Pages

Thursday, June 22, 2017

KETIKA SITI HASMAH DAN WAN AZIZAH DIGELAR SEBAGAI WANITA TABAH KERANA SUAMI MEREKA, ROSMAH MANSOR PULA MEMPERJUANGKAN HAK ASASI KANAK-KANAK YANG LANGSUNG TIDAK DIPEDULIKAN SELAMA INI!!!!



Terpandang kulit majalah yang kecenderungan politik pemilik produksi tersebut seringkali diperkatakan. Gambar Siti Hasmah dan Wan Azizah. Tajuknya adalah DUA ORANG WANITA TABAH.

Tak tahulah di mana tabahnya mereka.

Wan Azizah dikatakan tabah sebab suaminya dipenjarakan atas kesalahan sendiri iaitu JENAYAH LIWAT. Siti Hasmah pula dikatakan tabah kerana sanggup bersama-sama suaminya menongkah arus dan menyokong perjuangan suaminya untuk kembali menjadi Perdana Menteri sekaligus membela kepentingan kroni-kroni yang banyak terjejas semenjak Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Berdasarkan pembabitan kedua-dua wanita tersebut, mereka sebenarnya kurang diserang oleh pihak lawan. Wan Azizah, meskipun menjadi Presiden PKR, Ahli Parlimen dan ADUN, serangan ke atasnya hanyalah kerana lakonannya yang tidak menjadi atau kerana dia tidak bertanggungjawab dalam menjalankan amanah, tugas seperti kepercayaan yang diberikan oleh para pengundinya. Manakala Siti Hasmah pula, seringkali diberikan gambaran yang baik-baik walaupun kerapkali juga cerita-cerita bagaimana dia mempengaruhi suaminya yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, menjaga kepentingan ahli keluarganya, termasuklah sanak saudara, sepertimana yang berlaku di PROTON.

Ketika Anwar Ibrahim mahupun Dr. Mahathir diserang oleh pihak lawan, isteri-isteri mereka tidak terjejas langsung. Serangan hanya ke atas batang tubuh Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir sahaja. Wan Azizah hanya 'ditegur' apabila dia cuba berbohong bagi pihak suaminya dalam kes jam tangan Omega yang sehingga ke hari ini tidak pernah dibuktikan, masih berada dalam simpanannya sebagaimana didakwa.


Berbanding Syarifah Rodziah, Toh Puan Rahah, Toh Puan Siti Suhaila, Siti Hasmah, Jeans Abdullah dan Endon Mahmud, Rosmah Mansor merupakan Wanita Pertama yang menjadi mangsa serangan semenjak suaminya masih lagi bergelar Menteri Pertahanan. Malah serangan ke atas Rosmah Mansor semakin menjadi-jadi ketika suaminya bergelar Timbalan Perdana Menteri, apatah lagi setelah Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Pelbagai tuduhan dibuat ke atasnya. Daripada tuduhan tentang jam tangan berharga mewah sehinggalah tuduhan yang lebih berat iaitu membunuh seorang model yang mempunyai hubungan skandal dengan Razak Baginda yang kemudian ditukarkan menjadi Najib Abdul Razak.

Kesemua tuduhan tersebut adalah tuduhan-tuduhan liar, termasuklah tuduhan terbaharu, kononnya dia diberikan hadiah barangan kemas permata berlian berwarna merah jambu yang sangat 'rare' dan berharga tinggi.

Dengan kata lain, Rosmah Mansor sehingga ke hari ini, tidak terbukti berbuat sebagaimana yang diuwar-uwarkan melainkan hanyalah dijadikan modal dan sasaran dalam serangan yang sepatutnya ditujukan secara langsung kepada suaminya, Najib Abdul Razak.

Muhyiddin Yassin dan Dr. Mahathir juga menyertai kumpulan DAP, PKR dan PAN menyerang Rosmah Mansor dengan membuat tuduhan-tuduhan yang mereka sendiri tidak sertakan sebarang bukti bagi meraih sokongan yang lebih padu daripada rakyat. Anggapan mereka, Najib akan lebih dijatuhkan sekiranya Rosmah Mansor dimusnahkan.

Di sebalik pelbagai tohmahan, fitnah mahupun cerita-cerita buruk tentangnya, Rosmah Mansor tetap memperjuangkan kebajikan golongan kanak-kanak.

Malaysia yang suatu ketika dahulu pernah diselar dunia khususnya dari negara-negara maju kerana tidak mempunyai undang-undang yang melindungi golongan kanak-kanak secara khusus dan tegas, di bawah pentadbiran Najib, Akta Kanak-Kanak diperkukuhkan termasuklah yang terbaharuAkta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Bermula dengan PERMATA NEGARA yang menjadi program ikutan beberapa buah negara, termasuklah mendapat kerjasama daripada University of Cambridge dan Oxford, Rosmah Mansor juga merupakan penggerak utama Kempen dan Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak pada Mac lalu.


Kempen dan Semintar Jenayah Seksual Kanak-Kanak itu menyaksikan Najib Abdul Razak mengutarakan ideanya untuk penubuhan sebuah mahkamah khas iaitu Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak ketika merasmikannya.

Hasilnya pada 22 Jun 2017, majlis perasmian Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Istana Kehakiman di Kuala Lumpur telah disempurnakan.

Penubuhan mahkamah khas tersebut adalah bertujuan untuk mempercepatkan tempoh pelupusan kes dan mempercepatkan giliran bagi perbicaraan kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak.

Selain itu, mahkamah tersebut turut memberikan tumpuan kepada kes-kes bagi mangsa jenayah seksual kanak-kanak seperti aktiviti pengantunan kanak-kanak (child grooming), pornografi kanak-kanak dan serangan seksual selaras dengan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhada Kanak-Kanak 2017.


Mahkamah itu merupakan yang pertama di Malaysia bahkan di Asia Tenggara.

Mahkamah ini bagaimanapun, berbeza dengan Mahkamah Kanak-Kanak sedia ada kerana kes-kes bagi pesalah kanak-kanak dan isu penjagaan kanak-kanak akan didengar di Mahkamah Majistret manakala Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak akan didengar di Mahkamah Sesyen.

Ketika Rosmah Mansor terus menjadi mangsa serangan dalam usaha musuh-musuh politik Najib mahu menjatuhkannya kerana beranggapan, Rosmah adalah sisi paling lemah Najib, nampaknya Rosmah Mansor pula terus berjalan ke hadapan terutama dalam memperjuangkan generasi awal dan kanak-kanak untuk masa hadapan yang lebih baik tanpa menghiraukan segala luka-luka dan kecederaan pada tubuh badan mahupun hatinya sendiri.





3 comments:

  1. Aduhhhhh la kau ni..dulu tabiat pembangkang mcm kau la...suka jolok sarang tebuan..last last kalah pru...lani kau plak terlebih...aku tgk kauorg ni suka promote issue..nak tonjolkan isteri mo1.

    Sebenarnya aku sejak dua menjak ni menyampah nak baca berita...menyampah baca paper...tapi blog aku ikut..tapi jgn lah melampau sgt..kau bleh kutuk kit siang ke apa..tapi x perlu lah melampau sgt kritik tun M..

    Terus terang aku cakap..kalau umno kalah pru..salah satu faktor adalah kauorg jugak suka bantai tun M..

    ReplyDelete
  2. Tajuk awak terlalu sempurna buat diri sendiri sahaja

    ReplyDelete
  3. Hahaha. Buta je kau kena tipu dengan rosmah. Percaya sangatlah kat rosmah tu. Insyaallah lepas kalah pilihanraya nanti sesama kita tengok aib dia

    ReplyDelete