Bagaimanapun, keadaannya tidak begitu bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, terutama sekali dari PKR atau DAP. Mereka tidak memerlukan rakyat untuk membuktikan yang mereka memang wakil rakyat yang dikehendaki. Hampir kesemua mereka, hanya memerlukan isu-isu nasional dan media untuk mempopularkan diri, sekaligus membuktikan kononnya mereka berjuang untuk rakyat walaupun pada masa yang sama, banyak masalah rakyat di kawasan yang diwakili, tidak dihiraukan dan dipedulikan.
Taktik mulai berubah apabila tempoh dan mandat Parlimen semakin hampir ke penghujungnya. Dengan kata lain, PRU sudah terlalu hampir untuk dilaksanakan.
Pada ketika inilah, wakil-wakil rakyat dari Pakatan mulai keluar dari 'persembunyian' masing-masing. Kalau selama ini, entah apa sibuknya mereka sehingga tidak ada masa untuk bertemu rakyat, kini merekalah yang paling sibuk hendak bertemu dengan rakyat. Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja, termasuklah merangkak dalam longkang, bahkan memegang dan menyentuh orang miskin yang berbadan kotor dan hamis sebagai menunjukkan keprihatinan dan ambil berat mereka.
Dalam masa beberapa bulan dari tarikh akhir PRU, mereka membina persepsi sebaik-baik dan sepositif mungkin. Kepercayaan bahawa lakonan pada saat-saat akhir akan memberikan impak yang lebih baik berbanding bekerja keras dari awal mandat, sebenarnya terbukti apabila mereka berjaya mengekalkan kerusi masing-masing.
Salah seorang daripada mereka adalah Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang mewakili Parlimen Lembah Pantai.
Sepanjang bergelar Ahli Parlimen Lembah Pantai selama dua penggal, TIDAK ADA SATU PERKARA KEBAIKAN untuk rakyat di kawasan berkenaan dilakukan oleh Nurul Izzah. Nurul Izzah juga tidak pernah menyuarakan sebarang masalah rakyat semasa persidangan Parlimen. Sebaliknya Nurul Izzah terlalu sibuk dengan pelbagai isu-isu sensasi yang tidak ada kena-mengena dengan Parlimen Lembah Pantai, termasuklah lakonan-lakonan liberalnya.
Hampir kesemua masalah rakyat di Lembah Pantai akan ditangani oleh UMNO dan Barisan Nasional meskipun pada PRU-13, calon BN kalah di tangan Nurul Izzah setelah Naib Presiden PKR itu menggunakan fitnah untuk menang.
Nurul Izzah kemudiannya meminta maaf dan menangis semasa di mahkamah setelah kalah dalam saman fitnah dengan Raja Nong Chik, calon BN Parlimen Lembah Pantai PRU-13. Raja Nong Chik bagaimanapun memilih untuk penyelesaian luar mahkamah dan tidak meminta ganti rugi setelah 'terpedaya' dengan air mata Nurul Izzah yang tidak pernah serik melakukan fitnah dan pembohongan.
Sekarang, Nurul Izzah muncul kembali di Lembah Pantai.
Dan Nurul Izzah tidak bersendirian kerana kebanyakan wakil rakyat Pakatan, turut mulai menampakkan diri di kawasan masing-masing sambil mereka memburuk-burukkan parti lawan walaupun pemimpin-pemimpin parti lawan itulah yang menjalankan peranan sepanjang kehilangan wakil-wakil rakyat tersebut.
Ironinya, rakyat dan pengundi masih tetap terpedaya dengan taktik murahan seperti itu. Nurul Izzah dan para pemimpin Pakatan masih boleh berkerjaya politik walaupun mereka adalah pemalas dan tidak peduli pun tentang rakyat kerana rakyat sendiri yang terlalu buta untuk menilai!
Kg Kerinci nasib 40 org yg terprdaya hasutan nurul akhir berputih mata.... padan la muko....!! Slkg jual taik minyak balik...... klu nak percaya lagi pada si penghasut ni.... sila kan.... teruskan... no hal lansung..
ReplyDeletekikikikiki...
Beberapa 'hasil' pemerintahan PKR di Lembah Pantai
ReplyDelete-Kes denggi meningkat
-Pantai Dalam makin sesak
-Makin banyak projek perumahan MEWAH, tak banyak projek perumahan mesra rakyat selain yang kerajaan persekutuan kerjakan
... Tapi peliknya ada lagi yang sokong anak Raja Liwat ni. PKR, tolonglah cari pemimpin baru. Kata mesra orang muda dan berjiwa marhaen tapi mayat hidup yg kau letak jadi calon. Baik undi BN atau rosakkan je undi ni daripada undi PKR.
Datang 5minit lepas tangkap gambar balik itu perangai pakatan itu
ReplyDelete