Ainina Saaduddin yang telah disingkirkan biarpun tidak dipecat dari parti yang dia sendiri tubuhkan, kini berhadapan dengan serangan daripada ahli-ahli parti itu sendiri di Langkawi. Keceluparannya sehingga memperlekehkan Mukhriz Mahathir dan Muhyiddin Yassin, menyebabkan pemimpin-pemimpin setempat Parti Cap Bunga menggunakan kesempatan itu untuk mencipta cerita-cerita sensasi tentang dirinya.
Dituduh menerima RASUAH RM7 juta dari pihak UMNO untuk menyelesaikan masalah kewangan serta rumahnya yang hampir disita bank oleh pasukannya sendiri di Langkawi, kerjaya politiknya benar-benar cuba dibunuh oleh rakan-rakannya sendiri, malah oleh mereka yang dia sendiri naikkan dan perkenalkan.
Sebelum ini atau lebih tepat lagi 18 Julai 2017 Ainina membuat laporan polis atas fitnah yang dibuat oleh Bendahari dan Setiausaha Parti Cap Bunga Langkawi kerana menfitnahnya. (RUJUK SINI)
Walaupun Ainina telah membuat laporan polis, tiada sebarang usaha dari dalam partinya sendiri untuk menyiasat, bahkan mengenakan tindakan terhadap penfitnah itu sepertimana yang didakwa oleh Ainina. Malah Ainina sendiri pun tidak pernah dipanggil oleh Jawatankuasa Disiplin Parti Cap Bunga.
Hari ini, Ainina Saaduddin membuat laporan SPRM dan meminta SPRM menyiasat dirinya sama ada benar atau sebaliknya dia telah menerima wang rasuah berjumlah RM7 juta daripada UMNO sebagaimana yang dituduh oleh Setiausaha Parti Cap Bunga Bahagian Langkawi pada 31 Mac 2017.
Menurutnya, kalau dahulu dia berjuang untuk rakyat, kali ini dia perlu berjuang untuk diinya sendiri kerana dia sedar, tiada sesiapa pun yang akan membelanya walaupun selama ini dia telah bergolok bergadai untuk sebuah perjuangan.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Membela diri sendiri bukanlah suatu pengkhianatan sebaliknya membiarkan insan yang berkorban terus-terusan difitnah itulah suatu kezaliman," katanya dalam satu kenyataan media yang disebarkan menerusi WhatsApp.
Itulah nasib yang perlu ditadah terutama jikalau Ainina sekadar menjadi pentaksub kepada Mahathir. Apatah lagi cita-cita Mahathir untuk menjadikan Langkawi sebagai pengkalan baru keluarganya sepertimana Anwar Ibrahim dengan Permatang Pauh dan Lim Kit Siang dengan Bagannya yang kini diwakili oleh anaknya.
Dahulu dia tuduh dan cuba memalukan Najib dengan fitnah dan konspirasi macam2. Sekarang dia tuai hasilnya dari partinya sendiri cap bunga.
ReplyDelete