Betul-betul drama Mahathir yang konon-kononnya mahu lepaskan jawatan, tetapi sebenarnya memerlukan pujukan untuk dia kekal jawatan dan selepas itu boleh berbuat sekehendak hati terutama sekali yang membabitkan wang negara.
Kenyataan-kenyataan seterusnya oleh Syed Saddiq di dalam sidang media tersebut hanyalah retorik dan sekadar untuk membuktikan yang dia adalah orang politik yang belum mencapai taraf ahli. Dengan kata-kata lain, masih bertaraf amatur. Helah untuk mendapatkan dan mengumpulkan simpati sebanyak mungkin!
Untuk mewajarkan dan menambahkan lagi sensasi atas kenyataannya, Syed Saddiq berkata, golongan yang dilabelkan 'SAMPAH' oleh Mahathir iaitu, Hamidah Osman, Hamizura, Cikgu Kamarul dan Anina telah menerima suapan RM5 juta untuk keluar dari parti (RUJUK SINI). Tidak cukup dengan itu, ada pula cerita yang lebih sensasi kononnya, Hamidah Osman telah ditemui makan bersama-sama Setiausaha Akhbar PM di Putrajaya dan dikantoikan oleh Tan Sri Sanusi Junid.
Hamidah Osman di dalam satu kumpulan WhatsApp yang mana di dalamnya turut disertai oleh Syed Saddiq dan Sanusi Junid telah bertanyakan perkara berkenaan kepada mereka. Kedua-duanya bagaimanapun, diam membisu walaupun mereka membaca pertanyaan dan kenyataan penafian Hamidah Osman.
Daripada kenyataannya juga, Syed Saddiq mempunyai bukti yang sangat kuat tentang kegiatan rasuah yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri (PMO). Secara tidak langsung, itu adalah senjata yang paling ampuh untuk menghadiahkan kemenangan sulung dan kemenangan moral kepada Tun Dr. Mahathir yang sudah berusaha bermacam-macam cara untuk memperlekehkan dan mencari salah Najib Abdul Razak.
Dan kerana rasuah itulah juga dia memutuskan untuk meneruskan perjuangan di dalam politik berbanding menyambung pelajaran!
Betul-betul kelakar!
Apakan tidak, dengan bukti yang ada di tangannya - seperti yang didakwanya - adalah sangat mudah untuk menjahanamkan pihak musuh (baca: Najib Abdul Razak), tetapi dia memilih untuk berpolitik tanpa melibatkan SPRM.
Mengapa?
Berapa ekorlah babi terbang hari ini sahaja kesan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Saddiq?
Arab ni auta je lebih.
ReplyDeleteRM5 pun aku tak kelapaq budak ini.
ReplyDeleteNak buat lapuran kpd SPRM semacam merayu kpd agensi pemyamun UMNO.
ReplyDeletemamat 10:59 ni sekor lagi babi terbang yg teramat bangang....
ReplyDelete