Menurut Daroyah, dia tidak tahu menahu tentang hal 'lompat' parti itu apatah lagi dia sedang bersama-sama delegasi Menteri Besar di luar negara pada ketika itu.
Azmin Ali turut menafikan ada ADUN PKR yang akan lompat parti. Dua nama yang disebutnya adalah Daroyah dan Yaakob Sapari.
Manakala seorang lagi Exco, Elizabeth Wong pula memberitahu, Dewan Undangan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan walaupun PAS dalam Muktamar Ke-63 mereka beberapa hari lepas di Kota Sarang Semut membuat ketetapan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor kerana PKR telah melanggar beberapa syarat, termasuklah turut menentang Islam dan perlaksanaan undang-undang syariah di negara ini.
Seperkara lagi, seandainya Azmin Ali benar-benar yakin kekuatan Pakatan Harapan (DAP-PKR-Cap Bunga-PAN) di Selangor, sudah tentu dengan penuh yakin dia akan membuat usul kepada KDYMM Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan, sepertimana yang pernah dilakukan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud ketika krisis kepimpinan melibatkannya dengan Allahyarham bapa saudaranya merangkap mentornya, Tun Abdul Rahman Yaakob pada tahun 1987.
Terlalu banyak khabar angin yang kedengaran, tetapi pada masa yang sama, terlalu banyak penafian dan kemudian, ianya bertepatan sepertimana yang dijangkakan menerusi reaksi seperti yang dilakukan oleh Azmin Ali dengan melarikan ADUN-ADUN berkenaan ke luar negara bagi memanjangkan tempoh sekaligus membolehkan pujukan dilakukan.
Walau apa pun yang berlaku di Selangor, yang pastinya DAP tetap yakin kemenangan tetap berpihak kepada mereka memandangkan UMNO dan Barisan Nasional Selangor sendiri pun, tidak sekuat, bahkan tidak begitu berselera untuk kembali memerintah Selangor.
Manakala PAS Selangor pula... sudah tentu, ditelan mati emak, diluah mati bapa... apatah lagi setelah dua penggal hidup selesa dengan jawatan dan kedudukan yang turut menjamin kewangan...
Mana mungkin mereka akan lompat parti,siapa nak terima mereka?.Pas dah tak caya pada mereka yg lompat parti,dan TS Khalaid pula dah tak minat dgn politik.Bagi Umno pula nanti mereka akan jadi melukut di tepi gantangatau beri betis mahukan peha macam Ezam,elok tak usah layan.PRU pun dah tak lama,elok tunggu je.PRU nanti tanpa sokongan PAS,PKR sure bungkus biar pun di Selangor.
ReplyDelete