Contoh pemimpin DAP yang berbuat demikian adalah Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, yang, pada 31 Mei, menggelarkan saya sebagai “hanya ‘askar upahan’ propagandis UMNO-BN” yang “semakin mengikut rentak UMNO-BN” dan yang “menyimpang daripada tugasnya sebagai ahli akademik yang seharusnya mencari kebenaran”.
Begitu juga dengan Hannah Yeoh sendiri yang pada 30 Mei menanyakan di dalam Facebooknya mengenai mengapa saya dibenarkan untuk terus-menerus terlibat di dalam kekarutan tanpa diambil tindakan oleh universiti saya. Tanya beliau: “Why is this lecturer of a public university allowed to go on and on and on with his nonsense without being sanctioned by his university?”
Contoh pemimpin AMANAH yang berbuat demikian pula adalah Timbalan Pengerusi KANUN, Wan Anwar Wan Ibrahim, yang, pada 25 Mei, menyebut “Selaku pensyarah universiti, eloklah beliau menumpukan kepada kerja-kerja akademik dan tidak menulis tulisan picisan di facebook sahaja yang bertujuan memenangkan Barisan Nasional dan mengalahkan Pakatan Harapan”. Beliau, pada 1 Jun, turut menyebut “Kebebasan akademik adalah kebebasan untuk menyatakan pendapat berasaskan keilmuan dan bidang akademik yang diajar dan bukannya kebebasan untuk memutar belit fakta”.
Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin, juga turut, pada 2 Jun, menulis: “Menghampiri PRU-14, propaganda kaum dan agama yang dijelmakan UMNO dan giat pula didokong oleh cybertrooper PAS bukanlah sesuatu yang baharu. Bezanya, menuju PRU-13 lalu, UMNO menggunakan Majlis Profesor Negara, kini muncul watak baharu bernama Kamarul Yusof. Kamarul jelas menjadi frontier UMNO dan PAS dalam menunggang politik jijik ini di tengah khalayak.”
Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, pula, pada 31 Mei, mencabar saya menyertai bidang politik dengan mengomen “Dia merupakan orang akademik, lainlah kalau dia orang politik bolehlah saya nak lawan dengannya. Katakan pada dia, duduk di dalam bidang akademik itu buatlah kerja akademik, kalau nak masuk politik silakan, sertai atau bertanding di mana-mana parti politik baru kita boleh lawan.”
Komentar saya, walaupun dibuat di atas kapasiti peribadi, adalah masih di dalam ruang lingkungan akademik yang membenarkan perbezaan pendapat.
Adalah satu hipokrasi besar untuk untuk pemimpin seperti Lim Kit Siang meletakkan tajuk biografinya sebagai “Hak Untuk Berbeza Pendapat” dan “The Right To Differ”, tetapi beliau sendiri hanya meraikan pendapat ahli akademik yang menguntungkan beliau tetapi terus melabelkan ahli akademik yang tidak sehaluan dengan beliau sebagai “menyimpang” dan “ ‘askar upahan’ propagandis UMNO-BN”.
Jika anda dapat membuktikan “penyimpangan”, “kekarutan” dan “pemutarbelitan fakta” yang didakwa oleh Lim Kit Siang, Hannah Yeoh dan Wan Anwar Wan Ibrahim telah saya lakukan, silalah anda semua kemukakannya kepada Naib Canselor UUM, Datuk Seri Prof Dr Muhammad Mustafa Ishak, bagi membolehkan saya diambil tindakan.
Untuk makluman Lim Kit Siang, Hannah Yeoh dan Wan Anwar Wan Ibrahim, setakat ini Naib Canselor UUM masih mempertahankan saya.
Sebagai buktinya, ini adalah komen Naib Canselor UUM kepada saya sehubungan dengan laporan portal berita Free Malaysia Today pada 31 Mei bertajuk “Kit Siang Says UUM Lecturer Has Harmed Reputation Of Local Universities”:
Criticising DAP will harm local university's reputation? Criticising UMNO and BN parties will raise you and your university's reputation? There are so many academics from various top universities around the world who have been criticising their governments, politicians and political parties of all sorts and so on.
But none has said, “hey, don’t criticise me and my party to avoid your university's reputation being damaged irreparable... What if DAP became part of the government, which was already the case in Penang, still nobody should make any comment on your party?”
You can make all sorts of comments against local universities and everything else, but academicians cannot? Academicians can only comments on the government, UMNO and BN, or MCA and Gerakan, if you want to have your university's reputation raised? Where do you get this political theory from? Or is it only taught in the DAP party only? Great, this is a new political theory mooted by a political dinosaur from the DAP.”
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Ada berani ke Dap dan parti ternakannya nak buat laporan. Nanti bnyak lgi yg akan terbongkar.
ReplyDelete