Di Malaysia, UMNO merupakan antara pelopor parti politik yang menguasai media cetak dan elektronik selepas merdeka. Sebelum merdeka, bahkan sebelum kewujudan UMNO, parti-parti seperti Hizbul Muslimin, PKMM dan sebagainya, turut mempunyai media cetak sebagai saluran untuk setiap parti menerangkan dasar, polisi dan perjuangan mereka kepada rakyat.
PKR, DAP, PAS, PAN, MCA, MIC dan beberapa parti politik yang lain turut mempunyai media cetak mereka sendiri. Letusan dunia Internet, turut menyaksikan penggunaan media sosial sebagai medium elektronik terbaharu bagi tujuan propaganda dan kempen.
Bukan rahsia lagi apabila Media Prima yang merupakan syarikat media terbesar Malaysia sebenarnya adalah syarikat UMNO. Media Prima menguasai beberapa jenama akhbar dan stesen televisyen serta radio.
Antaranya termasuklah Harian Metro, akhbar tabloid yang pernah menjadi buah mulut kerana tajuk-tajuk muka hadapannya yang sensasi.
Bagaimanapun, berbanding organisasi-organisasi media milik parti lain (kecuali MCA dengan The Star mereka), kekangan terhadap Ketua Pengarang, Pengarang, Editor, Sub-Editor dan wartawan oleh UMNO agak longgar. Bahkan ada kalanya seperti langsung tidak diambil peduli, asalkan akhbar mereka berjaya dicetak dan dijual. Isi kandungannya pula ada kalanya seperti mahu membunuh UMNO sendiri.
Itulah yang diperkatakan oleh Netizen apabila Harian Metro pada keluaran Jumaat lepas menerusi kolum Nuansa menyiarkan dan mengagung-agungkan sebuah kelab pelajar yang diketahui merupakan penyokong kuat Parti Cap Bunga, pimpinan Mahathir dan Mukhriz yang merupakan musuh dan saingan UMNO.
Seorang Netizen, Sabri Daniel mengecam tindakan tidak bertanggungjawab dan sembrono pihak editorial Harian Metro yang bukan sahaja tidak usul periksa, malahan PEMALAS untuk menyelidik latar belakang kelab pelajar yang mereka promosikan.
Kelab berkenaan sebenarnya merupakan salah satu komponen dalam Parti Cap Bunga.
"Kelab ini adalah di bawah parti pribumi. Kalau bengap sangat atau tak ada internet access, meh saya beritahu, tak payah nak cover dengan headline macam tu kononnya aktiviti student kerana hakikatnya fb mereka hampir setiap hari repost serang kerajaan dan Barisan Nasional," katanya.
Lantas persoalan yang lebih besar timbul, apakah Media Prima sebenarnya menjadi sarang penikam belakang parti yang menjadi penaungnya sendiri?
Pakai media tempatan utk menjaga nama baik penyamun2 Razak-Hussein senang je bab org2 Melayu nak tu je tak ada prinsip langsung. Sesiapa yg mengingkari keluarga penjamun2 ini akan dikerat dan dimasukkan dlm tong. Tapi cam mana nak halang media asing yg berulang kali menceritakan yg benar. Besok org2 Melayulah yg ramai sekali masuk neraka kerana berpura pura alim.
ReplyDelete