Pages

Wednesday, June 14, 2017

DI SINGAPURA, KELUARGA LEE BERANTAKAN, DI MALAYSIA, KELUARGA LIM KIT SIANG TERPAKSA GUNA MELAYU UNTUK DIJADIKAN PERISAI!!!



Dinasti Lim DAP di Malaysia sebenarnya menggunakan contoh Dinasti Lee di Singapura. Kerana itulah, di Pulau Pinang, segala-galanya adalah membabitkan keluarga Lim Kit Siang termasuklah menantunya, iaitu isteri Lim Guan Eng, Betty Chew.

Betty Chew cuba dilibatkan dalam sektor hartanah di Pulau Pinang sepertimana hartanah di Singapura perlu bergantung dan kelulusan daripada isteri Lee Hsien Loong, Ho Ching. Bagaimanapun, pendedahan yang dibuat oleh Datuk Huan Chen Guan dan netizen, membuatkan Betty Chew terpaksa melepaskan jawatan yang dilantik oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang itu. Pun begitu, ramai percaya, perletakan jawatan tersebut sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata kerana Betty Chew mempunyai peranan belakang tabir yang jauh lebih besar sehingga kalangan ahli-ahli DAP sendiri pun kerap menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap isteri Lim Guan Eng dan menantu Lim Kit Siang itu. 

Antara lakonan menarik Ho Ching yang merupakan pemilik Temasek Holdings yang mengalami kerugian berbilion dolar Singapura itu ialah lakonannya membawa dompet bernilai RM45 dalam pertemuannya dengan isteri Presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama pada Ogos 2016.

Manakala antara lakonan menarik Betty Chew dan suaminya, Lim Guan Eng pula adalah membeli pakaian longgok di sebuah supermarket murah yang gambar-gambarnya telah digunakan sebagai propagandaka untuk menunjukkan betapa zuhudnya Lim Guan Eng dan Betty Chew walaupun media turut melaporkan bagaimana keluarga Lim bercuti di luar negara berminggu-minggu dan kesemua mereka kini bergelar jutawan sebaik-baik sahaja DAP memegang tampuk pentadbiran di Pulau Pinang. 



Seorang lagi anak Lim Kit Siang yang juga memegang jawatan penting dalam DAP adalah Lim Hui Ying. Lim Hui Ying merupakan Setiausaha DAP Negeri Pulau Pinang.

Penentangan-penentangan dalaman DAP terhadap Dinasti Lim menyaksikan ramai pemimpin dan ahli DAP yang bukan sahaja dipecat, bahkan ada yang digantung keahlian dan tidak dibenarkan mengundi semasa pemilihan parti berkenaan. Antara mereka yang dikenakan tindakan kerana mengkritik Keluarga Lim, khususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, termasuklah bekas Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik yang tempatnya digantikan oleh Zairil Khir Johari, anak Cina bernamakan Melayu dan dikatakan sebagai Melayu oleh DAP. Turut dikenakan tindakan kerana kritik Lim Guan Eng dan Betty Chew adalah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Goh Leong San ADUN Duyong. Terbaharu adalah Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sabah, Dr. Edwin Bosi yang digantung keahliannya kerana mengkritik Keluarga Lim.

Lama sebelum itu, Lee Lam Thye yang pada waktu itu merupakan Ahli Parlimen Bukit Bintang dan merupakan antara Ahli Parlimen yang sangat dihormati di Dewan Rakyat baik lawan mahupun di kalangan pembangkang - kecuali Lim Kit Siang dan konco-konconya - telah dipecat daripada jawatannya selaku Timbalan Setiausaha Agung apabila Lim Kit Siang melihat populariti Lee Lam Thye mengatasinya bahkan Lee Lam Thye (sekarang Tan Sri) lebih diterima dan dihormati oleh Kerajaan.

Di Pulau Pinang, keluarga Lim mengawal segala-galanya. Keluarga Lim yang dahulunya cukup terkenal kerana zuhud dan bersifat rakyat, kini terkenal kerana kaya-raya sehinggakan sambutan harijadi ke-75 Lim Kit Siang yang diadakan di Hotel Equatorial Pulau Pinang tidak lama dahulu, dilihat sebagai 'Glitz and Glamour' yang menampilkan sebuah keluarga elit super kaya dan mewah sekaligus menghilangkan identiti kesederhanaan yang seringkali digunakan untuk menipu orang Melayu dan India untuk sujud kepada DAP. 

Perkembangan terbaharu di Singapura amat menarik kerana kaitan rapat dalam drama antara Dinasti Lee dan Dinasti Lim. 


Anak saudara Perdana Menteri Singapura, membuat pendedahan di media sosial tentang 'penyalahgunaan kuasa' terhadap keluarganya yang membuatkan mereka tidak tahan lagi. 

Li Shengwu, anak lelaki kepada adik leaki Hsien Long, Hsien Yang menulis di Facebook bahawa situasi bertambah buruk sehinggakan seluruh keluarganya merancang mahu berpindah ke luar negara. 

Turut membuat kenyataan adalah Hsien Yang dan Dr. Lee Wi Ling, adik perempuan Hsien Yang yang berkata, mereka bimbang tentang Hsien Loong yang lebih mengutamakan populariti dan agenda peribadinya berbanding kebajikan rakyat.

Perkara yang sama nampaknya akan berlaku dalam Dinasti Lim di Malaysia atau lebih tepat lagi di Pulau Pinang. Keserakahan dan kehalobaan Lim Guan Eng, tidak dapat disembunyikan dengan putar belitnya lagi. Semakin ramai yang menyampah dan bencikannya. Ahli-ahli DAP yang sebelum ini tidak banyak cakap dan hanya akur, kini bersuara menentang kebobrokan Lim Guan Eng menerusi medium-medium seperti group WhatsApp bahkan ada yang lebih terbuka di Facebook mahupun di portal-portal berita dan blog.

Mungkin disebabkan itulah, DAP yang dikuasai oleh Lim, sedang mengalihkan tumpuan daripada mengharapkan orang Cina membelanya, kepada Melayu yang baru kenal DAP!


1 comment:

  1. Tapi kebajikan DAP lebih menonjol dari UMNO yg sudah berakar sejak Merdeka. Tak maluke Badawi membina mahligainya di Australia walaupun dia pernah jadi PM. Harap UMNO ukur badan sendiri. UMNO adalah satu satunya parti perkauman di akhir zaman.

    ReplyDelete