Pages

Wednesday, June 7, 2017

PAS KEDAH MENYERAH KALAH AWAL KEPADA PAN DAN CAP BUNGA?!!!



Antara kebanggaan PAS adalah kejayaan mereka menawan Kedah pada PRU-12 tahun 2008. PAS Kedah pada waktu itu dianggap terkuat dan sangat bersatu menyebabkan UMNO-BN buntu untuk mencari jalan mengalahkan PAS pada PRU Ke-13.

Namun apabila kuasa sudah di dalam tangan dan apabila sudah mencecap kemewahan hasil penguasaan ke atas negeri, sikap para pemimpin PAS mulai berubah. Yang dahulu beria-ia mahu memperjuangkan rakyat kononnya, bertukar menjadi perjuangan untuk tembolok sendiri. Kerana projek, Kerajaan Negeri PAS Kedah berkecamuk dan usaha-usaha untuk merampas kuasa daripada penguasaan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak telah dilancarkan dari dalam PAS.

Dan akhirnya PAS berjaya dikalahkan oleh UMNO.

Walaupun UMNO Kedah sekarang ini terbelah kepada dua bahagian iaitu melibatkan kem Ahmad Bashah yang masih setia kepada UMNO dengan kem Mukhriz-Mahathir yang telah berpindah parti kepada Cap Bunga, hakikatnya, PAS Kedah pula jauh lebih teruk perpecahannya.

PAS Kedah tidak mempunyai seorang wakil pun dalam saf kepimpinan utama PAS Pusat menerusi pemilihan baru-baru ini. Di Kedah sendiri, PAS Kedah bergelut dengan kaum parasit yang masih bersembunyi dengan topeng PAS tetapi sokongan dan hati mereka kepada DAP-PAN yang diketuai oleh ADUN Pengkalan Kundor, Phahrolrazi Zawawi.

Dan berita terbaharu....

Antara kubu kuat PAS di Kedah adalah DUN N18 Tokai atau sebelum ini dikenali sebagai DUN Bukit Raya. DUN tersebut adalah kawasan kubu kuat Allahyarham Fadzhil Noor, bekas Presiden PAS.

Selain Sungai Limau yang terletak bersebelahan dengan DUN Tokai, Tokai dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Tokai adalah crown-jewel kepada PAS Kedah.

Pada PRU-13 yang lepas, calon PAS iaitu Taulan Rasul berjaya memperolehi 18005 undi, manakala calon UMNO-BN iaitu Najmuddin Derus pula hanya memperolehi 12172 undi. Undi rosak pula adalah sebanyak 364 undi. Sekaligus memberi makna Taulan Rasul menang dengan majoriti 5833 undi, jumlah yang agak selesa.

Namun menjelang PRU-14, PAS nampaknya bakal kehilangan DUN Tokai. PAS bukan sahaja akan berhadapan dengan UMNO-BN tetapi pencabar baru yang lebih bersemangat iaitu PAN menerusi anak lelaki Allahyarham Fadzhil Noor iaitu Faiz Fadzhil yang dilaporkan akan menjadi calon PAN untuk DUN Tokai pada PRU akan datang.

Malah anak kepada Taulan Rasul, Surya Putra Taulan yang juga merupakan seorang peguam juga dilihat seringkali sepentas dengan wakil-wakil dari PAN. Sudah acapkali Surya Putra dilihat sepentas dengan Faiz Fadzhil dalam program-program yang diadakan oleh PAN khususnya di Tokai.

Kebanyakan pemimpin PAS Kedah terutama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Sanusi Md Noor seperti tidak sedar, PAS Kedah akan dimalukan lebih teruk pada PRU kali ini. Mereka bukan sahaja akan dimalukan oleh kepimpinan UMNO di bawah Ahmad Bashah tetapi yang lebih penting, PAS Kedah akan dimalukan oleh parti serpihannya sendiri, PAN yang berketuakan Phahrolrazi Zawawi, musuh utama Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah dari PAS.

Dengan kehilangan ramai tenaga dan sokongan muda, PAS Kedah dilihat masih lagi bongkak dan enggan akur kepada saranan Presiden PAS yang menganjurkan politik matang dan sejahtera bagi kelangsungan hayat PAS sendiri.

Maka timbullah persoalan yang sering diperkatakan oleh para penyokong akar umbi PAS Kedah sendiri, apakah sebenarnya PAS Kedah mahu memalukan Abdul Hadi Awang dan PAS Pusat sebagai cara membalas dendam setelah PAS Kedah tidak mendapat tempat dan perhatian, bahkan dipandang lekeh pada peringkat Pusat.

Atau barangkali kerana terlalu banyak yang telah diisi ke tembolok pada masa PAS menjadi Kerajaan Negeri Kedah, membuatkan PAS Kedah sekarang terpaksa akur dan sangat hormatkan Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Exco Kanan Negeri Kedah pada zaman PAS sebagai Kerajaan Negeri dahulu?

Berapa banyak kawasan yang sebelum ini tegar PAS, termasuklah Pokok Sena akan tumbang ke tangan PAN dan Cap Bunga kerana sikap para pemimpin PAS Kedah sendiri?

Tiada cara lain bagi PAS Kedah untuk mengekalkan kewujudan mereka kecuali bertindak secara lebih matang dan lebih sistematik dengan meninggalkan fahaman lama yang jelas telah dan akan merugikan mereka sendiri.

1 comment:

  1. Anak ust fadil noor pun belum tentu boleh menang pru.

    ReplyDelete