Pages

Friday, June 30, 2017

TAK PAYAH SERONOK SANGAT PASAL DOJ SENDIRI SEDANG BERMASALAH DENGAN PEMECATAN DAN PERLETAKAN JAWATAN!!!



21 Julai 2016, para penyokong Pakatan dan Mahathir gegak gempita sambil memberikan gambaran Najib Abdul Razak, Rosmah Mansor dan 1MDB akan didakwa di mahkamah Amerika Syarikat, apabila Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch mengumumkan bahawa DOJ Amerika Syarikat 'berjaya' membuat penemuan penyonglapan wang beratus juta daripada akaun 1MDB bagi tujuan penyelewengan.

Tiada bukti yang dilampirkan. DOJ tidak menfailkan sebarang tuduhan di mana-mana mahkamah di Amerika Syarikat.

Loretta Lynch kemudiannya dipecat oleh pentadbiran baru Amerika Syarikat yang diketuai oleh Donald Trump kerana terlibat dalam konspirasi untuk memenangkan Hillary Clinton dengan memalsukan dokumen dan menyorok bukti.

Jawatannya dipangku oleh Sally Yates yang merupakan salah seorang dari DOJ yang terlibat dalam isu 1MDB. Januari 2017, Sally Yates pula dipecat oleh Donald Trump.

'Rakan subahat' Loretta Lynch, James Comey juga dipecat pada Mei 2017. James Comey merupakan Pengarah FBI pada waktu itu. Kenyataan James Comey turut menjadi hujah para penentang Najib dan 1MDB kononnya, FBI akan menyiasat, menangkap dan mendakwa Najib di Amerika Syarikat. Sehingga kini, ramai penyokong Dr. Mahathir percaya, Najib tidak berani ke Amerika Syarikat kerana bimbang ditangkap oleh FBI walaupun perkara tersebut tidak pernah dan tidak akan berlaku terutama setelah Najib 'sengaja' bermain golf dengan Presiden Obama di wilayah Amerika Syarikat tidak lama selepas pengumuman James Comey tentang 1MDB dan pada hari Loretta Lynch membuat sidang media tentang 1MDB. (RUJUK SINI)

Turut diarahkan meletakkan jawatan adalah Preet Bharara pada Mac 2017 oleh Trump. Bharara merupakan bekas Pendakwaraya Amerika Syarikat.

Kesemua nama-nama yang disebutkan di atas adalah watak-watak utama dalam kemelut DOJ-1MDB.

1MDB sebenarnya merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengalihkan isu sebenar di Amerika Syarikat yang menyaksikan Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat mengalami perubahan besar-besaran ekoran pemecatan dan perletakan jawatan selepas konspirasi untuk menggulingkan Donald Trump dengan mensabitkannya dengan tajaan dana politik daripada Russia menerusi syarikat miliknya, tidak berjaya. (RUJUK DI SINI)

Isu terbesar yang dihadapi oleh kesemua mereka yang disebutkan di atas adalah membabitkan skandal e-mail Yayasan Clinton yang diketuai oleh Hillary Clinton, isteri bekas Presiden Amerika Syarikat, juga calon Presiden yang kalah di tangan Donald Trump.

Bermula dengan Comey yang cuba menutup skandal tersebut dan kemudian bekerjasama serta bersubahat dengan Lynch, akhirnya isu berkenaan terbongkar juga kepada awam sekaligus menyebabkan Clinton kalah. Manakala skandal Trump-Russia pula telah pun disahkan sebagai PALSU dan SENGAJA DIADAKAN-ADAKAN bagi tujuan merosakkan kredibiliti Trump dan cubaan menutup skandal Clinton. (RUJUK SINI)

Untuk membuktikan kononnya DOJ benar-benar tegas dalam melaksanakan arahan Trump untuk membanteras sebarang penggubahan wang haram di negara tersebut sekaligus mengalihkan tumpuan kepada isu-isu besar berkenaan, 1MDB menjadi mangsa. Bagaimanapun, pengumuman kepada media dan saman sivil yang difailkan oleh DOJ buat kali kedua pada 22 Jun lalu, tidak mempunyai sebarang pembaharuan kecuali masukan beberapa perkara yang tidak mengubah apa-apa. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, beberapa pendedahan membabitkan pembayaran berjumlah RM50 juta daripada pihak tertentu dari Malaysia kepada Yayasan Clinton yang merupakan pengutip dana pilihanraya Hillary Clinton, selain dakwaan pembabitan Sivarasa Rasiah, Cynthia Gabriel, Daim Zainuddin dan beberapa orang yang lain, membuktikan tindakan DOJ menfailkan saman sivil pada 22 Jun lalu tidak lebih daripada tindakan politik semata-mata.

Ada yang mempertikaikan mengapa setelah semua pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat terbabit dipecat, saman sivil tersebut masih diteruskan.

