Kesilapan terbesar Mahathir adalah memandang rendah keupayaan Najib Abdul Razak yang disangkanya sebagai pemimpin yang akan tunduk kepada telunjuknya. Dia menyangkakan Najib Abdul Razak akan mengulangi kejayaannya menumbangkan Abdullah Badawi yang tidak mampu menahan badai serangannya menerusi putar belit fakta.
Lebih besar kesilapan yang dilakukan oleh Mahathir dan para penasihatnya ialah, beranggapan sebahagian besar rakyat terutama generasi muda tidak tahu apa yang dilakukan oleh Mahathir sepanjang tempoh kekuasaannya, selain beranggapan orang ramai akan menelan semua kata-katanya kerana dia adalah TUN DR. MAHATHIR.
Tulisan terbaru Dr. Mahathir di blognya, menjelaskan tentang sikapnya yang sebenar. Selama puluhan tahun, Dr. Mahathir menyerang DAP. Bahkan beberapa minggu sebelum 'menyertai' DAP, dia masih menyerang DAP.
Namun kegagalannya menggulingkan Najib, akhirnya membuatkan Dr. Mahathir memilih untuk bersama-sama DAP kerana menyangka DAP akan memberikan semua kerjasama yang diperlukan dalam usaha menggulingkan Najib, lebih-lebih lagi, DAP memang telah terbukti menyebelahi taikun-taikun besar yang memegang dan menguasai ekonomi negara ini.
Dan tidak lama kemudian, Mahathir membuat perisytiharan bahawa DAP adalah suci. Bahkan untuk mengurangkan kemarahan ahli-ahli DAP kepadanya yang selama ini telah memberikan pelbagai gelaran jelek kepadanya, Dr. Mahathir menghinakan diri dengan menyatakan, selama ini dialah yang menghasut dan memburuk-burukkan DAP.
Tak kisahlah kerana orang yang terdesak, akan sanggup mengaku apa-apa sahaja untuk menaikkan rating dan ranking dirinya!!!
Namun sesuatu yang menarik ialah Dasar Machiavelli yang digunakan oleh Dr. Mahathir. Dasar Machiavelli merujuk kepada Matlamat Menghalalkan Cara.
Di dalam Islam, uslub amat dipentingkan. Islam melarang sebarang cara yang haram untuk mencapai matlamat sekalipun ianya adalah matlamat yang mulia. Sebagai contoh, untuk membantu golongan miskin, seseorang itu tidak boleh merompak dan membunuh dan hasil rompakan atau pembunuhan itu diberikan kepada golongan miskin. Islam amat melarang perbuatan seperti itu.
Mahathir nampaknya menggunakan kaedah yang sama dalam usahanya untuk menentang dan menggulingkan Najib Abdul Razak. Dia bukan sahaja memburuk-burukkan, menfitnah, menghasut kebencian, bahkan mempertikaikan segala kebaikan yang dibuat untuk rakyat oleh Najib, semata-mata untuk memastikan matlamatnya tercapai. Dengan kata lain, Mahathir akan menggunakan apa-apa sahaja cara asalkan matlamatnya dicapai.
Justeru tidak hairanlah bagaimana dia mempertikaikan hadis, bahkan mempertikaikan Imam Bukhari yang merupakan antara Imam besar kitab-kitab besar hadis, memperlekehkan Nabi s.a.w bahkan mempertikaikan ayat-ayat al Quran yang dirasakan tidak sesuai dengan keperluan dan kehendak akalnya.
Sebagai ahli politik, permainan bersekongkol dengan musuh lama, bukanlah sesuatu yang asing. Politik demokrasi menghalalkannya. Namun dari segi kemanusiaan dan agama, perkara itu amat dititik beratkan. Biarpun Malaysia tidak mengamalkan politik Islam, namun majoriti pengundi adalah orang yang beragama Islam. Sedikit sebanyak adab-adab siyasah syariah Islam perlu dipatuhi, termasuklah keperibadian seseorang pemimpin yang dipilih.
Sesuatu yang disebutnya beribu-ribu kali selama beberapa dekad, boleh dilupuskan dengan sekali dakwaan 'lumrah politik'?
Bagaimana rakyat atau orang ramai yang mendengar kata-kata Mahathir sekarang, boleh diyakini pendirian Mahathir tentang Najib dan BN hanyalah 'sekadar politik' dan dia akan membuat pusingan U pada masa hadapan sebagai 'lumrah politik'?
Haha dia rasa ludah sendiri lagi sedap sgghpon berbau kurang enak..
ReplyDeleteBertaubatlah madey...
ReplyDelete