Pages

Monday, June 5, 2017

PEMBONGKARAN TERBANGANG!!! NAJIB DIKATAKAN BAYAR SHAFEE ABDULLAH UNTUK PENJARAKAN ANWAR IBRAHIM!!!



Kalau kita aktif di group-group WhatsApp yang sebahagian ahlinya merupakan penyokong Pakatan Rakyat, kita akan kerap terbaca tentang pelbagai teori konspirasi melibatkan 1MDB. Apa-apa sahaja yang berlaku dalam negara ini, semuanya melibatkan 1MDB.

Terbaharu, spin terbaharu melibatkan 'mangsa' 1MDB adalah Anwar Ibrahim!

Dalam propaganda terbaharu mereka, Pakatan cuba spin kononnya Najib telah mengupah peguam Tan Sri Shafee Abdullah untuk memasukkan Anwar Ibrahim ke dalam penjara menerusi dua pembayaran berjumlah RM9.5 juta yang dibuat pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014. Wang tersebut menurut mereka, datangnya dari 1MDB. 

Tuduhan tersebut dicipta oleh Sarawak Report dan kemudian dikutip oleh Malaysiakini untuk dipopularkan oleh Majlis Peguam yang diketahui menerima pembiayaan George Soros dan ahli-ahli politik Pakatan. 

Pada masa yang sama, WSJ dan Sarawak Report turut mendakwa Najib telah memulangkan hampir kebanyakan RM2.6 bilion yang mereka dakwa dari 1MDB dan menutup akaunnya pada 30 Ogos 2013. (RUJUK SINI)

Manakala Pakatan pula mendakwa wang 1MDB dipulangkan dan akaun Najib ditutup pada 30 April 2013.

Macam mana pula cerita, dah tutup akaun alih-alih dari akaun yang sama, pembayaran dibuat. Boleh bukak tutup suka-suka hati macam pintu rumah ke?

Sekarang, dakwaan dibuat bahawa pembayaran kepada Shafee dilakukan pada September 2013 dan Februari 2014 dan wang tersebut dari 1MDB. 

1MDB simpan duit cash bertan-tan dan sesiapa sahaja boleh pergi ambik untuk digunakan sebagai bayaran kepada sesuatu atau seseorang ke? Logik akal ler sikit!

Juga dikatakan banyak dan berulang-ulang kali, termasuklah pendedahan terbaharu oleh Rafizi Ramli, akaun yang sama telah digunakan untuk kegunaan UMNO dan BN. 

Dalam kes Anwar Ibrahim, bayaran kepada Shafee jelas sangat mengarut dan terlalu berkhayal. Ini adalah kerana keputusan sama ada di mahkamah rayuan mahupun mahkamah persekutuan pada tahun 2014 dan 2015 terhasil daripada keputusan 8 orang hakim yang telah mendengar segala bukti, pembentangan fakta dan secara sebulat suara mendapati Anwar bersalah kerana meliwat. Apatah lagi dalam perbicaraan tersebut, beberapa kali ketua peguambela Anwar Ibrahim yang mengetuai berbelas-belas orang peguam belanya yang lain mengakui bahawa, liwat itu berlaku tetapi ia adalah secara SUKA SAMA SUKA. 

Tugas Shafee adalah mendakwa. Tugasnya adalah untuk memastikan kes itu dibentangkan secara terbaik di mahkamah bagi memastikan si tertuduh (Anwar Ibrahim) didapati bersalah dan dihukum. Manakala tugas peguam-peguambela Anwar Ibrahim yang berbelas orang itu pula adalah, memastikan hujah-hujah Shafee disanggah dengan bukti-bukti yang lebih meyakinkan bagi membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat. Proses tersebut berjalan secara adil dan ruang yang sangat luas yang memakan masa bertahun, telah diberikan kepada Anwar Ibrahim sebelum mahkamah membuat keputusan. 

Persoalan mudah yang tidak dijawab sehingga sekarang oleh para penyokong Anwar yang cukup kuat berpegang kepada teori konspirasi ialah, BAGAIMANA AIR MANI ANWAR IBRAHIM BOLEH BERADA DI DALAM TANGAN POLIS? Adakah Anwar Ibrahim meninggalkan air maninya merata-rata seperti jam Omeganya dalam kes dengan pelacur dari China yang kemudian pita rakaman tersebut telah digunakan oleh 'Datuk T' untuk membuktikan kelakuan hodoh Anwar Ibrahim?

Begitu juga dengan 12 orang saksi yang kononnya boleh membuktikan Anwar tidak bersalah, tidak pernah ditampilkan oleh peguambela Anwar Ibrahim walaupun perbicaraan liwat tersebut memakan masa bertahun-tahun. 

Shafee Abdullah tidak perlu mengesahkan atau bersetuju untuk sebarang pembayaran bagi apa-apa tujuan, termasuklah sebarang transaksi dengan pelanggannya. Ini adalah keistimewaan melibatkan peguam dan pelanggannya.  

Selama bertahun-tahun, Shafee dituduh sebagai peguam UMNO yang mengendalikan banyak kes bagi pihak UMNO dan ahli-ahli politik UMNO. 

Peguam, terutama sekali peguam yang memiliki firmanya sendiri seperti Shafee sudah tentu tidak akan mengambil hanya satu tugasan pada satu-satu masa. Mereka mengendalikan banyak kes dan tugasan pada masa yang sama. 

Lagipun apa salahnya Shafee mewakili UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO sedangkan DAP mempunyai peguam-peguamnya yang tersendiri yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin DAP sendiri. Malah PKR pun mempunyai peguamnya sendiri. Peguambela-peguambela Anwar Ibrahim yang berjumlah berbelas-belas orang itu terdiri daripada gabungan pemimpin DAP dan PKR.

Tang mana yang salahnya? Anwar tidak bayar? Mereka bekerja secara percuma? Pernahkah Anwar Ibrahim mahupun Lim Guan Eng mendedahkan berapa banyak mereka telah membayar para peguam mereka dalam banyak kes-kes mahkamah yang membabitkan kes-kes mereka?

Sebelum ini, Najib dikatakan menyonglap wang RM2.6 bilion dan wang SRC masuk ke poket sendiri bagi tujuan berfoya-foya dan memperkukuhkan kedudukan politiknya. Sekarang, dakwaan tersebut ditukar. Najib tak songlap duit 1MDB dan SRC untuk kegunaan sendiri tetapi digunakan untuk membayar pelbagai ahli politik, syarikat media, Sultan Pahang, caj peguam dan NGO pula!

Jangan buat gila kata selepas ini, Najib ambil duit 1MDB dan SRC untuk bayar Tuhan bagi mengelakkan dia masuk neraka pula, sudahlah! Atau membayar dan merasuah Tun Dr. Mahathir agar menyuarakan isi hatinya untuk kembali menjadi Perdana Menteri selepas tidak berpuas hati menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dari tahun 1981 sehingga 2003 dahulu.


No comments:

Post a Comment