Pages

Wednesday, September 13, 2017

10 MINIT SAHAJA NAJIB JUMPA TRUMP, KATA RAFIZI RAMLI YANG MALU BILA NAJIB TIDAK DITANGKAP FBI DAN CIA!!!



Rafizi Ramli cuba mencipta satu lagi fitnah baru yang kemudian segera diangkat oleh para penyokong dan pentaksub Mahathir sebagai satu kebenaran. Kata Rafizi Ramli, Najib ke Amerika Syarikat bukanlah atas jemputan rasmi. Dia memberikan bukti kononnya tiada sambutan rasmi oleh Kerajaan Amerika Syarikat kepada Najib Abdul Razak seperti yang dibuat kepada Anwar Ibrahim ketika pentadbiran Bush dahulu. Tiada tembakan 21 das seperti yang lazim didengar dalam mana-mana lawatan rasmi pembesar asing di negara ini. Tiada juga sesi temubual dan kenyataan media bersama seperti yang berlaku di Kem David.

Lebih melucukan lagi ialah apabila Rafizi Ramli juga mengatakan, pertemuan tersebut hanya berlangsung selama 30 minit. Kononnya dia mendapat maklumat tersebut daripada sumber dalaman yang tidak dinamakan.

Bagaimanapun, dalam persekitaran ledakan teknologi maklumat yang amat bebas pada zaman pentadbiran Najib Abdul Razak ini, segala tohmahan seperti yang dilakukan oleh Rafizi Ramli dapat disanggah dengan mudah menerusi akses ke pelbagai sumber maklumat terutama sekali maklumat rasmi sama ada dari PMO Malaysia mahupun Pejabat Setiausaha Media Rumah Putih.



PMO dan Pejabat Setiausaha Media Rumah Putih telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pertemuan tersebut, malahan turut menyiarkan transkrip kenyataan-kenyataan Presiden Trump dan Perdana Menteri Najib Abdul Razak sebelum perbincangan dua hala berlangsung.

'Muqaddimah' itu sahaja telah berlangsung selama 7 minit iaitu dari jam 12:11 tengah malam (waktu Malaysia) sehingga jam 12:18 tengah malam (waktu Malaysia). Antara yang diperkatakan dalam 'muqaddimah' tersebut adalah penambahan pembelian pesawat Boeing oleh MAS membabitkan 25 buah psewat 737 MAX 10, 8 Dreamliners, selain penambahan 25 buah lagi pesawat pada masa hadapan membabitkan 737 MAX 10. Keseluruhan urusniaga tersebut bernilai lebih USD10 bilion.

Turut diperkatakan adalah pelaburan oleh KWSP di Amerika Syarikat. Pelaburan sedia ada KWSP di Amerika Syarikat berjumlah USD7 bilion dalam bentuk ekuiti akan ditambah USD3 atau 4 bilion lagi. Begitu juga dengan pelaburan membabitkan Khazanah yang sudah pun mempunyai pejabat di Lembah Silikon. Khazanah telah melabur sejumlah USD400 juta menerusi syarikat-syarikat berteknologi tinggi dan bersedia untuk menambah pelaburan di negara Red Indian itu.

Selain itu, Perdana Menteri juga menyentuh tentang ancaman IS atau ISIS atau DAESH. Malaysia telah memberikan komitmen untuk memerangi kumpulan tersebut dan turut berikrar akan menyokong pentadbiran-pentadbiran Islam yang moderat dan progresif di seluruh dunia agar dunia menghapuskan buruk sangka terhadap Dunia Islam. (RUJUK SINI)


Dari awal ketibaan Perdana Menteri ke Rumah Putih yang disambut oleh Trump sehinggalah akhir perbincangan dua hala, tempoh masa yang diambil adalah 1 jam 15 minit berdasarkan transkrip dan jadual yang dihebahkan oleh Donald Trump sendiri. Jauh bertentangan dengan dakwaan 30 minit oleh para penyokong Pakatan dan 10 minit yang didakwa oleh Rafizi Ramli.

Ada juga yang memperolok-olokkan tentang kepentingan lawatan kerja Najib Abdul Razak ke Amerika Syarikat. Mereka cuba membuat kesimpulan mudah, kononnya Najib Abdul Razak 'menyerah diri' agar tidak ditangkap dan didakwa oleh DOJ setelah mereka sendiri yang melabelkan Najib sebagai orang yang paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat.



Mereka terlupa bahawa dakwaan kononnya Najib tidak akan berani menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat kerana bimbang ditangkap, sebenarnya adalah dakwaan mereka sendiri. Dan kini, Najib telah menyanggah dakwaan tersebut membuatkan mereka kelam-kabut mencari alasan lain termasuklah pertemuan singkat yang membazirkan wang negara dan merasuah negara Red Indian itu dengan pelaburan bernilai berbilion-bilion Dollar Amerika Syarikat.

Malu punya fasal, terpaksalah mereka-reka cerita yang tidak masuk akal, termasuklah kononnya pertemuan antara Najib dan Trump hanya berlangsung sekadar 10 atau 30 minit yang kesudahannya menggadai kepentingan negara.

4 comments:

  1. Hati busuk...sbb itu org lain serba tak kena.

    ReplyDelete
  2. Kalau berurusniaga dengan Cina dikatakan ingin menjual negara kepada negara Cina. Kini berurusniaga dengan USA nanti dikatakan ingin menjual negara kepada USA lah pulak. Aduhhhh

    ReplyDelete
  3. Aku bukan suka sgt dgn si trump ni , tapi atas dasar dia tu ketua negara dia org kira bisa la.
    mcm mana pun satu hal si trump ni yg aku suka iaitu dia anti gay and gang.

    ReplyDelete
  4. Takkan sampai nak tidur bersama Trump not? Bengap lah so Sotong rebus PKR not...Tolak Rafizi/PKR

    ReplyDelete