Usaha pihak Demokrat dan pro-Demokrat untuk menjatuhkan Donald Trump masih lagi berterusan. Begitu juga dengan usaha untuk membenarkan tuduhan kononnya Donald Trump terlibat dalam konspirasi dengan Russia bagi kemenangannya juga masih berterusan.

Pada 16 Jun lalu, DOJ menfailkan saman sivil untuk menyita aset, barangan kemas, kapal layar dan lukisan yang bernilai USD540 juta yang kononnya dicuri dari 1MDB. (RUJUK SINI)

Pengumuman tersebut kemudiannya disambut gembira oleh para penyokong pembangkang dan pemimpin pembangkang Malaysia sehingga mahu mengadakan Perhimpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada September ini sebagai reaksi mereka kepada saman sivil terbaharu Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Mahfuz Omar dalam kenyataan terbaharunya mempertahankan tindakan DOJ dan mengatakan 1MDB adalah 'mangsa'. Justeru 1MDB tidak didakwa, sebaliknya DOJ menerusi saman yang difailkan di US District Court For The Central District of California addalah bertujuan untuk menyita dan mendapatkan kembali hasil penyelewengan yang berjumlah USD540 juta dalam bentuk aset-aset yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang diselewengkan dari akaun 1MDB.

Ironinya, DOJ atau agen-agen mereka tidak pernah berhubung dengan 1MDB bagi menyiasat aduan berkenaan. Malahan 1MDB berulang-ulang kali menjelaskan bahawa mereka tidak mengalami sebarang kecurian, penyonglapan mahupun kehilangan wang seperti yang didakwa oleh musuh-musuh 1MDB.

1MDB dari awal lagi telah cuba diranapkan oleh pembangkang. Kejayaan terbesar pembangkang adalah dengan menghalang 1MDB daripada menyenaraikan IPO mereka bagi perolehan modal awam.


Di sebalik keseronokan para pembangkang dan Mahfuz Omar, terbaharu pada 23 Jun, Jawatankuasa Kehakiman Senat telah menghantar surat siasatan kepada empat orang yang dikaitkan dengan usaha Mahathir untuk menumbangkan Najib menggunakan isu 1MDB.

Mereka adalah Loretta Lynch, George Soros menerusi Soros Foundation, Hillary Clinton dan James Comey.

The Senate Judiciary Committee announced Friday it sent four investigatory letters, including one to former Attorney General Loretta Lynch.
The letters, dated Thursday and signed by the committee’s bipartisan leadership, demand answers and documents related to the 2016 investigation into Hillary Clinton’s private email server, especially reports that Clinton campaign operatives expressed confidence Lynch would keep that investigation from “going too far.”
The demand comes as the Judiciary Committee investigates the circumstances surrounding the dismissal of ex-FBI Director James Comey, in which the material may take on a new significance. (RUJUK SINI)

Sekaligus memberi petanda bahawa saman sivil yang difailkan oleh DOJ California Pusat itu sebenarnya tidak akan ke mana-mana. Drama terbaharu ini akan mengulangi drama Loretta Lynch, apatah lagi terdapat dakwaan bahawa kertas aduan tersebut dikarang di Malaysia dan DOJ sendiri telah menyatakan bahawa tiada pendakwaan yang akan dibuat sebaliknya sekadar melaksanakan aduan awam.

Malaysia telah mendesak Amerika Syarikat untuk mendedahkan nama pengadu tersebut meskipun beberapa saluran berita di Malaysia telah pun mendedahkan nama-nama yang terbabit yang mana salah seorangnya adalah Cynthia Gabriel, Pengerusi C4 yang mendapat tajaan daripada CIA menerusi NED. (RUJUK SINI)


Portal-portal berita dan media-media massa serta elektronik dan sosial Amerika Syarikat lebih banyak membincangkan tentang pertentangan membabitkan Donald Trump dan tindakan-tindakannya untuk 'membersihkan' DOJ daripada elemen-elemen Clinton. DOJ sebagai reaksi balas, masih berusaha untuk mensabitkan Donald Trump. Beberapa orang Gabenor di wilayah-wilayah pro-Demokrat turut menfailkan tuduhan ke atas Donald Trump.

Kesibukan Donald Trump dan DOJ menangani masalah dalaman mereka sendiri, pastinya akan mengenepikan isu 1MDB yang tidak mempunyai sebarang asas selain daripada 'aduan awam' sekaligus menyebabkan Amerika Syarikat tidak pernah menghantar sesiapa pun untuk melakukan siasatan di 1MDB yang beribupejabat di Kuala Lumpur sehingga kini. Apatah lagi isu 1MDB langsung tidak menjadi kudis kepada Amerika Syarikat berbanding isu-isu membabitkan Donald Trump dan DOJ sendiri. (RUJUK SINI)

Berapa juta Dollar Amerika Syarikat lagi yang akan dilaburkan oleh pihak-pihak dari Malaysia untuk meneruskan proses penyitaan tanpa siasatan itu terutama apabila pegawai-pegawai DOJ berhadapan dengan isu pemecatan dan perletakan jawatan?


No comments:

Post a Comment