Pages

Wednesday, June 21, 2017

MAMPUSLAH LIM GUAN ENG... LEPAS BANGLO JALAN PINHORN, SEKARANG TIMBUL PULA ISU TERLEBIH BAYAR KEPADA SYARIKAT KONSESI DAN EXCO SERTA TIMBALAN KETUA MENTERI II PULA MACAM NAK BUNUHNYA!!!



Lim  Guan Eng kembali bermasalah.... apa pula kali ini dia akan temberang dan berdolak dalik?

Beberapa hari lepas, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang terkenal kerana hubungkaitnya dengan kumpulan pengganas LTTE membela lebihan pembayaran bernilai lebih RM136 juta untuk bayaran tiga laporan untuk tiga batang jalan sahaja. sebagai berbaloi dan munasabah.

Sebaliknya P. Ramasamy menuduh Timbalan Menteri Abdul Rahman Dahlan dan pasukannya sebagai 'berimaginasi liar' untuk membuat tuduhan tersebut.

Sebelum itu, Abdul Rahman Dahlan dan pasukannya memberikan empat soalan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung ketirisan dan penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan selepas empat orang pemimpin kanan DAP menyanggah dakwaan bahawa Pulau Pinang sedang menjadi negeri yang gagal dan muflis selepas berada di bawah pentadbiran DAP.

Daripada empat soalan tersebut, salah satunya adalah membabitkan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PMTP) yang telah meningkat harganya dari RM27 bilion menjadi RM46 bilion pada tahun sebelum ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Chow Kon Yeow, Exco Kanan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Juga persoalan yang dibangkitkan sendiri dua bulan lalu oleh Ketua Menteri Pulau PInang, Lim Guan Eng bahawa penyiapan laporan yang sangat popular bernilai RM305 juta untuk Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang dimulakan pada 2013, ditunda lagi dan kali ini sehingga ke hujung tahun. Alasan yang diberikan untuk penundaan tersebut adalah kerana projek yang diberikan oleh Barisan Nasional pada 1999 atau 18 tahun lalu.

Gelagat DAP dan Lim Guan Eng yang menyalahkan BN bagi kegagalannya sendiri, memang sudah sedia maklum!

Yang dipersoalkan adalah Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang mengandungi dua bahagian dengan tiga batang jalan dan terowong itu sendiri bernilai RM6.34 bilion.

Berdasarkan Laporan Perakaunan Awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2016 membabitkan 3 jalan utama dan projek terowong itu yang disebut dalam Sidang DUN 22 Mei 2017, ketiga-tiga batang jalan dalam projek tersebut terdiri daripada:

- Jalan berkembar Tanjung Bungah ke Teluk Bahang sepanjang 10.53 kilometer bernilai RM377.6 juta.

- Lintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam sepanjang 5.7 kilometer bernilai RM851 juta.

- Lintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Pesiaran Gurney sepanjang 4 kilometer bernilai RM757.9 juta.

Secara keseluruhan, ketiga-tiga batang jalan tersebut apabila digabungkan hanya sepanjang 20.23 kilomenter dan nilai pembinaannya adalah RM1.99 bilion atau RM98.2 juta bagi setiap kilometer.

Daripada laporan PAC Pulau Pinang sendiri, RM305 juta untuk kos kertas laporan sahaja, telah diserahkan kepada pemegang konsesi projek. Secara tidak langsung, laporan kebolehlaksanaan untuk ketiga-tiga batang jalan tersebut menelan kos sebanyak RM31.3 juta manakala kos untuk fi bagi rekabentuk pula adalah RM177.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan fi sahaja adalah RM208,755,080.

Kos tersebut tidak termasuk kos laporan yang lebih komplikated untuk terowong dasar laut itu lagi, yang menokok lagi fi berjumlah RM96 juta.

Dalam laporan PAC Pulau Pinang itu, Kerajaan Negeri cuba mewajarkan penyelewengan yang telah mereka lakukan menerusi nilai kos yang terlalu tinggi yang telah dilaporkan oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) Pulau Pinang.

