PAS sebelum ini telah membuat keputusan untuk menjarakkan diri daripada Pakatan pembangkang. Namun bagi Mahathir, keputusan PAS itu hanya akan mengurangkan undi Melayu dan akan memberikan kemenangan mutlak kepada Barisan Nasional.
Mungkin Mahathir terlupa bahawa PAS sudah biasa dengan kekalahan. Penyertaan PAS dalam PRU, lebih banyak kalah berbanding menang semenjak tahun PRU pertama tahun 1955 lagi. Dan pengalaman PAS sebagai petanding SOLO, jauh lebih lama berbanding DAP yang digilai oleh Mahathir sekarang ini.
Kata Mahathir, sama ada PAS bekerjasama atau tidak dengan UMNO, penyertaan PAS dalam PRU akan mengurangkan sokongan kepada Pakatan Harapan dan PAS sendiri. Pakatan dan PAS akan kalah, kata Mahathir. Sebaliknya yang akan menang adalah BN.
"Itulah sebenarnya matlamat PAS. Mereka berjuang bukan untuk bangsa atau agama, tetapi untuk melemahkan Melayu," kata Mahathir di dalam blognya.
Mahathir barangkali masih lagi terbuai dengan kenangan silam ketika PAS merupakan musuh utama UMNO-BN sepanjang dia menjadi Presiden parti dan Perdana Menteri. Mahathir tidak dapat menerima hakikat, PAS sekarang lebih 'mesra' dengan UMNO di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak terutama selepas Mahathir dan anaknya keluar atau disingkirkan dari parti.
Mahathir mempersoalkan 'kejayaan' PAS sepanjang kewujudan parti itu. Mahathir mempersoalkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PAS hasil daripada penyertaan dalam pakatan dan selepas keluar pakatan. Bagaimanapun, Mahathir langsung tidak menyebut tentang jumlah kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR sebelum dan selepas dibantu oleh PAS.
Apabila PAS didaftarkan secara rasmi pada 1951, proses demokrasi di negara ini sudah pun bermula setelah parti-parti lain sebelum itu - kecuali UMNO - diharamkan oleh British. PAS merupakan imbangan kepada UMNO yang pada waktu itu dikuasai oleh kelompok feudal yang bercakap tentang rakyat tetapi kehidupan mereka tidak seperti rakyat kebanyakan waktu itu, termasuklah Mahathir sendiri.
Demokrasi itu sendiri adalah memecahkan kelompok majoriti menjadi minoriti. Pakatan seperti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional perlu dibentuk dengan menggabungkan parti-parti politik yang berasaskan kaum, agama, fikrah mahupun kepercayaan sosial, dalam satu kelompok besar yang kemudian akan diketuai oleh pihak yang lebih berperancangan strategik sama ada dari segi logistik mahupun dari segi kekuatan propaganda.
Dalam Barisan Nasional, yang ulung adalah UMNO. Manakala dalam Pakatan Harapan, yang ketara lebih supremacy adalah DAP, manakala Mahathir dan Cap Bunga pula sekadar menempel dan disuruh bekerja bagi pihak DAP.
Kalau PAS dikatakan hanya memecahkan undi Melayu kepada Pakatan, bagaimana pula dengan kewujudan Cap Bunga yang memecahkan undi Melayu kepada UMNO-BN memandangkan majoriti ahli-ahli serta penyokong Cap Bunga datangnya dari UMNO sendiri?
Kalaupun PAS bekerjasama dengan UMNO pada PRU akan datang, yang tetap akan menjadi Perdana Menteri dan tunjang Kerajaan Persekutuan adalah UMNO, sedangkan menyokong, memangkah mahupun beriya-iya membenarkan kata-kata Mahathir, hanyalah sekadar untuk mengukuhkan kedudukan DAP yang sudah pun membuat ketetapan mereka akan bertanding di 75 kerusi Parlimen yang 'putih' dan 'kelabu' pengundi-pengundi Cina.
Atau dalam bahasa yang lebih tepat, daripada 75 kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh DAP, sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen sudah berada dalam genggaman. Baki 162 kerusi Parlimen yang lain akan dibahagi-bahagikan antara Cap Bunga, PKR, PAN dan Warisan Sabah.
Cap Bunga sudah tentu tidak akan bertanding di Sabah kerana 25 kerusi Parlimennya sudah pasti akan dibahagi-bahagikan antara PKR, DAP dan Warisan. Begitu juga dengan 31 kerusi Parlimen Sarawak, Cap Bunga tidak akan mempunyai peluang untuk bertanding di negeri itu kerana rekod buruk Mahathir sendiri.
PAS menangkan UMNO atau sebenarnya Cap Bunga dan Mahathir yang mahu menangkan DAP?
Dulu madey marah pas. Kini masih marah. Sebabnya pas tak mahu tunduk kpd kehendaknya. Itu je. Masa berkuasa mahu semua org tunduk kpdnya. Masa tak ada kuasa pun masih nak buat mcm ada kuasa.
ReplyDeletePas lebih rela klu bn menng, sbb umno yg islam tetap jadi tuan. Klu ph menng, korang ikut ckp dap je lh.. Hrp lepas bn menang pru nnti.. Beteri jantung tun akn kong!!!
ReplyDeleteApakah mahathir akan mati dalam islam?Atau mati berpolitik?
ReplyDeleteAllah pjgkan umornya supaya kita dapat lihat siapa dia sebenarnya
ReplyDelete