Pages

Wednesday, September 6, 2017

BARU ADA AKAI.... DAP DAN NGA KOR MING MENGANJING-ANJINGKAN SAHAJA PARTI SOSIALIS MALAYSIA!!!



Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempunyai seorang wakil di Parlimen. Kerusi Parlimen yang dimenangi oleh parti tersebut adalah di Sungai Siput. Bagaimanapun, kemenangan Dr. Michael Jeyakumar Devaraj pada PRU-13 lalu di Sungai Siput adalah atas PKR, walaupun dia kekal sebagai ahli PSM.

Semenjak 2004, PSM bertanding di bawah logo PKR.

Atas faktor itulah, PSM dianggap sebagai 'anjing kurap' dalam kelompok Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. DAP tidak melihat signifikan PSM sebaliknya melihat PSM sebagai parti politik yang hanya mengambil kesempatan di atas kekuatan DAP.

Keputusan Nga Kor Ming untuk merampas kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PSM pada PRU akan datang ternyata membuktikan keangkuhan DAP yang menganggap mereka adalah 'ABANG BESAR' yang tidak boleh disanggah dan tidak boleh dilawan.

Nga Kor Ming menyatakan kerusi Parlimen Sungai Siput yang dimenangi oleh Jeyakumar akan ditandingi oleh DAP pada PRU akan datang, sekaligus mencetuskan rasa tidak senang di kalangan para pemimpin PSM yang selama ini hanya tunduk dan tidak berani menentang apa-apa sahaja arahan yang datangnya dari DAP.

PSM menerusi Pengerusinya, Dr. Nasir Hashim menyatakan PSM akan bertanding di 20 kerusi pada PRU-14 termasuklah Sungai Siput, Semenyih, Kota Damansara dan Jelapang. Pengumuman tersebut telah menyebabkan DAP marah dan menyatakan, DAP tidak akan membenarkan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh DAP pada PRU lalu ditandingi oleh PSM.

Jeyakumar, seorang doktor perubatan, kali pertama bertanding di Sungai Siput atas tiket DAP pada 1999 sebelum menggunakan logo PKR dalam tiga PRU sehingga 2013. Pada 1999 dan 2004, Jeyakumar kalah kepada Presiden MIC pada waktu itu, S. Samy Vellu.

Dia bagaimanapun, berjaya menewaskan Sammy Vellu pada 2008 dan kemudian mengalahkan seorang lagi calon heavyweight MIC, SK Devamany yang merupakan Timbalan Menteri pada 2013.

Menurut Jeyakumar, PSM tidak pernah dipandang bernilai oleh pakatan pembangkang. Mereka juga tidak pernah dijemput untuk mengambil bahagian dalam sebarang perbincangan terutama ketika pembentukan pakatan yang baru.

Sementara itu, bagi mengurangkan pergeserannya dengan Nga Kor Ming, Lim Guan Eng menyatakan apa yang berlaku di Perak, diserahkan kepada pucuk pimpinan DAP Perak. Menurutnya, dia tidak boleh membuat sebarang komen berhubung isu tersebut.

Rafizi Ramli pula dalam pada itu, menggesa PSM-PKR-DAP agar duduk semeja untuk membincangkan status kerusi Parlimen Sungai Siput pada PRU-14. Menurutnya, PSM perlu mendapatkan persetujuan daripada PKR dan DAP. Ini kerana memandangkan Jeyakumar memenangi kerusi tersebut di bawah tiket dan logo PKR, Jeyakumar seharusnya menerima hakikat bahawa kerusi tersebut di bawah Pakatan Harapan yang mengandungi PKR, DAP, PPBM dan PAN.


No comments:

Post a Comment