Walaupun kos laporan kebolehlaksanaan tidak tertakluk di bawah garis panduan Kerajaan Persekutuan, kos untuk rekabentuk dikawal oleh Pusat berdasarkan penggazetan skala fi tertentu. Skala fi ini tidak ditentukan oleh persatuan jurutera tetapi oleh Lembaga Jurutera.


Dalam surat mereka, Lembaga Jurutera menyatakan bahawa kos RM177,485,756 telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau PInang kepada pemegang konsesi, EMPAT KALI GANDA lebih tinggi berbanding jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah skala fi yang digazetkan. Jumlah sepatutnya mengikut perkiraan Lembaga Jurutera hanyalah RM41,052,003.62 sahaja.

Sekaligus menunjukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah terlebih banyak sebanyak RM136.4 juta.

Berdasarkan jawapan bertulis yang diberikan kepada DUN Pulau Pinang pada 19 Mei 2017, Exco Pulau Pinang, Lim Hock Seng mengesahkan bahawa jumlah keseluruhan RM208.8 juta telah pun dibayar kepada pemegang konsesi menggunakan TANAH KERAJAAN NEGERI.

Kenyataan Lim Hock Seng itu membuktikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun membuat bayaran penuh untuk keseluruhan kos fi untuk kebolehlaksanaan dan reka bentuk bagi ketiga-tiga batang jalan.

Projek tersebut telah ditandatangani pada penghujung 2013. Pembinaan dua daripada tiga batang jalan tersebut sepatutnya dimulakan pada tahun 2015 dan disiapkan pada tahun 2018. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang jalan telah dimulakan pembinaan fizikalnya.

Dari tahun 2015, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Lim Guan Eng terus berdolak dalih berhubung projek terowong dasar laut itu. Antara alasan yang paling tidak masuk akal ialah kebimbangan bahawa jalan-jalan berkenaan tidak boleh dibina lagi kerana tidak diketahui di atas tanah siapakah jalan tersebut akan dibina.

Terbaharu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa paling awal pembinaan boleh dijalankan adalah pada pertengahan 2018 atau lebih tepat lagi, selepas PRU-14.


Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP perlu mengisytiharkan mengapa mereka telah membayar lebihan sebanyak 400% lebih tinggi daripada skala fi yang telah digazetkan untuk rekabentuk terperinci bagi 3 batang jalan atau lebih tepat lagi pembayaran menggunakan wang rakyat bernilai RM136 juta.

Lebihan bayaran tersebut sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding perbelanjaan RM100 juta yang digunakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk usaha-usaha mitigasi banjir semenjak tahun 2008, berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh Chow Kon Yeow pada 15 November 2016.

P.Ramasamy bagaimanapun, menolak hujah-hujah tersebut, sebaliknya berkata dia hairan dari mana Abdul Rahman Dahlan memperoleh figur 400% memandangkan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, 'fi untuk konsultansi bagi projek tersebut adalah berdasarkan kepada tender terbuka sebelum itu' yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri.

"Fi tersebut adalah munasabah dan masih lagi sekitar 10% sehingga 15% daripada jumlah keseluruan kos pembinaan," katanya.

Dengan kata lain, P.Ramasamy mengesakan bahawa fi untuk konsultansi bagi projek PTMP yang bernilai RM46 bilion adalah antara RM4.6 bilion sehingga RM6.75 bilion. Maka tidak hairanlah mark-up harga yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, begitu mengkagumkan kerana komisyennya sangat-sangat tinggi walaupun yang akan membayarnya adalah rakyat Pulau Pinang berdasarkan kenaikan dan penambahan cukai termasuklah kutipan wang parkir kereta yang dahulunya tidak pernah dikenakan selain kenaikan tarif air yang telah dibuat enam kali dalam tempoh 9 tahun DAP memerintah.

Difahamkan, laporan kepada SPRM berhubung penyelewengan dan salahguna kuasa dalam isu ini, akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Patutlah, Lim Guan Eng sudah tidak menyembunyikan lagi hasratnya untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia walaupun sebelum ini bersungguh-sungguh berkata, orang Cina tidak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia walaupun Perlembagaan tidak melarang atau menegahnya!!!


No comments:

Post a Comment