Mahathir pernah mengadu memohon simpati daripada para penyokongnya, kawan-kawannya tentang ramai kawan-kawannya yang 'diganggu' oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. (LHDN)
Bagi Mahathir, kawan-kawannya tidak boleh disentuh dan diganggu langsung. Mereka adalah kelompok istimewa yang bukan sahaja mendapat pelbagai keistimewaan yang tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia malahan rakyat Malaysia perlu menanggung dan memastikan mereka sentiasa untung besar.
Salah seorang kawan baik Mahathir yang juga rakan kongsinya dalam syarikat jet selain merupakan salah seorang dalam kelompok SUPER BUMIPUTERA ciptaan Mahathir adalah Lee Kim Yew ( Tan Sri).
Lee Kim Yew terkenal kerana pemilikannya ke atas kawasan perumahan mewah Country Height. Dia juga terkenal kerana kerap meminjamkan jet peribadi mewahnya kepada Mahathir.
LHDN telah menyita wang milik Pengerusi Eksekutif Country Heights merangkap pemilik saham terbesar, Lee Kim Yew bernilai RM126 juta!
RM126 juta adalah cukai, penalti dan faedah kerana cubaan melarikan cukai yang dilakukan oleh Lee Kim Yew. Adalah dipercayai, Lee telah menyimpannya dalam simpanan tetap di sebuah bank milik asing dan mempunyai kaitan dengan cubaan melarikan cukai sebanyak RM22.5 juta oleh anak syarikat milik penuh Country Heights, Country Heights Sdn. Bhd dari tahun 1997 dan 1998.
Lee Kim Yew dalam satu kenyataan menyatakan dia bersetuju LHDN menyita simpanan tetapnya itu untuk penyelesaian cukainya.
Itulah yang sebenarnya diperjuangkan oleh Mahathir di sebalik pelbagai retorik yang cuba ditimbulkannya dan para penyokongnya.
Rakyat bagi Mahathir dan puak-puak dia ialah golongan yang wajib membayar ufti kepada mereka dengan apa cara sekalipun kerana mereka adalah golongan istimewa yang tiada tolok bandingannya di dunia ini!
Itu baru seorang... bagaimana dengan yang lain-lain... yang kuat menyalak kepentingan mereka dirampas oleh Najib?
Betul tu bro. Itu belum kengkawan ketua klepto kau lagi. Semua kaya2 melangkit. Kau je yg baral tak beringgit kot. Kalau tangkap kawan2 najib ..lhdn tiap2 bulan lepas kpi. Silap2 gst pun tak perlu
ReplyDeleteDia kroni Mahathir ,tapi dia bersama SCW adalah juga pemberi dana utk pengurusan PKR .Mahu makan keliling,kalau Anwar naik dia pun mahu jadi kroni Anwar.
ReplyDeleteHakikat perjuangan utk menjaga kroni tetapi telah di'make up' utk membela rakyat kunun. Malang...masih ada yg percaya.
ReplyDelete