Dia dikecam hebat setelah mengeluarkan memuatnaikkan satu status yang secara langsung menyentuh DAP yang barisan kepimpinan dan tumpuannya adalah Cina-Cina chauvinist yang sentiasa mencari jalan untuk mempersendakan Islam, orang Melayu bahkan raja-raja Melayu selain bukan sahaja tidak menghormati Bahasa Kebangsaan, bahkan tidak fasih pun bertutur dalam Bahasa Kebangsaan.
Sebelum ini, Hamizura dan kakaknya, Hamidah Osman dicop sebagai 'agen UMNO' dan pengacau dalam parti yang mereka sama-sama tubuhkan dan kembangkan ke Perak. Hamizura dan kakaknya merupakan orang yang paling aktif memperkenalkan Parti Cap Bunga di Perak sebelum mana-mana pemimpin Parti Cap Bunga yang ada sekarang ini berani keluar dari cengkerang UMNO mereka. Kedua-dua beradik itulah juga yang bersusah payah menahan kecaman dan pelbagai tuduhan daripada orang UMNO kerana tindakan mereka yang taksub kepada Mahathir dan kesanggupa membakar jambatan walaupun selama ini hasil hidup mereka diperolehi menerusi UMNO.
Beberapa pihak lain yang rapat dengan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir turut melakukan desakan yang sama. Tindakan Muhyiddin menaikkan Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja yang merupakan orang suruhan Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi PPBM Perak dengan mengenepikan Hamidah Osman, merupakan langkah halus menyingkirkan Hamidah.
Ketika sambutan ulangtahun pertama PPBM yang diadakan baru-baru ini, Hamidah Osman yang berjawatan Naib Presiden hanya diberikan kerusi penonton, bukannya sebaris dengan barisan kepimpinan utama PPBM.
Kenyataan yang dkeluarkan oleh Hamizura jelas merupakan kenyataan peribadinya tetapi kebimbangan para pemimpin PPBM tentang kemarahan DAP, menyebabkan Hamizura dikecam. Bukan sahaja Hamizura, tetapi Hamidah Osman turut diheret sama.
Semuanya semata-mata kerana bimbang DAP terhentak hati dan enggan bersekongkol dengan PPBM yang pada peringkat penubuhannya mewuar-uwarkan mereka adalah parti orang Melayu yang turut menggunakan nama Pribumi.
Sekaligus gelagat dan kenyataan atau lebih tepat lagi, ketakutan mereka terhadap DAP mengesahkan bahawa DAP adalah tuan sebenar mereka. Mahathir yang dikataka ULTRA Melayu dan Muhyiddin yang pernah menggelarkan dirinya sebagai UMNO TOTOK dahulu, sebenarnya hanya berada di bawah telapak kaki para pemimpin DAP.
Tapi apabila membabitkan pemimpin Melayu, mereka tiba-tiba sahaja jadi suci dan sangat berfikiran terbuka.
Inilah golongan yang siang malamnya meratibkan dan berzikirkan NAJIB RASUAH tetapi langsung tidak berani buka mulut atau cepat-cepat memadamkan lintasan hati apabila kes rasuah membabitkan Lim Guan Eng dan Phee Boon Poh yang dibawa ke mahkamah.
Munafiqnya!
Jgn jdi hamba dap
ReplyDeleteSungguh jelas dan benar apa hamizura ucapkan..
ReplyDeleteContoh pun depan mata..
Si tariq ismail tu..