Pages

Tuesday, June 20, 2017

KERANA DR. MAHATHIR JUGA, AZMIN ALI DI SELANGOR BAKAL DIKUBURKAN OLEH PKR!!!



Masalah besar buat Azmin Ali!

Sebelum ini, banyak masalah yang berlaku dalam PKR, kurang diketahui. Sama ada kerana bijaknya ahli-ahli PKR menyimpan rahsia atau kerana pihak lawan tidak berminat langsung hendak mengambil tahu apa yang berlaku dalam PKR memandangkan PKR merupakan sebuah parti yang cukup kuat berlakon dalam serba-serbi. 

PKR boleh menjadi apa-apa sahaja. Liberal boleh, LGBT boleh, pluralisme boleh, malah sebagai parti lebai pun, boleh. Sosialis boleh, demokrat boleh, malah menjadi parti komunis pun, PKR tidak ada masalah untuk menukar wajah. 

Jadi, tiada sesiapa pun yang hairan apa yang berlaku di dalam PKR. 

Tetapi kali ini, ramai yang memberikan perhatian. Pertelingkahan dalaman PKR melibatkan Azmin Ali, bukan lagi rahsia. Kecenderungan Azmin Ali untuk membawa dan menjunjung Dr. Mahathir setinggi mungkin sudah mula menimbulkan muak dan benci di kalangan ahli-ahli PKR terhadap Azmin Ali. 

Kejujuran Azmin Ali sudah mula dipertikaikan secara langsung di dalam group-group WhatsApp yang kebanyakan ahli-ahlinya adalah PKR dan Pakatan. 

Azmin Ali diberikan gelaran yang cukup menjijikkan. Manakala kerajaan negeri pimpinannya pula digelarkan sebagai Kartel Jemin.

Pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam di Selangor, sedikit pun tidak diberikan pujian. Sebaliknya ahli-ahli PKR mempertikaikan perolehan Azmin Ali daripada dua bulan gaji itu yang melebih RM800,000 menerusi 16 jawatan yang dipegangnya dalam Kerajaan Negeri. 


Selain itu, penyokong PKR anti Azmin turut menggunakan isu bonus dan pengisytiharan harta untuk menyerang Timbalan Presiden PKR itu di media sosial. Mereka turut menggelarkan Azmin sebagai PEROMPAK HARTA RAKYAT. Selain itu, prestasi Kerajaan Negeri Selangor yang semakin merosot berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang mendapati keuntungan pelaburan Kerajaan Negeri telah merosot dan kadar siap projek rakyat pula sekadar sekitar 50%.

Semuanya bermula setelah Anwar Ibrahim 'menarik diri' daripada menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat. Alasan tersebut digunakan untuk membantai Azmin Ali kerana dikatakan membawa pengaruh Dr. Mahathir ke dalam PKR menyebabkan Anwar Ibrahim merajuk dan menarik diri, terutama setelah Dr. Mahathir mencalonkan dirinya sebanyak dua kali sebagai Perdana Menteri Pakatan. Pencalonan diri oleh Dr. Mahathir itu juga dikatakan menjadi titik tolak kepada perpecahan Pakatan Harapan terutama sekali di dalam PKR.

Dengan perkembangan terbaharu penubuhan sebuah parti serpihan kerana Dr. Mahathir, nampak gayanya PKR semakin bergolak kerana Dr. Mahathir juga dan kesan tersebut, menimpa kepala Azmin Ali!

Beberapa masalah seperti DEIG, Yayasan Selangor, tanah Wetland, Loji Air Langat, Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan dan sebagainya yang mula timbul dan diperkatakan, Azmin Ali sudah boleh mengemas-ngemas barang kerana yang akan membunuh kerjayanya selaku Menteri Besar Selangor, bukanlah UMNO Selangor tetapi PKR dan DAP!!!

Semuanya kerana Dr. Mahathir!!!

No comments:

Post a Comment