Pages

Thursday, July 20, 2017

DARI JANGKAAN 15,000 ORANG, MENURUN JADI 8,000 ORANG, AKHIRNYA YANG DATANG NAK TENGOK MUKA MAHATHIR DAN SITI HASMAH CUMA 3,000 ORANG!!!



Sepatutnya hari ini seluruh Daerah dan Parlimen Kulim-Bandar Baru, DUN Kulim dan DUN Bandar Baru gegak gempita selain menjadi pemangkin kepada kemunculan kuasa Parti Cap Bunga selain menandakan era kebangkitan Azimi Daim, orang kuat Mukhriz Mahathir dan juga bekas ADUN Bandar Baru mewakili UMNO-BN yang kalah teruk pada tahun 2008.

Azimi Daim yang merupakan penyandang kerusi tersebut pada PRU 2004 dengan majoriti 3,878 undi kalah di tangan Ustaz Yaakob Hussain dari PAS dengan majoriti undi 1,849 undi. Pada tahun 2013, Azimi cuba sekali lagi meletakkan namanya sebagai calon tetapi kerana penolakan para pengundi Bandar Baru dan Parlimen Kulim, Azimi sekadar mampu menjadi pegawai khas Mukhriz Mahathir setelah Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Apabila Mukhriz dipecat dari UMNO dan digugurkan dari jawatan Menteri Besar, Azimi kembali bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat. Peluang sebagai calon Parti Cap Bunga di Parlimen Kulim-Bandar Baru dilihat sangat cerah memandangkan dia dikatakan sangat terkenal biarpun terkenalnya dia bukan kerana jasa bakti tetapi kerana ulah dan perangainya!

Hari ini, bertempat di pekarangan kediamannya di No.87, Kampung Air Merah Kulim, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Parti Cap Bunga Bahagian Kulim-Bandar Baru telah diadakan.

Cakap-cakap besar ialah, tidak kurang 15,000 orang penduduk tempatan akan menyerbu rumah terbuka yang dianjurkan oleh Azimi Daim itu. Bagaimanapun, angka 15,000 yang dilihat boleh menyaingi angka yang hadir di Rumah Terbuka Ahmad Bashah terlalu bersifat angan-angan, jangkaan tersebut diturunkan menjadi 8,000 orang. Jumlah makanan yang dipesan juga adalah untuk 8,000 orang.

Gah sangatlah tu dengan angka 8,000 orang di Parlimen Kulim kerana kebanyakan pengundi Kulim merupakan antara yang seringkali menukar-nukar pilihan parti yang akan mewakili mereka di Parlimen dan DUN.

Bermodalkan Dr. Mahathir, Siti Hasmah, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang hadir ke Rumah Terbukanya, Azimi Daim akhirnya berwajah kelat dan muncung panjang.

Di sebalik pelbagai maklumat daripada orang-orangnya sendiri kononnya pengundi-pengundi dan orang Kulim sangat menyukainya dan Parti Cap Bunga, yang hadir ke Rumah Terbukanya itu hanyalah dianggarkan seramai 3000 orang sahaja!

Terlalu jauh daripada sasaran awal!

Kedatangan pemimpin-pemimpin utama Parti Cap Bunga, langsung tidak menarik perhatian walaupun pada masa yang sama, kempen dan pemberitahuan telah dibuat secara 'bisik-bisik' dan menerusi cakap-cakap kedai kopi.

Lebih panjang muncungnya ialah apabila Azimi Daim sendiri mengumumkan, dia akan bertanding menggunakan lambang Pakatan Harapan, sambutan yang diberikan oleh hadirin terlalu DINGIN. Lebih lucu lagi ialah apabila ada yang bertanya, "Pakatan Harapan boleh bertanding dengan logo sendiri ke?"

Kesian Azimi Daim.... lebih ramai yang mencebik dan mentertawakannya berbanding teruja dengan ucapan berapi-apinya tentang kehebatannya sendiri!

No comments:

Post a Comment