Pages

Thursday, July 27, 2017

TEMBERANG WAN AZIZAH KONONNYA NAK WUJUD RCI SIASAT MAHATHIR HANYA UNTUK PUJUK AHLI PKR DAN DAP YANG MASIH TAK SUKAKAN MAHATHIR!!!



Dua hari lepas, Wan Azizah dilaporkan berkata, sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU-14 akan datang, sebuah RCI akan diwujudkan untuk menyiasat salah laku Mahathir. Dengan kata lain, segala tindak-tanduk Mahathir yang telah menyebabkan Anwar Ibrahim kehilangan peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia, akan dibicarakan dan kemudian Dr. Mahathir akan dihukum.

Ada lagi 'nasi tambah' daripada para pentaksub kononnya, RCI itu juga akan mengembalikan harta-harta rakyat yang telah dirompak oleh Mahathir menerusi kroni dan keluarganya.

Dr. Mahathir sekarang ini adalah Pengerusi Pakatan Harapan di mana Wan Azizah adalah Presiden Pakatan Harapan.

Tidak ramai yang memberikan perhatian serius kepada kata-kata dan pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah. Ini adalah kerana Wan Azizah bukanlah seorang ahli politik yang berkaliber. Dia hanya bergantung kepada suaminya yang merupakan banduan jenayah liwat yang sedang menjalani hukuman penjara serta air mata. Biarpun Wan Azizah sendiri merupakan ADUN Kajang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, tidak banyak benda yang dilakukannya di kedua-dua kawasan yang dia adalah wakil rakyat. Sebaliknya, Wan Azizah kerap kali tidak tahu apa-apa tentang Permatang Pauh dan Kajang.

Dalam PKR sendiri, perselisihan antara Wan Azizah dengan Azmin Ali bukanlah rahsia lagi. Azmin Ali dilaporkan sudah tidak menghormati Wan Azizah lagi. Manakala Wan Azizah yang mendapat sokongan daripada puak-puak DAP, turut meninggikan suara kepada Azmin Ali yang dilihat terlalu pro-Mahathir, bahkan berusaha me'Mahathir'kan PKR selepas namanya disebut-sebut sebagai bakal PM ke-7 sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU-14.

Azmin Ali dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor digelar sebagai 'Kartel Min'. Sebahagian daripada pentaksub menyifatkan Azmin Ali sebenarnya sedang berusaha untuk mendapat tempat di dalam UMNO tanpa perlu menyertai UMNO dengan harapan, sekiranya UMNO-BN berjaya menawan Selangor, kedudukannya selaku Menteri Besar tidak akan terjejas.

Pengumuman dan ikrar Wan Azizah itu sebenarnya tidak lebih daripada sandiwara semata-mata. PKR dan Wan Azizah sendiri sedang bergelut dengan tentangan dari dalam PKR sendiri, khususnya golongan yang terlibat dalam reformasi dan demonstrasi jalanan 1998.

Tidak sahaja PKR, DAP turut bergelut untuk menerangkan kepada para pengikut, pengundi dan penyokong mereka bahawa Mahathir sebenarnya tidak ada nilai di dalam Pakatan Harapan melainkan untuk digunakan bagi tujuan menarik undi Melayu demi menggulingkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN sepertimana yang dicatatkan oleh Hew Kuan Yau di dalam laman Facebook peribadinya.


Dengan kata-kata lain, pengumuman tersebut hanyalah usaha untuk mengepung dan memastikan para penyokong PKR dan DAP selama ini, tidak menyelar kepimpinan Pakatan Harapan terutama dari PKR dan DAP yang sebelum ini kuat menentang Mahathir, bahkan Mahathir adalah faktor utama kewujudan dan kesepakatan mereka, tetapi sekarang telah menjadi sebaliknya.

Sesuatu yang pasti ialah, Mahathir sendiri sudah tentu mempunyai perancangan jangka panjangnya yang tersendiri. Tidak mungkin dia akan menyua tengkuknya secara mudah untuk disembelih oleh bekas musuhnya. Lebih-lebih lagi dengan nadanya yang mulai berubah ke arah 'penyatuan Melayu'.

Dan hal ini dapat dibuktikan menerusi rombongan Pemuda Pakatan Harapan yang datang menyembah Mahathir di pejabatnya di Yayasan Perdana hari ini...

1 comment:

  1. Tak guna semuanya...ada kepentingan diri dlm politik.

    ReplyDelete