Pages

Friday, June 23, 2017

MAHATHIR TERPAKSA TULIS ARTIKEL 28 PARA SEMATA-MATA UNTUK ALIH MASALAH YANG SEDANG MELANDANYA DAN MUKHRIZ!!!



Ketika kemelut Pakatan Harapan yang tidak mampu didaftarkan sebagai sebuah parti dengan empat buah parti sebagai komponen kerana tiada konsensus, ketidakmampuan dan persetujuan untuk sebuah logo tunggal, selain perebutan jawatan Perdana Menteri yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan itu sendiri, Mahathir cuba mengalihkan perhatian dengan menaikkan sentimen dan emosi rakyat kepada Najib dan Rosmah Mansor.

Mahathir masih mengulang-ulang pembohongan dan penipuannya tentang 1MDB. Mahathir masih lagi berkata, mustahil dan tidak mungkin berlaku ada derma dari negara atau raja Arab kepada Najib walaupun Mahathir sendiri sepanjang 22 tahun berkuasa, entah berapa bilion wang derma Arab telah dilantaknya tanpa menghebahkan dan memberitahu sesiapa pun. Yang bocor seperti tanah yang sekarang ini berdiri megah Berjaya Times Square yang sepatutnya didirikan masjid, pelebaran laluan Lebuhraya Timur-Barat yang telah dimulakan dari zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, Universiti Islam Antarabangsa dan beberapa projek 'Islam' lain menggunakan wang derma dari Arab, termasuklah yang membabitkan Bosnia, Selatan Thailand dan Selatan Mindanao, Palestin dan Kosovo juga tidak pernah diisytiharkan.

Begitu juga dengan penipuannya kononnya dia tidak pernah dipertikaikan sebagai perasuah dan pembela kroni serta proksi walaupun kemuncaknya adalah DESAKAN LETAK JAWATAN pada tahun 1999 bagi projek bail-out syarikat anak lelakinya, MISC dengan menggunakan wang negara.

Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Mahathir. Dan terlalu banyak usahanya untuk menutup salahlaku itu dengan pemanipulasian undang-undang, seperti dalam kes Perwaja menerusi arahan langsung kepada BPR (sekarang SPRM). (RUJUK SINI) Pendedahan tersebut dibuat pada tahun 1999 pada ketika, rakyat Malaysia belum lagi terdedah sepenuhnya kepada media sosial.

Artikel 28 Perkara tulisan terbaharu Dr. Mahathir sebenarnya tidak lebih daripada mengulang-ulang tuduhan liarnya terhadap Najib Abdul Razak. Dr. Mahathir yang pernah melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pembohong dan penipu yang berguru dengan kaedah Joseph Goebbels, jurutera propaganda utama Adolf Hitler Nazi Jerman, turut menggunakan kaedah yang sama iaitu mengulang-ulang penipuan supaya akhirnya minda pembaca dan orang ramai yang penat dengan pengulangan pembohongan itu, akhirnya menyerah kalah dan menganggap pembohongan itu sebagai satu kebenaran.

Artikel itu juga sebenarnya tidak lebih daripada cubaannya untuk mempertahankan diri secara tidak langsung apabila DAP menerusi Zaid Ibrahim mengeluarkan senarai kabinet bayangan mereka yang cuba memujuk Mahathir dan Anwar Ibrahim selepas Kit Siang sebelum itu mengatakan Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri ke-7.

20 Jun lalu, Mahathir membocorkan rahsia mesyuarat Pakatan Harapan kepada media Jepun. Kemudian Anwar Ibrahim menyindirnya apabila mengumumkan penarikan diri sebagai calon PM ke-7. Dua hari lepas, RCI ditubuhkan untuk menyiasat kerugian negara lebih RM10.1 bilion pada pertengahan 90-an kerana perjudian Forex. Kemudian disusuli pula oleh pengumuman SPRM akan menyiasat aduan yang dibuat oleh Exco Armada berhubung penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Dr. Mahathir dengan penganugerahan projek dan tender mewah bersifat monopoli kepada syarikat anaknya, Opcom.

Tulisan 28 paranya jelas menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir untuk mengembalikan keuntungan besar kepada kroni-kroninya dengan berusaha menjatuhkan Najib dengan menggunakan apa-apa sahaja cara termasuklah pembohongan dan bekerjasama dengan pihak asing walaupun pihak asing itu pernah dikatakannya sebagai menyibuk dan hanya mendatangkan bala kepada negara yang diganggu.

Cuma agak ironi apabila Mahathir mendabik dada kononnya dia menyimpan setiap sen daripada wang gajinya selama dia berkhidmat dalam Kabinet. Tetapi dia tidak pernah menerangkan bagaimana anak-anaknya, anak saudaranya, ipar duainya menjadi kaya raya sebaik-baik sahaja dia menjadi Menteri Perdagangan, Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kehakiman.

Mahathir juga membela dirinya dengan mengatakan kerugian-kerugian yang berlaku kepada negara adalah kesan daripada perniagaan, bukannya kerana salahlaku dan penyelewengan walaupun pada masa yang sama, Mahathir tidak pernah bercakap soal bail-out dan pemaksaan ke atas agensi-agensi yang ada duit seperti KWSP, Petronas, Tabung Haji, Bank Kemajuan, KWAP dan sebagainya untuk menggunakan dana mereka bagi membiayai keuntungan segelintir manusia yang diketahui rapat dengannya.

Pembohongan paling ketara oleh Mahathir adalah apabila dia berkata, Perdana-Perdana Menteri selepasnya telah cuba untuk mencari salahguna dan penyelewengannya tetapi tidak berjumpa, walhal amat diketahui bagaimana Mahathir berlagak seperti Maharaja Tanah Besar China ke atas semua agensi dan entiti di negara ini untuk menyapu segala sampah-sarap dan kurap pekungnya di bawah karpet seperti yang berlaku dalam kes BBMB, Perwaja, Forex, PNB, Proton, Petronas dan sebagainya.

Mahathir bolehlah membohongi generasi muda yang berhingus dan semasa dia berkuasa, mereka masih memakai lampin, tetapi Mahathir tidak dapat membohongi golongan yang telah pun dewasa dan bijak menilai terutama mereka yang terdedah kepada segala salahlaku dan penyelewengannya, termasuklah yang mendesaknya bertahun-tahun sepanjang 22 tahun pentadbirannya untuk melepaskan jawatan kerana merugikan negara.

Artikel 28 paranya, tidak banyak dapat membantu kerana prinsip Joseph Goebbels hanya akan berkesan kalau majoriti rakyat adalah buta huruf dan bodoh tolol yang tidak mampu menganalisa arkib-arkib berita daripada kedua-dua belah pihak!!!


1 comment:

  1. Madey memang pakar psywar... budak2 muda yg masih berhingusan, kencing berlari dan kencing bercabang memang akan percaya cakap dia.. dia nie strategis politik yg bijak... yg IQ rendah aje percaya ckp dia...

    ReplyDelete