Hari ini PAS secara rasmi telah memutuskan kerjasama politik atau tagaluf siyasi dengan parti yang ditubuhkan untuk mendewakan Anwar Ibrahim itu.
Keputusan tersebut memberi kesan yang besar kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana sekurang-kurangnya terdapat 3 orang Exco Kerajaan Negeri yang merupakan wakil rakyat PAS.
Ketiga-tiga wakil PAS tersebut adalah Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidi Abdul Talib
Hari ini juga DAP yang sebelum ini bercakap besar kononnya mereka boleh mentadbir Selangor dengan PKR tanpa PAS berkata, mereka tidak ada masalah untuk bekerja dengan ketiga-tiga orang Exco PAS itu selagimana ketiga-tiga mereka masih tidak lagi daripada rangkakerja dan manifesto tabg digunakan pada PRU tahun 2013.
Menurut Teng Chang Kim, buat masa ini tiada keperluan untuk membubarkan 'kabinet negeri' memandangkan PRU semakin hampir.
Beberapa hari lepas Menteri Besar Selangor Azmin Ali juga mengatakan barisan kepimpinan negeri tidak akan berubah memandangkan mereka mendapat mandat daripada rakyat pada PRU lalu. Dengab kata lain, PAS menang banyak kerusi kerana pengundi yakin dan memberi undi kerana PAS berada dalam pakatan bersama-sama DAP dan PKR.
Untuk itu, Azmin menolak cadangan daripada Pemuda PAN yang mendesak agar pentadbiran negeri segera dirombak selepas pada 30 April lalu, PAS menyatakan akan memutuskan hubungan dengan PKR.
Ada benarnya juga 'rayuan' Azmin Ali dan Teng Chang Kim agar pentadbiran negeri tidak dibubarkan atau dirombak buat masa ini sehinggalah PRU. Pastinya banyak kerja yang perlum dan belun diselesaikan lagi. Berilah peluang kepada pentadbiran negeri Selangor untuk 'selesaikan' kerja2 mereka.
Yang pasti seperti kata Iskandar, PAS akan bertanding di sekurang-kurangnya 45 kerusi DUN, manakala Teng Chang Kim pula berikrar, DAP akan menghalang cita-cita PAS itu dengan sebarang cara termasuklah dengan menarik Noh Omar dan UMNO Selangor dalam pergelutan itu.
Memang patut pun..
ReplyDeleteHahaha, perjuangan menegakkan nuarbrahim longlai,
ReplyDeleteNi Ada pula perjuangan menegakkan etnik madey, pun nampak longlai,
Perjuangan mengto'kongkan guaneng jugak dah longlai,
Berkira baik lah umno pas utk kebaikan, buangkan yg sudah2 &
Sifat tamak, kongsi2 apa yg patut..