Pages

Sunday, May 7, 2017

PADAN MUKA KAU!!! KE MAIN LAGAK DAN SAMSENG KAU YER, POLIS MALAYSIA KORUP YER... KAU TU MEMANG SAH MABUK ARAK LER!!!



Dia punya sembang, memang deras... memang hebat... memang tak bersalah... malahan, dia sajalah seorang rakyat Malaysia yang memang mengikut segala undang-undang dan peraturan. Sebaliknya anggota polis yang membawanya ke balai polis bagi ujian kedua pernafasan bagi mengesan kadar alkohol dalam darahnya pula dikatakan, menganggotai sistem kepolisian 'yang penuh korup' di Malaysia.

Dia memuatnaikkan klip videonya di Facebook bertujuan untuk memalukan anggota polis berpangkat rendah yang ditugaskan membawanya ke balai polis bagi tujuan berkenaan. (KLIP VIDEONYA BOLEH DITONTON DI SINI) sambil menafikan dia mabuk, malahan dia tidak pernah minum minuman keras walaupun dia bekerja sebagai DJ kelab malam.

Namun apa yang berlaku seterusnya, adalah media sosial digunakan untuk melindungi perbuatannya sendiri sambil menyalahkan orang lain, menggunakan kaedah persepsi.

Semuanya bermula apabila pada lebih kurang jam 3:45 pagi, sepasukan anggota polis trafik menjalankan tugas sekatan jalanraya dan melakukan pemeriksaan bagi pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Besi dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Lebuhraya Seremban-KL.


Semasa penugasan, salah seorang anggota polis berpangkat koperal telah menahan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran VB 981 jenis BMW kerana mengesyaki pemandunya memandu di bawah pengaruh alkohol. Pemeriksaan awal dan ujian pernafasan mengesahkannya pemandu berkenaan ada meminum alkohol.

Ujian kedua perlu dijalankan untuk mengesankan ujian pertama. Bagaimanapun, ujian kedua perlu dijalani di Balai Polis Trafik bagi ujian menggunakan alat EBA.

Hasil ujian alat EBA mendapati, pemandu yang berlagak samseng dan merakamkan video bagi tujuan menakut-nakutkan penjawat awam, positif di bawah Seksyen 45 (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan bacaan 84mg/100ml kandungan alkohol dalam darahnya.

Di dalam klip video berdurasi 1 minit 42 saat itu, pemandu kereta berkenaan yang nama sebenarnya adalah OOI KOK WEI, jelas mempertikaikan prosedur yang dijalankan dan turut menghina penjawat awam dengan mengatakan, 'I'm gonna show you what is the corrupt fucking Malaysian Police.'

Satu laporan polis daripada anggota polis terbabit dibuat ke atas provokasi dan cubaan memalukan penjawat awam di Balai Polis Trafik KL.


1 comment:

  1. Aku kalau boleh selama ni memang nak elak dari maki orang, selagi boleh walau mcmana marah sekalipun. Tapi untuk mamat berlagak tak bertempat bernama OOI KOK WEI ni aku nak ckp: LANCAU LUU!!!!!!!

    ReplyDelete