalkan bagi menghasut sentimen dan kemarahan orang ramai.
Dan mereka berjaya.
Tidak ada satu pun kejayaan PERMATA yang diperkatakan atau disentuh oleh DAP mahupun Rafizi-PKR. Sebaliknya mereka cuba menggambarkan PERMATA adalah sebuah institusi yang telah gagal tetapi masih terus dibiayai dan dibenarkan wujud oleh kerajaan kerana Najib terlalu sayangkan Rosmah dan Rosmah boleh menggunakan wang PERMATA untuk berjoli sakan dan membeli-belah di luar negara.
Itulah yang cuba digambarkan oleh Rafizi menerusi MOMOKAN-MOMOKANNYA terhadap Rosmah Mansor. (RUJUK DI SINI)
Sedangkan pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP dan Ketua Menterinya adalah Lim Guan Eng - pemimpin agung yang dipuja oleh Yeo Bee Yin dan rakan-rakannya - langsung tidak membantu walaupun Koo sangat memerlukanbantuan untuk menyambung pengajian ke universiti ternama itu.
Yang dipertikaikan oleh DAP dan PKR adalah, lawatan seminggu Rosmah Mansor dan rombongan PERMATA ke United Kingdom sehingga 10 Mei nanti yang dikatakan satu pembaziran.
Selain mengadakan perbincangan dengan Universiti Oxford, Rosmah Mansor atas kapasiti sebagai penaung dan pencetus idea penubuhan PERMATA, turut mengadakan perbincangan dengan Universiti Cambridge bagi mewujudkan kerjasama membangunkan Program Permata Pintar dan Permata Insan.
Rosmah juga telah merasmikan majlis Nobel Minda atau Nobelist Mindset iaitu sebuah program anjuran Permata Pintar dengan Royal Society of London hari ini. Program yang dimulakan pada 2012 bersama New York Academy of Sciences, Amerika Syarikat itu, kini diperluaskan ke UK dengan kerjasama Royal Society of London dan University of Cambridge.
Untuk program di United Kingdom ini, seramai 32 orang pelajar dari Kolej Permata Pintar, Kolej Permata Insan, Kolej MARA, sekolah menengah kebangsaan dan universiti awam serta enam orang guru telah menyertainya. Penyertaan mereka inilah yang dipertikaikan oleh para penyokong DAP dan PKR.
Apa yang dibuat oleh Rafizi ialah memomok-momok aduan Rosmah Mansor tentang anak-anak muda yang lebih gemar menunggang motosikal dan memekak di jalan-jalanraya kerana masa mereka tidak terisi dengan perkara yang lebih manfaat kerana ketiadaan peluang untuk mengembangkan bakat dan kebolehan mereka.
Jadi, tidak hairanlah mengapa sebahagian besar anak muda yang mengikut dan menyokong mereka sangat teruja dengan data-data dan angka-angka yang dituturkan oleh Rafizi Ramli sehinggakan apabila disanggah dan dibuktikan Rafizi Ramli berbohong atau fitnah, mereka tetap juga tidak percaya kerana fakta-fakta tersebut telah diterapkan ke dalam otak mereka dan mereka sendiri malas mengkaji dan membaca!
No comments:
Post a Comment