Hukuman penjara 18 bulan kerana OSA, cuba dijadikan oleh Rafizi kononnya dia telah dianiayai oleh pihak yang difitnahnya. 24 November 2016, Rafizi Ramli telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac tahun yang sama. Hakim menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi oleh Rafizi dan memerintahkannya menjalani hukuman tersebut secara serentak.
Naib Presiden PKR itu menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 99 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen pada jam 3:00 petang, 24 Mac 2017. Mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972, dia boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan.
Rafizi yang bercakap besar kononnya dia tidak gentar dengan hukuman bagi membela rakyat kononnya, selepas itu mengupah lebih setengah dozen peguam untuk membebaskannya atau menangguhkan hukumannya dengan memanipulasi sistem perundangan negara.
Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan salah satu sabitan terhadap Rafizi Ramli atas pertuduhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan mengekalkan hukuman penjara 18 bulan.
Bagaimanapun, pertuduhan OSA kedua di mana dia telah disabitkan oleh Mahkamah Sesyen, Hakim Datuk Azman Abdullah membebaskan Rafizi. Hakim juga membenarkan penangguhan hukuman sementara Rafizi menfailkan notis rayuan.
Antara kes lain yang sedang menunggu Rafizi di mahkamah adalah dakwaan menfitnah Tabung Haji di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan. Kes sepatutnya bermula pada hari Isnin (21 Ogos 2017) sehingga Khamis (24 Ogos 2017) dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang.
Rafizi juga terlibat dalam perbicaraan di bawah BAFIA kes NFC. 21 September, hakim akan memutuskan sama ada dia perlu membela diri atau sebaliknya.
Kesiannya...tak boleh ke buat sesuatu untuk menolongnya...
ReplyDeleteDia hanya berguraulah...tak kan bergurau kena penjara...kesian.
Cuba korang bergurau, kata lah korang bergurau dgn kawan yg engkou dah turun bini dia...tak kan pulak kerana itu kena penampar!
Tak logikkan..
Patutnya jangan berlembut dgn si lembut ni. Saman dia sampai muflis mcm pap singapore selalu buat pada lawan yg memfitnah mereka. Dah berapa kali dah dia ni disabit fitnah. Tak serik2
ReplyDelete