Pages

Sunday, August 20, 2017

SUKAN SEA KL2017, BENDERA TERBALIK DAN KALUT MENGHENTAM NEGARA SENDIRI!!!




Malam tadi, berlangsunglah acara gilang gemilang perasmian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Ada yang berdebar-debar, teruja dan tidak sabar-sabar untuk melihat serta mendengar Najib Abdul Razak di'boo' oleh penonton sebagaimana yang berlaku kepada Dr. Mahathir kepada perasmian Sukan Komanwel tahun 1988 dahulu.

Tidak terkecuali juga yang berharap sangat, sesuatu yang buruk berlaku semasa upacara perasmian tersebut tercemar dan memberikan nama buruk kepada negara. Media-media sosial terutama sekali Facebook dan WhatsApp dipersiapkan bagi tujuan tersebut.

Kesilapan mencetak gambar bendera Indonesia dalam buku program perasmian, menjadi modal utama untuk mengecam negara, khususnya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Khairy pantas memohon maaf atas kesilapan bendera terbalik itu.



Namun netizen kedua-dua negara berlagak lebih sudu dari kuah dengan berusaha menyemarakkan api kebencian, walaupun secara sejarahnya, Indonesia dan Malaysia hanya dibahagikan kepada 'dua negara' pada tahun 1824 menerusi perjanjian Inggeris-Belanda di London.

Sesuatu yang harus dipuji ke atas rakyat Indonesia mereka ialah kebanggaan terhadap bendera negara mereka. Berbanding rakyat Malaysia yang tidak peduli pun kesilapan mencetak bendera Malaysia yang tidak cukup jalurnya semasa Sukan SEA Palembang 2011 dahulu. Bahkan Malaysia menunjukkan sikap tenang walaupun pihak Indonesia sehingga ke hari ini tidak pernah memohon maaf.

Itu belum lagi acara membakar bendera Malaysia yang sangat gemar dilakukan oleh rakyat Indonesia!



Jauh benar dengan sikap sebahagian rakyat Malaysia yang bukan sahaja tidak menghormati bendera negara, malahan dengan penuh bangga menterbalikkan bendera Malaysia dan disiarkan di media-media sosial. Mereka masih mendakwa mereka rakyat Malaysia, walaupun di kalangan mereka ada yang langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan.

Tidak kurang hebatnya ialah bagaimana para penyokong pembangkang menganjing di media-media sosial, mencipta dan menimbulkan cerita baru, kononnya Najib telah di'boo' oleh penonton apabila namanya disebut. Sedangkan apa yang berlaku ialah sorakan besar apabila namanya disebut oleh Khairy Jamaluddin, sekaligus mengenepikan keinginan para penyokong pembangkang tentang kebencian keterlaluan terhadap Perdana Menteri itu.




4 comments:

  1. Mengaku jelah bangang sendiri..tak pyh nak pusing2

    ReplyDelete
  2. Dalam sukan tak usahlah berpolitik. Tunjukkan sikap rasional bukan emosional.

    ReplyDelete
  3. Ucapan Khairy diperasmian tu hebat, kami generasi Y suka dia, yg tua2 yg dah byk hal masaalah eloklah pergi berehat, bagi la yg berdaya baru giliran yg dinanti2kan.
    Pembangkan jadi kuat bukan kerana mereka kuat tapi Umno terlalu banyak kuda kayu yg menjadi wakil rakyat sekarang ni.
    Rakyat jadi bosan dan protes,

    ReplyDelete
  4. Betul. Usah politik dlm sukan. Lebihkan patriotik. Sokong atlet negara tanpa belah bahagi. Dah menteri kj sendiri mengaku kesilapan dan minta maaf. Pusing apanya?
    Dan juga benar xde boo pun mcm diharapkan macai pakatun harapan. Tepukan gemuruh adela.

    ReplyDelete